RSS

Wednesday, November 4, 2009

Belajar hormati orang lain



۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Sikap manusia, memusuhi apa yang tidak difahaminya dan apa yang tidak diminatinya. Lumrah. Namun begitu, jika kita bersifat insani, gunalah mata hati dan akal fikiran untuk menghormati minat dan keputusan orang lain. Sejak dari kecil, saya selalu makan budu dan tidak pernah makan ikan keli, jadi saya amat meminati budu dan tidak menyukai ikan keli. Tetapi bukan bererti saya mencemuh orang yang suka makan ikan keli. “Eii, apa la, ikan keli pun makan, dah la ada misai, geli geleman aku tengok badan ikan keli berlendir”. Tidak pernah saya katakan begitu. Saya juga tidak pula mengherdik orang yang tidak menyukai makanan pujaan warga Kelantan iaitu budu. “Apala, budu yang sebegini lazat dan berkhasiat pun tidak mahu makan, rugi..rugi...pelik sungguh. Tak boleh jadi ore kelate...”. Kita memahami bahawa orang yang tidak makan budu itu tidak pernah makan budu sedari kecil, jadi wajar saja jika ia ngak lalu makan budu. Contoh lain, “Apa la tanam pokok bunga, bukannya boleh makan pun, baik tanam pokok sayur ke, pokok buah ke, ada pekdahnya juge” dan “Apala asyik beli buku, perabihkan duit je, baik beli benda lain.” Kata-kata begini boleh menyinggung perasaan orang lain tanpa kita sedari. Apalah salahnya kita menghormati minat orang lain selagi ia tidak menyalahi agama dan tidak mengundang keburukan kepada orang lain? Jika kita ingin dihormati, hormatilah perasaan orang lain. Ini adalah sebahagian contoh saja daripada banyak-banyak contoh..fikir lah sendiri..
Kadang-kadang kita merasa pelik, kenapa orang tu suka itu dan tidak suka ini? Tidak suka ini tapi suka itu. Hakikatnya manusia tidak sama dan kita berbeza. Ia bukan situasi yang pelik. Lelaki dan wanita secara biologinya adalah berbeza sudah tentu juga minat dan kegemaran mereka juga berbeza (ada juga sesetengahnya sama). Lelaki lebih suka kepada aktiviti yang mencabar, sukan, kereta, dll dan perempuan pula lebih gemar kepada aktiviti menjahit, kraftangan,memasak, menghias rumah dan bermacam-macam lagi. Dalam rumahtangga, saling menghormati antara pasangan adalah suatu yang wajib. Di awal perkahwinan, jangan terkejut jika mendapati pasangan mempunyai hobi dan sikap yang pelik. Makanan kegemaran juga pelik-pelik. Di sinilah perlunya kita belajar untuk saling menghormatinya di antara suami isteri bagi menjaga keharmonian rumah tangga yang dibina. Berapa ramai pasangan yang bercerai-berai akibat hilang perasaan hormat-menghormati sesama mereka.
Fikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Hormati perasaan orang lain khususnya orang yang kita sayangi iaitu ibubapa, suami, isteri, anak-anak, sahabat, saudara mara, jiran tetangga kerana apa yang kita minat dan mahu terkadang tidak sama dengan cita rasa mereka. Jangan pentingkan diri sendiri tapi fikir juga perasaan orang lain dan hormati mereka.

Saturday, October 31, 2009

Muhasabah Cinta


Dengar nasyid ini di http://www.imeem.com/people/wNWhfLD/music/eOdeJlpP/edcoustic-muhasabah-cinta/

Muhasabah Cinta by:Edcoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Saturday, October 24, 2009

Pokok setawar ada gunanya...



۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Saya amat meminati tumbuh-tumbuhan. Sekarang ini saya baru berjinak-jinak menanam pokok di rumah setelah sekian lama hasrat saya ini tertangguh kerana sibuk dengan anak. Itupun keluar rumah di waktu anak2 saya mandi di luar saja. Saya amat meminati satu jenis pokok iaitu pokok setawar. Pokok setawar (scientific name:Sedum) mempunyai pelbagai jenis species. Lihatlah keindahan pokok2 sedum di bawah ni:






Sedum is the large stonecrop genus of the Crassulaceae, representing about 400 species of leaf succulents, found throughout the northern hemisphere, varying from annual and creeping herbs to shrubs. The plants have water-storing leaves. The flowers usually have five petals, seldom four or six. There are typically twice as many stamens as petals.

Well known European Sedums are Sedum acre, Sedum album, Sedum dasyphyllum, Sedum reflexum (also known as Sedum rupestre) and Sedum hispanicum.

Many sedums are cultivated as garden plants, due to their interesting and attractive appearance and hardiness. The various species differ in their requirements; some are cold-hardy but do not tolerate heat, some require heat but do not tolerate cold.

Sedum species are used as food plants by the larvae of some Lepidoptera species including Grey Chi. In particular, Sedum spathifolium is the host plant of the endangered San Bruno elfin butterfly of San Mateo County, California.
(sumber:wikipedia).

Dalam dunia microbiology, Umesha et al.,2007 telah menemui satu spesis sedum iaitu "Sedum hybridum" sebagai "indicator plant" dalam ujian "hypersensitivity" bagi "phytopathogenic bacteria" atau bakteria yang menyebabkan penyakit kepada tumbuhan. Jika sebelum ini, pokok standard yang digunakan ialah pokok tembakau untuk bakteria gram negatif dan pokok pukul empat untuk bakteria gram positif.

Maksud surah ali Imran ayat 190-191:-
Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi ‘ulul-albab’ (ahli fikir).
(Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Engkau (Allah) tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Lindungilah kami daripada azab neraka.”



Apabila memandang keindahan alam maya, cubalah renung dan berfikir sejenak betapa hebatnya Pencipta kita! Subhanallah, semua yang diciptakan Allah pasti ada tujuan dan hikmah disebaliknya untuk kita hayati kekuasaan Allah dan menyuburkan keimanan dalam diri. Berjalan, melihat dan mentafsir.