Monday, December 31, 2012

Azam 2013

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Semalam pagi-pagi lagi ke Hospital Annur pegi buat mgtt (sugar test). Nak pengsan mak nak habiskan satu botol air gula awal-awal pagi masa perut kosong. Sampai ke malam perut rasa tak best. Masa dalam perjalanan ke hospital, dengar motivasi dalam ikim dari saudara Zul Ramli M.Razali, penulis buku U-Turn ke jalan lurus.


Pengisian ilmu adalah mengenai azam tahun baru. Ni saya edit sesuka hati saya ya. Saya tulis apa yang saya ingat tujuan untuk perkongsian. Kata beliau, kita perlu mempunyai azam kerana manusia sememangnya akan berubah. Sel badan kita sebanyak trillion sel juga berubah dari masa ke semasa. Pokok-pokok juga berubah..daun-daun jatuh bergguguran diganti dengan daun yang baru. Cuma kita yang tak perasan akan perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Azam tak semestinya kita perlu tunggu masuk tahun baru. Berubahlah dari sekarang unntuk jadi insan yang lebih baik. Kita tidak tahu apakah pada tahun 2013, tahun yang menemukan kita kepada kejayaan yang gemilang atau tahun di mana kita bertemu ajal??

Contoh azam yang kita boleh buat: 1)Pada tahun 2013, kita nak lebih banyak bersedekah
2)Nak turunkan berat badan berapa kilo
3)Nak tunaikan solat secara berjemaah di surau
(Ni contoh aje, kalau boleh sepesifik kan azam kita)

Kenapa ada insan yang ingin berubah tetapi dia merasakan dirinya SUKAR untuk berubah??

Ini adalah kerana ada 'bola besi' di kakinya. Apakah 'bola besi' itu? 'Bola besi' iaitulah dosa-dosa kita yang lalu. Kita nak berubah tapi disebabkan dosa-dosa yang lalu mungkin dosa setengah jam yang lalu, dosa semalam, dosa minggu lepas, dosa bulan lepas, dosa tahun lepas, atau dosa dua tahun yang lepas...yang kita pun dah lupa, kita jadi berat sangat nak berubah. Jadi untuk menghapuskan dosa-dosa itu adalah melalui taubat nasuha. Taubat yang sungguh-sungguh hingga kita menangis menyesali dosa2 silam.

Satu lagi ialah mengenai matlamat kita beribadat (eg: solat & tilawah alQuran). Apakah kerana untuk rasa manisnya, atau syoknya beribadah kerana Allah? Tidak, kerana semakin kita beribadah sepatutnya kita merasakan semakin hina kita di sisi Allah. Kerana merasa hina itu sifatnya seorang hamba. Wallahu'alam.

p/s: Ibu-ibu, apa ya azam kita tahun baru :)?

Friday, December 28, 2012

Cinta hati kami

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Ya Allah, kami memohon rahmatilah kami dengan Al Qur’an dan jadikanlah Al Qur’an itu bagi kami sebagai pemimpin, petunjuk, dan rahmat. Ya Allah, ingatkanlah kami dari Al-Qur’an apa yang telah kami melupakanya. Ajarilah kami dari Al Qur’an apa yang belum kami ketahui. Berilah kami kemampuan mambacanya sepanjang malam dan siang, dan jadikanlah Al Qur’an itu hujjah bagi kami ( dapat menyelamatkan kami ), dan jangan Engkau jadikan hujjah bagi kami (menyeret kami ke neraka). Dengan rahmat-Mu ya Allah.

Ya Allah, kami memohon jadikanlah kami termasuk orang-orang yang dapat membaca Al Qur’an kemudian dapat meningkat (kehidupan kami), dan jangan Engkau jadikan kami termasuk orang-orang yang membaca Al Qur’an kemudian kami sengsara. Dan jadikan kamitermasuk orang-orang yang menghalalkan apa-apa yang dihalalkan Al Qur’an,mengerjakan ayat-ayat yang muhkam, beriman dengan ayat-ayat yang muhkam, beriman dengan ayat yang mutasyabih, dan membaca dengan bacaan yang sungguh-sungguh, dan jadikan kami termasuk orang-orang yang menegakkan humkum-hukumnya. Dan jangan jadikan kami termasuk orang-orang yang menyianyiakan huruf-hurufnya dan hukum-hukumnya.

