Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana hari ni masih diberi peluang untuk menghirup udara segar di pagi hari sambil melihat senyuman anak-anak di atas kereta berangkat untuk ke sekolah. Teringat kepada anak-anak, bukan mudah hendak disiplinkan mereka. Tambahan pula kalau kita selalu nak bandingkan dengan anak orang lain yang sebaya. Saya teringat bicara seorang ustazah dalam radio, "Ibubapa ni selalu tak bersabar dengan anak-anak. Kalau suruh anak buat sesuatu, dan-dan tu juga kita nak mereka buat. Padahal kita ibubapa pun sama juga. Bila anak minta kita buat sesuatu, kita bukan buat on time pun." Betul juga kata ustazah. Manusia memang bersikap tergesa-gesa. Kalau kita ajar anak buat sesuatu perkara, kita nak mereka cepat-cepat pandai. Kalau mereka buat acuh tak acuh, mula la nak melenting. Mudah-mudahan saya sentiasa ingat, anak-anak 0-6 tahun adalah masa untuk kita mencurahkan kasih-sayang kepada mereka. Bila menginjak usia 7 tahun, kaedahnya akan berubah. ADakah kita tak boleh marah anak langsung? Saya teringat perbincangan dalam FB. Mendidik anak mejadikan kita mahir dalam psycology. ADa jenis anak, apabila kita berbuat baik kepada mereka, dia akan memanipulasi balik kebaikan yang diberi oleh ibubapanya. Anak macam ni jenis banyak akal. Macam-macam perangai anak ni yer. Kalau dua beradik kembar tu pun, perangai berbeza-beza. So, kita kena pandai guna psycology. Kaedah menangani dan mendidik perlu mix and match. Kena pandai-pandai ikut situasi. Kat sini, kita tahu yang kita sangat lemah dan masa ni lah yang kita rasa hanya kepada Allah sajalah tempat kita bergantung. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi ilham kepada kita dalam setiap tindak tanduk dan melindungi keluarga kita daripada api neraka.
Kita tak boleh "undo" segala perkara negatif yang telah masuk dalam diri kanak-kanak melalui persekitaran mereka tetapi kita boleh "add in" banyak perkara positif supaya perkara negatif yang dah masuk dalam diri anak2 kita tidak menjadi dominan.
Sebagai Ibu Bapa Kita harus memainkan peranan untuk membimbing dan memberitahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan serta rasionalnya dan jangan hanya membiarkan anak2 menerima sesuatu perkara negatif itu sebagai sesuatu perkara yang dibenarkan. Terutamanya adegan2 yang dipaparkan di tv. Jika tak dapat elak dari mereka menontonnya, berada bersama mereka untuk beritahu perkara yang boleh diikuti dan tidak serta mengapa... -Islamic Parenting Network
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.