۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Hari ni antenatal check up @ 32 week. Hasil blood test, saya kekurangan haemoglobin. Patutla asyik rasa over tired, tak lalu makan dan loya-loya. Doktor sarankan makan hati,limpa,kerang dan bayam. Tapi saya tak makan organ dalaman. Doktor bagi iberet folic untuk bagi hb naik. Hopefully naiklah hb lepas ni ameen. Berat baby 2.4 kg dan kedudukannya melintang. Sepatutnya kepala baby kat bawah. Lepas ni pusing biar betul yer baby. Lepas siap jumpa doktor, singgah kejap kat pkns beli buku aktiviti untuk anak2. Balik rumah makan sikit je sebab tak lalu makan.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.