Ya Allah, kami memohon jadikanlah kami, anak-anak kami, dan keluarga kami sebagai penghafal-penghafal Al Qur’an, dan jadikan kami termasuk orang-orang yang dapat mengambil manfaat di dalamnya, termasuk orang-orang yang merasakan kelezatan mendengarkan kalam-Nya, termasuk orang-orang yang tunduk terhadap perintah-perintah dan larangan-larangan-Nya, dan termasuk orang yang beruntung ketika mengkhatamkannya.

Ameen3x..

Kek coklat gula-gula

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pagi ni xde gheje kan. Nak masak lunch belum time lagi :). Semalam Nashrul request kek coklat gula-gula. Mula-mula tu tak faham maksud kek coklat gula-gula. Lepas dah tuang topping atas kek, Nashrul cakap, "ni lah kek coklat gula-gula"...oh :)). Kegemaran dia la kalau makanan manis-manis berkrim. Masa buat kek, si kembar ni sama naik kat dapur. Okey la, expose dorang pada dapur. Anak-anak ummi walaupun lelaki haruslah pandai memasak at least tahu 2,3 jenis resepi. Belajar tanak nasik tu satu kemestian!







It's Jumuah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Happy Jumuah everyone!! Hari jummat, kalau pergi shopping kat Nilai 3 awal-awal pagi dapat harga murah :PP. Especially kalau peniaga tu pak2 arab. Kalau peniaga cina tak tahu lak.


‎7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Let's enjoy this song!!


Thursday, December 27, 2012

Lelaki sejati?

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Seorang anak bertanya pada Bundanya,
bagaimana menjadi seorang lelaki sejati?

Bunda menjawab,

Nak...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,
tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya.

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa.

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat bekerja,
tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
tetapi dari hati yang ada dibalik itu.

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya.

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah barbel yang dibebankan,
tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan.

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca kitab suci,
tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.

-Facebook-

Aktiviti anak-anak

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Bestnya kalau dapat pergi ke Balai Seni Visual Negara. ADa pameran lukisan. Saya memang meminati seni lukisan. Masa sekolah dulu, kelas pendidikan seni yang paling saya nanti-nantikan harinya. Tapi sebab tak ada pendedahan pasal bidang lukisan, saya mengambil bidang sains. Untuk anak-anak, jika ada yang cenderung dalam bidang seni, insyaAllah saya akan galakkan. Kalau kita mahu berjaya dalam sesuatu bidang secara maksimal, kita perlu betul-betul minat dalam bidang yang kita ambil. ADa pelajar lepasan spm, mereka tidak pasti bidang apa yang mereka minat. Ini mendatangkan masalah di kemudian hari. Oleh demikian, baik kita sebagai ibu bapa trace apa yang anak-anak minat sejak mereka kecil lagi.

Semalam buat aktiviti di rumah dengan anak-anak selepas sarapan. AKtiviti mewarna je
pun. Setakat ni kalau mereka melukis, belum nampak bentuk-bentuk tertentu. Mereka lukis lukisan abstrak :). Tapi Nashrul dah boleh conteng-conteng huruf F,L dan no.7. Lukisan untuk kanak-kanak saya dapatkan secara percuma di website Kidsprintablescolouringpages. So, tak payah beli buku lukisan. Lebih senang dorang nak warna atas kertas A4.


p


Wednesday, December 26, 2012

Apa nak buat anak suka gaduh?

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Ini gambar air naik kat belakang rumah nenek ke rumah ibu saya. Masa kecik-kecik dulu best la main air, tangkap ikan sesat. Dah tua ni kalau hujan terperuk je dalam rumah. Nak mandi air sejuk sangat macam air dalam peti sejuk. Memang tak tahan air kat kampung tambah-tambah musim hujan.

