۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Minggu lepas Nashrul dah dua malam tidur bebas dari pakai diaper. Pukul 3 am, saya kejut dia untuk pergi toilet. Tapi malam tadi saya terbabas bangun dekat pukul 4 pagi, seluar Nashrul dah basah huhu. Malam ini kena letak pelapik getah atas tilam. Bila Nashrul dah berjaya, barulah train Fathul pula. Tak boleh dua-dua sekaligus.
Pagi ni Nashrul sumbat bantal dalam beg sekolah sampai tak boleh zip beg sekolah tu. Dia nak bawa bantal tu ke sekolah. Bila ummi and ayah cakap tak boleh, dia akur. Macam-macam gelagat anak ni. Sebelum ke sekolah bergaduh dulu. Bergaduh, main, bergaduh, main..kemudian gaduh lagi. Begitulah kehidupan anak-anak sampai ke suatu masa, insyaAllah mereka akan lebih matang dan tak bergaduh lagi. Yang penting ibubapa perlu banyak bersabar dan jangan cepat melenting. Begitu juga kalau anak yang suka mengamuk. Ibu bapa kena keep cool. Peringatan untuk diri sendiri, anak-anak akan meniru personaliti/peribadi ibubapa.
Pagi ni juga saya merajinkan diri untuk selongkar dan siapkan barang-barang untuk baby baru. Baby baru (insyaAllah) tapi barang2 untuk kamu nak semuanya barang2 lama. Oleh kerana baby baru dijangka baby boy juga, jadi tiada sebarang barang baby baru yang dibeli. Baby guna je barang abang2nya. Baju, bantal, semuanya...dah sedia ada. Botol susu tak perlu, buaian tak perlu. Kali ni baby akan lebih natural. Cumanya..ada satu barang yang encik ayah terfikir nak beli iaitu katil baby memandangkan abang-abangnya buas, suka main kejar-kejar, jadi bahaya kalau letak baby kat bawah. Semoga Allah memudahkan segala urusan selepas ini dan apa yang paling penting saya dapat bersalin secara natural dan dapat berpantang sebaik mungkin ameen.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.