Thursday, February 14, 2013

Ais krim


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Setiap hari balik dari sekolah, Nashrul akan mintak nak beli ais krim. Kadang-kadang sampai nangis2. "ABang lapar, abang nak makan ais krim". Sedih bunyinya. Lapar la tu. Hurm, tapi takkan la setiap hari nak beli ais krim. Budak-budak ni tak boleh diajar nak ikut kepala dia aja. Terfikir juga nak buat ais krim sendiri. Rajin dengan tidak saja. Tepek dulu resepi ais krim. Kalau rasa rajin buat. Kalau rasa malas, beli je lah kat kedai yang seringgit seketul tu :).


(sumber: DISINI)
Bahan-bahannya:-
2 cawan susu perisa coklat (atau perisa lain yang anda suka)
2 cawan coffemate

Cara-caranya:-
1. Campurkan susu dan coffemate kedalam bekas mixer.


2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga campuran susu kelihatan gebu


3. Masukkan kedalam bekas bertutup dan masukkan kedalam tempat beku selama 3-4 jam.


4. Apabila ia hampir separuh beku, keluarkan aiskrim tersebut dan kemudian masukkan semula kedalam bekas mixer dan putar lagi sehingga ia gebu (dalam 10-15 minit rasanya).


5. Bila sudah nampak gebu.....masukkan semula kedalam bekas bertutup tadi dan masukkan kedalam tempat beku.


6. Biarkan semalaman sebelum boleh dimakan.


Nota:-
- Untuk lebih rasa coklat, anda boleh cairkan sedikit coklat masakan dan campurkan kedalam susu coklat.

- Tak perlu masukkan gula kerana susu dan coffemate sudah manis.

- Untuk perisa lain, anda boleh guna susu perisa strawberry. Jika hendak buat aiskrim perisa durian, guna susu putih dan kemudian blenderkan isi durian bersama susu.

- Anda boleh masukkan 1 sudu teh gelatin sayuran halal yang telah direndam dengan sedikit air dalam bancuhan susu supaya aiskrim tidak mudah cair apabila dihidangkan dan ia lebih gebu

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.