Ada dua minggu lagi nak masuk 3rd trimester pregnancy. Semalam dan hari ni sakit-sakit badan dan letih. Harap-harap anak-anak berkelakuan baik hari ni. Sambil-sambil tu mari baca teknik nak handle anak yg suka bergaduh oleh Prof.Dr.Rozieta Shaari

Satu soalan daripada Noraihan Lop Abdul Rashid. Ibu,sy ada 2 org ank lelaki,6thn dan 5thn.mereka bdua suka bgurau ketawa then last pasti akn ada seorg yg mjerit or mnangs.ble dtegur,sy marah,dia diam kejp then bt lg.kadg2 ble drumh org sy jd malu sbb mreka akn mjerit n bgaduh.sy mohon nasihat ibu ape yg perlu sy buat.kalo drumh bolela sy pegang rotan.mereka akn takut.tp ble dluar,sy xtau lg ape prlu dbuat.

Pandangan Ibu;Nasihat yang bakal diberi ini hanya sesuai untuk anak-anak yang usianya diantara 5 hingga 7 tahun. Anak-anak yang kecil dpd itu atau besar dpd itu memerlukan pendekatan yang sedikit berbeza.

Pertama, anak-anak memang suka berseloroh, bermain-main bersama dan adakalanya akan berakhir dengan perkelahian dan jerit-pekik. Ini adalah biasa bagi kanak-kanak yang sedang belajar bertolak-ansur. Jika tidak keterlaluan, tidak perlu untuk campur tangan setiap keadaan. Namun, jika nampak mereka bertumbuk dan mula fizikal, maka perlu dileraikan dan dihukum jika sudah diberi amaran. Bila menjalankan hukuman, jalankanlah dgn menjelaskan kpd mereka apa kesalahan mereka. Elakkan dpd terus menghukum. Saya tidak menggalakkan memukul untuk anak yang di bawah 10 tahun, anda boleh menggunakan hukuman lain seperti 'REflection Stool', taking away privilage atau marah yang membina.

Dimasa lain, ambil masa untuk menerangkan pentingnya mereka bermain bersama dan tidak berkelahi. Ambil masa untuk mengajar mereka erti bertolak-ansur. Jangan hanya mengatakan mereka perlu bertolak ansur itu sahaja. Jelaskan, apa erti perbuatan itu, apa natijahnya dan dsb.Beri mereka faham, jika mereka bergaduh di rumah atau terutamanya di rumah orang lain anda tidak akan membawa mereka ke rumah orang lain. Mereka perlu belajar bermain dengan baik dan bertolak-ansur, share and take turn.Sebelum membawa mereka ke rumah org lain, pastikan anda telah memberi mereka boundaries.

Boundaries sangat perlu supaya mereka tahu apa yang mereka boleh buat dan apa yang tidak. Jadi bila mereka melanggar boundaries itu, anda tidak perlu banyak bercakap, anda boleh terus jalankan hukuman yang telah anda beritahu hendak anda jalankan.

Contoh boundaries - Mereka boleh ikut anda ke rumah kawan anda dan bermain dengan baik. Jika mereka bergaduh dan menjerit-jerit. Anda akan ambil mereka dan terus bawa balik dan tidak akan bawa mereka lagi sehingga mereka belajar untuk behave.

Contoh bounderies - Kita nak pergi kedai. Setiap orang hanya boleh beli satu toy yang harganya dibawah RM10. Jika mahu lebih, kena guna duit sendiri. Kita hanya akan berada di kedai itu sampai pukul 4 ptg atau 1 jam. Tunjukkan jam untuk mereka faham. Jika mereka akur, mereka boleh pergi lagi lain kali. Jika mreka tidak akur, maka mereka tidak akan merasa pergi ke kedai itu lagi.

Yang penting, bila sudah set boundaries, kita juga mesti ikut. Jika mereka melanggarnya, maka anda perlu mengambil hukuman yang telah dipersetujui. Anak-anak perlu diajar kesan perbuatan dan pilihan mereka. This teach them to be responsible and learn to take ownership.

