۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Begitu berpengaruhnya keperibadian seorang ibu dan ayah kepada si anak sehingga anak akhirnya menjadi seorang ulamak. Berkat air susu ibu, kasih sayang dan didikan dari seorang ibu yang bergelar suri, juga peribadi seorang ayah yang hebat akan menghasilkan anak yang luar biasa insyaAllah. Saya juga impikan anak-anak saya menjadi seorang ulamak suatu hari nanti insyaAllah ^^. Mari kita lihat apakah rahsia ibu kepada seorang ustaz yang popular di TV al-Hijrah sekarang yang saya CnP dari facebook.:-
Satu perkongsian yang menarik dr Prof Dr Muhaya:
"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"
SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.
Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID;)
By: Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl.
Dari kisah ini, saya simpulkan bahawa untuk menghasilkan seorang anak yang hebat, bukanlah peranan ibu semata, tetapi perlukan kerjasama antara seorang ibu dengan bapa. Para suami perlulah memberi sokongan kepada isteri dalam mendidik anak-anak. Dan selalu saya ingat akan pepatah orang tua2, 'bapa borek anak rintik'. Cuba anda fikirkan, kenapa orang dulu2 sebut 'bapa borek anak rintik' dan bukannya 'ibu borek anak rintik'...smile in piece..
wah, perkara yang selalu kita terlepas pandang esp para suami...mindset kita, segala serahkan kpd isteri utk menguruskan anak...btw, suka style ni...suami ringankan kerja isteri dlm menjalankan tanggunjawabnya sebagai seorang ibu....semoga kita dapat amalkan
ReplyDeleteAlhamdulillah, beruntung ustaz Don punya ibu dan ayah yang baik.
ReplyDeleteTapi bagi saya sebagai seorang isteri dan ibu, saya takut kalau saya merasakan suami orang lebih baik dari suami saya.hmm..camne ye, saya takut rasa tak bersyukur..
Sedangkan suami kita masing-masing punya kebaikan dan kelebihan tersendiri. :)Kalau saya rasa suami saya ada kekurangan, saya kene cuba perbaiki diri saya dulu.
Tiada yang mustahil jika Allah berkehendak. Imam syafie contohnya adalah seorang anak yatim..maknanya hidup dalam asuhan ibu yang solehah sahaja. Tapi saya tidak menafikan kepentingan peranan seorang ayah.
Saya tulis komen ini cuma untuk yakinkan diri saya sendiri bahawa suami kita tetap yang terbaik yang Allah berikan buat diri kita. Mungkin tidak nampak hebat, tetapi tetap punya potensi yang besar untuk jadi hebat. Jom kita usahakan sama2 bermula dari diri dengan tawakal sepenuhnya kepada Allah jua..
Iman,
ReplyDeleteyer saya pun suka, kalau suami isteri saling membantu, paling penting isteri dilayan dengan baik, emosinya perlu dijaga :). Syukran kerana sudi beri komen.
Cimas Tc,
Tujuan paparan kisah ini adalah untuk diambil ibrah mana yang baik. Bukan bermaksud negatif untuk merasakan suami sendiri tak sebaik suami orang, Of course suami kita sendiri ada kelebihan yang mungkin tidak ada pada suami orang lain kan?? Hanya kita yang tahu :))). Macam suami saya seorang yang bijak bestari, alim dan penyayang :))). Saya sendiri anak yatim, umur 11 tahun ayah dah pergi mengadap ilahi. MAsa tu adik bongsu lelaki berusia 4 tahun. Antara kami 8 beradik, yg bongsu tulah yang paling menonjol, ketua pengawas sekolah, presiden BADAR dan sekarang aktif dengan persatuan dan politik di kampus. Dia lebih matang daripada usianya yang sebenar. Ibu saya hanyalah orang kampung yang tidak bekerja.
Betul tu, suami kita adalah anugerah yang terbaik buat kita, wajar kita bersyukur. Tapi saya mahu saya dan suami menjadi lebih baik lagi dari hari ini insyaAllah. perlu saling bantu membantu untuk meningkatkan potensi diri. Terima kasih Cimas Tc atas komen yang berguna untuk saya :))). SEmoga kita menjadi isteri yang terbaik juga untuk suami ameeen:)).
seronok dengan ustaz ni bila bagi ceramah..
ReplyDeletesupermommy2u.blogspot.com