Monday, September 30, 2013

Aktiviti anak2

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Weekend lepas kami pergi ke ekspo keusahawanan USIM. Dekattttt je. Sebelah rumah kami je. Pagi ahad twins masuk colouring contest. Lepas mewarna terus balik sebab sian kat Qayyum kepanasan. Lagipun yakin twins takkan menang punyer haha. Layan gambar je lah..



syok sangat sampai kaki terangkat...


tudung hitam, muka pun bantai hitam gak..alahai..

Abang dah siap..along teruskan ya..


kepoh...

Wednesday, September 25, 2013

Waktu maghrib

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Ni peringatan untuk diri sendiri. Kadang-kadang, kita sendiri pun pada waktu maghrib duduk dalam kereta baru balik jalan2. Sekarang ni maghrib awal, anak-anak ummi yang suka main basikal susah betul nak masuk rumah padahal dah senja. Punyalah suka dorang main dengan anak jiran depan rumah. Ni lah cabaran. Kang kalau tak marah tak masuk rumah. Arwah abah ummi dulu tegas. Masa ummi kecik-kecik dulu, arwah abah memang sangat berdisiplin. Pukul 7 malam semua adik-beradik ummi dah siap mandi. Yang anak lelaki akan berderet ikut belakang arwah abah jalan kaki ke surau untuk solat maghrib. Lepas solat maghrib, semua anak-anak kena baca al-quran. Bunyi azan isyak, abah ummi dan abang2 akan pergi lagi ke surau untuk solat isyak. Kadang2 ummi pun ikut sekali. Waktu subuh, hanya arwah abah pergi surau sorang2. Anak2 dia tido hehe. Setiap hari macam tu hinggalah arwah abah pergi menemui ilahi.

Sabda Nabi s.a.w., "Apabila hari sudah senja, tahanlah anak-anak kamu (keluar rumah) kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah.

Sesungguhnya syaitan tidak sanggup membuka pintu yang dikunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekasmu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya..."(Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a.)

Thursday, September 19, 2013

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Cinta hati ummi..


Tidak akan ada bahagia di atas derita orang lain...

Paling rendah kita inginkan kebaikan yang kita miliki... juga dimiliki orang lain.

Paling tinggi kita inginkan kebaikan orang lain... walaupun terpaksa mengorbankan apa yang kita miliki....

Cinta itu bererti mengorbankan apa yang kita cintai.

Berkorban itu mesti menderita tetapi tetap bahagia... kerana itulah cinta!
 
-Ustaz Pahrol Muhd Juoi-

Pendidikan anak-anak

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Jadi suri rumah ni, ummi selalu fikir pasal rumah sebagai ladang bekerja ummi dan fikir pasal anak-anak ummi yang tercinta. Along dan abang baru umur 5 tahun tapi ummi dah buat senarai sekolah nak masuk darjah satu. Advance kan. Ummi jumpa lagi satu sekolah tahfiz di Seremban tapi pelajar kena tinggal di asrama. Tak sanggup rasanya ummi nak berpisah dengan abang dan along. Alahai..macam mana nak maju ni ummi tak sanggup nak berkorban. Sekolah tu http://sriitahfizdarululum.blogspot.com/p/permohonan.html.
Sekolah lain yang ummi listkan, Sek Ren Agama Integrasi Salak Tinggi dan Sek Ren Agama Al-Amin cawangan Nilai.

Masa ummi kecik-kecik dulu, ibu ummi hanya mengasuh anak2. Uruskan makan pakai anak2. Ibu ummi sekolah tak tinggi. Hal-hal pendidikan semua ayah ummi yang ambil tahu. Pilih sekolah, mana nak hantar, mengajar anak2 membaca, mengaji, mengeja, membeli buku, semak buku...semua tu ayah ummi yang buat. Ayah yang jadi menteri pendidikan. Sedih plak teringat kat ayah ummi.

Kalau untuk anak2 ummi sendiri, ummi lebih suka kalau ummi dan en.ayah sama-sama bergabung tenaga mengambil tahu hal pendidikan anak2 dan juga ambil tahu semua hal anak2.

Wednesday, September 18, 2013

Kisah suami isteri...hobi

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Nyenyak Qayyum tido pagi ni. Boleh ummi berinternet. Google pasal hobi. Cari gambar orkid. Ummi teringat perbualan dengan en.ayah beberapa minggu yang lepas. Ummi menyatakan hasrat untuk melamar dua pasu orkid di satu nursery pokok yang dimiliki oleh peniaga berbangsa cina. Ummi meminta en.ayah gerudi penggantung pasu di kiri kanan sudut depan rumah. En.ayah cakap, buat apa tanam pokok bunga, baik tanam pokok sayur...boleh makan. Ummi terdiam. Dah hobi nak tanam pokok hiasan nak buat macam mana. Ummi pun boleh jugak Tanya, kenapa en.ayah beli buku banyak-banyak, bukannya boleh makan buku tu. Baik beli nasi ke, burger ke, mee bandung ke, chicken chop ke...boleh jugak dibuat makan. Nasib baik hobi tanam pokok je. Kalau hobi ummi kumpul beg tangan berjenama atau kasut berjenama, tak ke haru en.ayah. Hehe. Sama-sama kita hormati hobi masing-masing yer.

Speedy recovery!