Seperkara yang perlu ibu ingatkan di sini. Bila kita tidak mahu anak-anak bergaduh, janganlah pula expose mereka kepada suasana bergaduh. Contohnya di TV, atau game atau kita suami isteri sendiri, janganlah bergaduh di hadapan anak-anak.Ibu harap ini membantu.

Gentle parenting -atau Keibubapaan Lembut dan berhemah bukan bermaksud lembik dan mengikut sahaja kehendak anak. Tetapi memberi anak-anak rasa dihormati dan dikasihi, kerana cara kita menegur dan membetulkan mereka itu penuh kasih dan tegas.

Love, Ibu Rose

Tuesday, December 18, 2012

Ke klinik

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Kedengaran suara Fathul menyanyi-nyanyi dalam toilet sebelum dia menjerit, "Ummi...dah siap!". Saya membalas, "Okey, nanti ayah pergi basuh!". Fathul ni kadang-kadang lucu juga dan pandai nak pujuk saya jika saya sedang marah. Bagus anak ummi. Semalam, sebelah pagi bawa anak-anak pegi klinik kat Senawang sebab batuk dan selsema. Cadang nak jumpa Dr.Jamilah tapi Dr.Jamilah takde, ada doktor ganti je. Doktor tu kata, tonsil Fathul sedikit besar tapi bukan disebabkan oleh jangkitan. So, tak perlu refer ke pakar ENT. Dia akan mengecil sendiri apabila usia Fathul semakin meningkat. Alhamdulillah. Sekarang ni usia si kembar 4 tahun 9 bulan. Berat Fathul menyusut 2 kg. 21 kg beratnya sekarang dengan badan semakin slim sebab dah meninggi dan tak makan banyak macam dulu. Nashrul pula berat 15 kg dalam kategori kurus. Sepatutnya berat Nashrul mesti 18 kg ke atas. Tak apa lah, yang penting anak ummi sihat. Balik rumah, hanya Nashrul yang nak makan ubat, Fathul tak nak makan...dah agak dah.

Sunday, December 16, 2012

Putu ubi

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Rumah sunyi sepi..hanya kedengaran desiran kipas angin berdiri. Anak-anak sudah dibawa oleh ayahnya ke tempat program di masjid KLIA dan avanza menjadi transport untuk angkut peserta program ke stesen komuter. Selesai masak..kini rest.

Dengar-dengar khabar di bumi Klate sana dah mula hujan. Musim banjir dah nak mula agaknya. Emak pula katanya nak datang dengan kaum keluarga untuk meminang seorang gadis di Lembah Keramat untuk sepupu. Katanya nak datang hanya sehari, selepas selesai terus balik klate semula. Musim banjir atau piye bah, biasanya 'berceretek' lah orang jual putu ubi kayu (mcm dlm gambar) kok2 tepi jalan di klate. Selain tu, orang juga jual ubi. Macam-macam jenis ubi antaranya ubi badak, ubi itik, ubi keling, ubi stelo, ubi kayu dan banyak lagi. Time hujan, rebus ubi..cicah dengan kelapa..lawan dengan air kopi!

Saturday, December 15, 2012

Hari malas

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Hari ini hari bermalas-malasan. Rasa tiada tenaga nak mengemas rumah. Tambah pula en.suami ada program luar tiga hari berturut-turut, tenaga malas semakin bermaharajalela. Suara anak-anak yang bergaduh dari pagi sampai ke malam, yang besar memukul yang kecik dan yang kecik menangis-nangis. Bila dimarah yang besar tu, dia mengamuk dan menjerit akhirnya menangis juga. Semua itu menghasilkan cas-cas negatif dalam diri si ibu ini hehe. Malam tadi bawa si kembar pergi kuliah ustazah Rumizah (kalau tak silap itu nama ustazah). Ustazah kata, nak cas tenaga orang perempuan senang je...pergi shopping. Heheh, pandai je ustazah kan. Baik, kejap lagi saya pegi shopping hehe. Tak sampai sejam dengar kuliah, Fathul ajak balik, aduh..sabar je lah Fathul ni. Yang abang tu okey aje. Alhamdulillah dapatlah sedikit ilmu dan tips dari ustazah. Kata ustazah, banyakkan doa kat rumah. Doa supaya anak-anak tidak menjadi penghalang untuk kita menghadiri majlis ilmu di luar rumah. Ya betul, berbeza bila kita jadi ibu yang berilmu dgn tidak berilmu. Orang yang berilmu ni hidup nya lebih positif dan motivated. Sekian dulu.

