Thursday, March 30, 2017

Anakku syurgaku

Anakku syurgaku...mcm tajuk drama. Besarnya pengaruh kita bila mendidik anak2 dengan baik..kita sebenarnya mencorakkan generasi masa depan. Pasakkan ank2 dengan alquran insyaAllah kita mendidik generasi quranic. Anak2 mula dapat markah ujian 1. Seperti ujian sebelum2 nya, markah anak2 tidak cemerlang. Jauh daripada A. Drpd markah tu kita dpt mengagak sejauh mana pencapaian atau tahap belajar diorang. Ummi tak pernah marah pun tapi kita hargai usaha mereka untuk pegi ke sekolah yg mereka sebenarnya tak suka pegi sekolah dan belajar. Ada sorang hamba Allah ni dia cerita pd ummi, kalau ujian tak dpt A, ayah dia akan marah "dah bagi duit pegi sekolah pun masih tak pandai". Kesian ibubapa yg mental mcm ni. Mental anak2 mesti dpt A bila ujian. Anak2 yg slow belajar akan stress bila kena marah. Dekat oversea, tak ada ujian pun kat sekolah. Sekolah kt  malaysia je yg exam oriented. Sebenarnya manusia bukan tak pandai tapi Allah beri kelebihan yg berbeza2. Bila kereta kita rosak, apa yg kita boleh buat? tak boleh buat apa. kita terpaksa hantar ke bengkel kereta. pomen yg pandai baiki kereta itulah yg baiki kereta kita. dia mungkin sijil spm pun tak ada berbanding kita yg ada sijil spm bersusun2 A . Akhir kalam, jangan mudah menghukum orang sebaliknya kita doakan. kita suka tengok kelemahan orang dan buat kesimpulan mcm2. kapal kita tak sama dengan kapal dia. jangan sibuk dengan dosa orang tapi sibuklah dengan dosa kita sendiri. Selamat bertugas!!

Alhamdulillah

Pagi ni hujan sejuk jer. Syukur pokok2 dapat air. Syukur juga di atas nikmat2 lain yg Allah kurniakan. Syukur sebanyak2nya. Setiap hari bangun niat untuk berbakti kpd keluarga dan masyarakat. Sebaik2 manusia ialah orang yg memberi manfaat kpd orang lain. Jaga juga pengambilan makan minum kita. Makanan halal dan berkhasiat. Kesiannya tengok orang yg hisap rokok, minum coke, pepsi, arak, dll tu. Semoga mereka diberi kesedaran aminn. Niat juga untuk banyak bersedekah sebagai saham kita di akhirat kelak. Tingkatkan amalan puasa sunat, solat sunat dan baca alQuran setiap hari sebagai bekalan kita di alam kubur. Tazkirah untuk diri sendiri hari ni. 

Sunday, March 26, 2017

Kereta rosak

Semalam masa perjalanan pulang ke rumah kami di Bukit Kapar, kami mendapat musibah. kereta kami rosak di Keroh, Kg. Banggol Kulim, Machang. Aduhai mujur dekat dengan bengkel. Pomen kereta check pulley belt telah putus. Kereta kena tinggal di bengkel. depan bengkel ada satu kedai makan nama Kak yam corner. Kami lepak di situ dan makan malam terus sambil tunggu adik ummi datang ambil dari Tumpat. maka sambung cuti lagi la huhuhu. 

Sunday, March 19, 2017

Hero

Sejukknyaa pagi ni. Ummi bersiaran dari six villa inn Paka nanana..teganu kite hee..Ummi satu family bermalam di sini satu mlm. Pagi ni akan bertolak balik ke Tumpat InsyaAllah. Pagi yg sejuk ni, kite layan lagu My Hero by Harris J. Selawat serta salam dilimpahkan ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad saw. I love Rasulullah❤. Happy school holidays!!!!


"My Hero"

You were always unselfish and sacrificed
Everything you risked to change life
Even when there was darkness
You broke the shackles and brought light
You called everyone to believe in Allah
O Muhammad! You are my

You are my hero, you are my hero
You are my hero, always my hero

It's the way that you smiled with serenity
And how you forgave all your enemies
I will always hold your love
And all your teachings in my heart
You called everyone to believe in Allah
O Muhammad! You are my

You are my hero, you are my hero
You are my hero, always my hero
You are my hero, you are my hero
You are my hero, always my hero

You are my hero and I'll keep you safe in my heart
You are my hero till the end and from the very start
You are my hero and you'll always be the best part
Of every single day, I will follow you

You are my hero and I'll keep you safe in my heart
You are my hero till the end and from the very start
You are my hero and you'll always be the best part
Of every single day, I will follow you

hero, you are my hero
hero, always my hero
You are my, you are my hero, you are my hero
You are my hero, always my hero
You are my hero, you are my hero
You are my hero, always my hero

You are my hero
You are my hero, always my hero

Wednesday, March 15, 2017

Detox juice

Ok mlm ni ummi buat detox juice celery campur timun. Kalo campur madu dan lemon rasanya mesti lagi sedap. Tapi xde lemon dan madu. Jus ni boleh kurangkan berat badan dan menurunkn kolesterol. Bagi kat fathul (obesiti) dia reject xnk minum. Bagi kat en.ayah ( kolesterol tinggi) pun tak nak minum juga. Hurmm...bertuah semuanya. Sudahnya ummi (gemuks) juga yg minum. Memang bercinta la nak habiskan jus ni..berhuhuhu ummi seketika.