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pagi ni Fathul pergi ke sekolah seperti biasa. Alhamdulillah dia Nampak semakin cergas. Semalam ummi Tanya Fathul, "Fathul ada rasa sakit tak?", Fathul kata tak sakit. Semalam tak pergi sekolah tapi petang pegi mengaji. Huhu ummi plak yang rasa sayang kalau tak mengaji. Rasa rugi. Perkembangan mereka sangat memberangsangkan bagi ummi sebab mereka bermula dengan lambat dari rakan sebaya. Lambat bercakap, lambat ke tadika, lambat pergi mengaji. Tapi Alhamdulillah mereka cepat menguasai pelajaran baru. Syukur ya Allah. Terangkan hati anak2 ummi untuk menadah ilmu ameeeen...

Monday, September 16, 2013

Primary repair of inguinal hernia

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Alhamdulillah, dua hari lepas anak ummi Fathul telah selamat menjalani pembedahan hernia. Pembedahan hanya sekejap saja. Fathul kena berpuasa dari malam hingga ke masa untuk dibedah. Fathul pergi hospital pagi, masuk OT pukul 10.30 am, keluar dari OT pukul 11.30 am. Pukul 1.30 pm boleh discharge and pukul 2.15 pm balik rumah. Kesian anak ummi. Pergerakan dia slow sikit. Fathul tak pernah mengadu apa-apa, dia tak pandai nak menyatakan apa yang dia rasa. Semoga Allah cepat sembuhkan Fathul aminnn.

Dalam wad selepas keluar dari dewan pembedahan

Hari pertama selepas pembedahan
 
Bagi parents yang mencari info tentang operation hernia, Fathul buat operation ini di Hospital An-Nur Bangi. Kos lebih kurang dalam RM2,600. Pada mulanya, hospital kata kos dia dalam RM4K. Alhamdulillah, after discharge kos dia kurang dari 4 ribu. Kalau parents kerja gomen, anak boleh operate free if buat kat GH tapi kena beratur panjang.

Friday, September 13, 2013

Salam Jumaat

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Salam Jumaat. Sekarang ni, kepala rasa tersumbat. Nak relax sekejap dari membuat kerja-kerja rumah dan dari berfikir anak-anak nak makan apa balik sekolah nnt. Dalam peti sejuk, lauk sudah habis. Don't worry be happy. Pada pagi Jumaat yang berbahgia ini, eloklah bermuhasabah apakah diri ini sudah menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Apakah tanggungjawab telah kita lakukan dengan baik? mustahilkah kalau ingin menjadi yang sempurna? ideal? sukar...kita manusia biasa terlalu banyak kelemahan. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita kerana kelemahan kita itu. Lately, ummi selalu marah abang dan along. Kalau tak marah, abang dan along buat tak dengar je apa yang ummi cakap. Entah, tak reti kalau tak marah. Ada ke dalam dunia ni ibu yang tak pernah marahkan anak dia? Dalam tanyalah ustaz tv9, ustaz kata...kalau kita rasa nak marah, jangan marah. Istighfar banyak2. Bila kita dah rasa tak marah, barulah kita marah. Orang yang beristighfar tidak mampu untuk marah. Marah itu boleh melahirkan sifat penakut dalam diri anak-anak lalu menyebabkan anak-anak bercakap bohong. Marah menternak manusia pembohong. Anak bercakap bohong sebab takutkan ibubapa yang pemarah, isteri brcakap bohong kerana takutkan suami yang panas baran, ibubapa juga boleh brcakap bohong dengan anak dia kerana anak yang kuat marah. Haaa..so hati2. Pesan Prof.Muhaya, anak2 takkan buat apa yang kita suruh, tapi dia akan buat apa yang kita buat. Hati-hati dengan tindak tanduk kita, percakapan kita..anak akan copy paste. Peribadi anak mencerminkan peribadi orang tuanya. Aiseh!

Dua hari lepas, Fathul bawa balik kerja sekolah dia. Kali ni dia buat kerja sekolah. Yang lepas-lepas kerja sekolah tu kosong saja Fathul tak buat. Lega sikit hati ummi tengok Fathul boleh menulis dan mengeja. Kalau kat rumah, dia conteng saja. Dia kata dia tak pandai. Kalau suruh membaca iqra', dia akan merapu. Memang dia takkan baca dengan betul. Kalau nak dengar dia baca elok, depan cikgu yang mengajar. Ummi pun pelik dengan sikap Fathul ni. Kadang2 perangai dia gila2 sikit. Suka melawak macam ayah dia kot. Kalau mengamuk pun boleh jadi jugak Fathul ni..hurmm pening. Esok insyaAllah kalau jadi Fathul ada minor operation hernia. Tapi kalau dia batuk dan selsema, operation kena postpone. Operation ni sekejap saja, setengah jam kata nurse. Balik hari. Semoga lepas operate, Fathul makin sihat. Opss, baby Qayyum sudah bangun, ummi kena stop dulu. Bye.

Saturday, September 07, 2013

Montessori principles

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Oleh kerana anak2 kembar kami yg sgt aktif, kami telah memilih tadika yang menggunakan kaedah Montessori untuk first school mereka pada usia 5 tahun. Slogan sekolah ialah "Follow your childs' fitrah. As a parent...kita boleh apply teknik Montessori ni kat rumah. Bahkan boleh jadi lebih baik kerana pendidikan awal anak-anak bermula dari rumah. Ibubapa adalah role model yang terbaik. Menjadi ibubapa yang betul adalah bukan sesuatu yang fitrah dan ianya tidak boleh mengikut naluri saja. Boleh jadi naluri kita itu tidak betul. Parenting ialah ilmu yang harus dipelajari dari semasa ke semasa. Untuk Abdul Qayyum, http://www.dailymontessori.com/montessori-age-0-6-months/.

Lagi..

1) Montessori Theory

2) http://thefullmontessori.wordpress.com/

Enjoy!!