Sunday, December 09, 2012

Homebirth

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Sekarang ni dah ramai dengar orang buat 'homebirth', bersalin di rumah. Suami yang sambut baby sendiri, potong tali pusat sendiri dan bersihkan baby. Tapi kena cukup persediaan dan kena hadiri kelas hypnobirthing untuk ada ilmu kelahiran baby nanti. Erm, cuak jugak...dan tak rasa suami saya berani melainkan ada bidan yang menemani. Terdapat beberapa ubat homoepathy untuk persediaan di saat ingin melahirkan baby dan selepas kelahiran. Banyak sekali yang perlu saya terokai andai ingin 'homebirth' juga :).

Kelmarin saya ke kedai beli cat. Saya mengecat dinding rumah yang penuh parut dan contengan anak. SEkadar yang larat sahaja. Pada sebelah malamnya, terasa hendak demam. Semalam, suami sambung mengecat dah hampir siap sekejap saja. Aduh, letih masih terasa dan hilang selera makan. Hamil kali ni tak sama dengan hamilkan si kembar dulu. Mestilah tak sama, masa hamilkan si kembar, masa tu belum ada anak dan tinggal di rumah sewa...banyak berehat. Sekarang ada si kembar tu, penat buat kerja rumah. Semoga Allah permudahkan semuanya ameen.

Wednesday, December 05, 2012

Makaroni goreng

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Alhamdulillah, pagi ni suami sarapan dengan dua biji telur tiga suku masak dan secawan teh susu. Anak-anak pula sarapan dengan makaroni goreng. Lepas sarapan, keluar ke laman. Sakit matanya tengok banyak kotak, lalang panjang, basikal dan kereta mainan anak. Semuanya membuatkan serabut mata memandang. Saya kemas-kemas sikit dan mengalihkan pasu bunga. Lalang yang panjang serta rumput yang tebal dah susah nak cabut. Mudah-mudahan ada pekerja MPN datang mesin rumput boleh suruh depa mesin rumput yang cuma luas sekangkang kera.

Makaroni goreng Ummufarhan:

Secawan setengah makaroni-rebus dan toskan
5 ekor udang-tak payah buang kepala
1/2 batang carot- disagat/hiris nipis
sayur kangkung-ikut suka
5 biji bawang putih-ditumbuk
4 sudu sos tomato
3 sudu kicap
1 sudu mayonis
1 biji telur
gula dan garam secukup rasa

cara:
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan udang, goreng sampai kuning. Masukkan carot dan telur. Bila telur dah masak berketul-ketul, masukkan kicap, sos tomato, mayonis, garam dan gula . Kemudian masukkan makaroni dan kangkung. Kacau hingga sekata dan siap!

Tuesday, December 04, 2012

Hari yang letih

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ini saya mengemas bilik stor. Banyak betul barang yang jadi sampah. Masa kemas banyaklah jumpa mainan si kembar yang mereka pun sudah lupa. Di antaranya ialah keretapi mainan. Anak-anak sungguh gembira seperti dapat mainan baru. Kesemua barang-barang diletak dalam plastik sampah hitam dan selepas balik kerja, suami buang separuh semuat bonet belakang kereta ke tempat pembuangan sampah. Bilik stor masih belum sepenuhnya kemas, en suami akan periksa semula dan buang yang mana jadi semak. Dari pagi saya bekerja hinggalah siap mengemas pukul 2 pm. Sakit seluruh badan dan jalan pun senget-senget macam pinguin. Selepas solat zohor, berehat sekejap. Perut dah berkeroncong saya rupanya belum memasak. Pukul 3 pm, ajak anak-anak makan kat kedai di Salak Tinggi.