Saturday, April 25, 2015

Pening kepala

Tengahari tadi kami sekeluarga ke kenduri akikah. Lepas tu pulak ke kenduri kahwin. Lepas tu balik terus ke rumah. Langit kelihatan mendung hujan rintik2. Tak jadi ke Bangi sebelah petang. Sampai rumah dah penat bertambah pening kepala tengok keadaan rumah yang 'tenat'. Bila la rumah ni nk indah ala-ala dalam majalah impiana 😭.

Tuesday, April 21, 2015

Happy birthday to me :-)

Semalam 20 April ialah hari lahir ummi yg ke 34. TUA dah. Alhamdulillah impian ummi untuk mendapat 4 orang cahaya mata dimakbulkan Allah. Thank you Allah :-). Harapan dan doa ummi ialah semoga ummi bertambah matang dalam membuat keputusan. Pilihan yang kita buat pada hari ini akan menentukan masa depan kita dan anak-anak. Happy birthday to me!!!

Wednesday, April 15, 2015

Sanah helwah Qayyum

Hari ni qayyum genap 2 tahun. Semalam maryam genap 2 bulan. Perkembangan qayyum sgt baik alhamdulillah :-). Semoga qayyum menjadi anak yg soleh amiiinnn.

Saturday, April 11, 2015

Tidurlah sayang

Legaaaaa sangat budak ni dah tido. Tido awal malam ni. Harap2 tak terjaga tgh2 pagi buta karang. Semoga qayyum lena diulit mimpi indah dan bangun pagi esok amiiiinnnn.

Wednesday, April 01, 2015

Pelik tapi benar

Dalam dunia ni banyak lagi ciptaan Allah yang kita belum terokai. Subhanallah. Ciptaan Allah sangat mengagumkan. First time ummi tengok gambar peria albino dan pisang kerang. Tengok gambar ajo..kalo jumpa betol den nak boli nok cubo raso..sodap ko tidok..😄.