Ingin tahu

Nashrul dan Fathul suka bertanya macam2 terutamanya Fathul. Fathul bertanya, Ummi, Allah tu ada kaki ke? Allah tu boleh bercakap ke? Arash Allah tu kat mana? kita boleh pergi ke Arash Allah ke? bila kita akan jumpa Allah? sayap malaikat tu mcm burung ke? hmmm..mcm2 lagi lah pertanyaannya. Pasal syurga, neraka, yakjuj dan makjuj dll. Letih jugak la nk menjawabnya. Anak2 lebih suka bertanya kepada ummi berbanding ayahnya. Mungkin ummi suka bercakap/berleter/berceramah dengan anak2 hiihi..

Pergi ke kedai membeli kertas,
beli juga kerdas dan jering,
Lunch nnt nk masak asam pedas,
dinner nnt kue teow goreng.

Pergi belayar naik perahu,
bawa bekal kuih bahulu,
anak-anak ingin tahu,
ummi kenalah tambah ilmu.



Tuesday, March 14, 2017

Bahtera Nabi Nuh a.s


Pagi ni nak share sikit kisah Nabi Nuh. Sikit jer tak boleh nk tulis panjang2 takdak masa.
Nabi Nuh membawa ahli keluarganya (seorg isteri & 3 org ank- Sam, Ham, Yafis dan orang2 yg beriman (jumlah yg sgt sedikit) serta pasangan binatang jantan dan betina ke atas kapal yg dibina baginda. Hanya yg menaiki kapal ini saja yg selamat dari banjir besar yg melanda kampung Nabi Nuh a.s. Kaumnya yang tidak beriman binasa dalam bencana banjir besar itu. Anak Nabi Nuh yg tidak beriman pun termasuk org2 yg ditenggelamkan dlm banjir besar (Hud: 43).

Bahtera Nabi Nuh a.s berlabuh di atas Gunung Judi (Hud: 44). Gunung Judi terletak di sebelah selatan Armenia, bersempadan dengan Mesopotamia. Mesopotamia ialah tamadun awal yg lahir di dunia yg lahir di wilayah yg terletaknya Iraq, timur Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran.
 

Monday, March 13, 2017

Lunch simple2

Hari ni buat nasi goreng pataya. Fathul request semalam tapi ummi buat hari ni. Hari ni bermula ujian bulanan pertama sekolah kebangsaan. Semoga anak2 dapat menjawab ujian dengan baik aminnn.

Nasi goreng pataya bungkus tak jadi...





Thursday, March 09, 2017

Donut budak2

Aduhh..letih sungguh smlm. lepas maghrib tu rasa nk fengsan dah. Faktor usia meningkat. Donut utk budak2 smlm. kejadian sebelah pagi. 

 









Monday, March 06, 2017

Simple lunch

Hari ni hari lahir anak sulung ummi si kembar Nashrul dan Fathul yg ke-9. Semoga anakanda berdua mnjadi anak yg soleh aminn. Simple lunch je hari ni sbb fathul dah melantak banyak cheese cake. Pasni diet semula ye Fathul. 


Kelihatan cik M dah tak sabar nk makan...


Ni hat jantan...

Friday, March 03, 2017

Tadabbur

Surah Hud Ayat 15 & 16


مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ

15. Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.*******

أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ إِلاَّ النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُواْ فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

16. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Sesiapa yg berhasrat akan kesenangan hidup di dunia seperti makanan, minuman, perhiasan, pakaian, perabut, rumahtangga, binatang ternakan dan anak-anak tanpa mengadakan persediaan untuk akhirat, sprti beramal kebajikan, membersihkan diri drpd pelbagai sifat yg tercela, maka Allah akn memberikan kpd mereka apa yg mereka hasratkn sejajar dgn sunnatullah atau ketentuan Allah. Dia tidak akan mengurangkn sedikit pun drpd hasil usaha mereka itu, kerana untuk mndapat rezeki trsebut terkait dgn usaha seseorang.

Hasil usaha mereka di dunia itu brgantung kpd usaha mereka dan sunnatullah dlm kehidupan, manakala amal2 utk akhirat, balasannya ditentukan oleh Allah sendiri tanpa perantara seorang pun.

Orang2 yg amalnya hanya diniatkn sekadar mncapai kebahagiaan hidup di dunia dan tidak diniatkn sebagai prbekalan utk mghadapi akhirat, tidak mndapat kecuali neraka. Mereka berusaha di dunia bukan kerana dorongan iman kpd Allah dan bukan utk mmbersihkn diri drpd dosa dan kejahatan dan bukan pula utk mengejar keutamaan dan taqwa, akan tetapi semata-mata utk memenuhi keinginan hawa nafsu sepuas-puasnya. Itulah sebabnya Allah mengadakan apa yg telah mereka kerjakan di dunia sia2 belaka.

Kesimpulan ayat ini iaitu bahawa sesiapa yg ketika hidupnya di dunia hanya mengejar kelazatan hidup di dunia akan diberi oleh Allah atas apa yg mereka usahakn itu, tanpa dikurangkn sedikit pun sejajar dgn ketentuan yg telah ditetapkn Nya. Juga mereka itu di akhirat kelak akan dimasukkan ke dalam neraka dan akn sia2 semua prbuatan yg telah mereka lakukan di dunia. 

Thursday, March 02, 2017

Maryam's new toy

Hari ni new toy Maryam dah sampai. pinky2 untuk gegirl. Beli di Pasar lambak Lazada hihi. Semoga anak ummi enjoyyyy...mmuaaah Maryam my little princess..


Wednesday, March 01, 2017

Telekung budak

Ololo comeiiiinyer telekung budak. Sape nk bole order ni. Saiz bermula dari umur 2 tahun. Kalo Maryam princess ummi ni mujur ler dia nk pakai ni...huhu