Tuesday, February 19, 2013
Khasiat teh daun raspberry
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Hurm banyak ni pilihan sumber natural untuk diamalkan bagi memudahkan bersalin. Ikhtiar..yang menentukan hanya Allah. Antaranya yang saya jumpa minyak kelapa, evening primrose oil (EPO), akar/sanggul fatimah dan daun raspberry yang dibuat teh. Ari tu jalan-jalan jumpa bio-selusuh minyak kelapa dara. Harga dia boleh tahan mahal dalam ringgit enam puluh lebih. So tangguh beli dulu. Masih belum decide memandangkan kandungan masih awal. EPO pulak banyak baca testimoni memang berkesan untuk soften servix (so mengurangkan koyakan). Akar fatimah maybe tak beli sebab duduk baca-baca testimoni, ramai yang xconfirm keberkesanan dia. So tak teruja. Teh daun raspberry pula mempercepatkan kontraksi masa bersalin wallahu'alam. Teh ni jumpa agak murah decide akan beli juga harga dalam RM28. Jumpa kat sini http://roydotcom.wordpress.com/2011/02/23/raspberry-leaf-tea-untuk-mudahkan-bersalin/.
Antara khasiat raspberry leaves tea:
1. Memudahkan menghadapi gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )
2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung
3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.
4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.
5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.
6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.
Ibu-ibu yang mengandung boleh meminumkan sejak minggu ke 37. Boleh minum sebanyak 1 gelas sehari dan 2-3 gelas sehari pada minggu ke 39 dan juga boleh minum sebelum ke “labour room”.
source:http://roydotcom.wordpress.com/2011/02/23/raspberry-leaf-tea-untuk-mudahkan-bersalin/
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.