Wednesday, July 29, 2009

Apa khabar iman?


Pagi ini, saya rasa amat mengantuk. Ini kerana tidur lewat malam tadi. Keadaan mengantuk ini menyebabkan mood saya tidak berapa baik. Namun, seperti biasa rutin seharian perlu dilakukan juga. Menyediakan pakaian dan sarapan untuk suami merupakan rutin seharian di hari dia bekerja. Anak2 pula seperti biasa mereka bangun awal pagi walaupun tidak ke sekolah. Nak sekolah apa, usia baru setahun lebih..hehe. tapi anak kembar saya ni memang terbiasa bangun awal pagi seawal 5.30-6.30 pagi. Kadang2 saja melewati pukul 7 lebih. kerjanya bangun 'mengemas' (baca:menyepah) rumah. Yang menjadi mision comander nya mesti lah si abang, Nashrul Farhan dan si adik Fathul Farhan akan mengikut saja. Lebih kurang pukul 9 pagi, mereka tidur semula, kebiasaannya tidak begitu, mungkin tidak cukup tidur agaknya...

Menjenguk inbox di email, saya menerima 1 email dari seorang sahabat. MasyaAllah kerana katanya dia dalam keadaan yang tdk stabil imannya. Alhamdulillah, kerana diri ini masih dalam aman walaupun pengisian di setiap hujung minggu tidak dapat dicerap sepenuhnya dek kerana sibuk dengan karenah anak2.

Down
Setiap orang biasa mengalami gejala down (baca:lemah iman)ini. Ia bukan sindrom yg luar biasa. Namun ia perlu dirawat dan perlu mencari penawarnya. Luka yang kecil jika dibiarkan akan kian merebak menjadi sebuah luka yang parah dan bernanah. Kepada sahabat saya itu, saya menasihatinya agar mencari pengisian dan usrah. Kerana di situ insyaAllah ada penyembuhan buat dirinya. Kadang2, kita merasakan kita mampu untuk bergerak dan berjuang seorang diri, namun pada hakikatnya tidak. Usah menipu diri sendiri kerana sudah banyak kes pejuang gugur sebelum bertempur di medan perang dek kerana buat hal sendiri. Kita takkan bisa kuat jika bersendiri kerana syaitan suka memilih yang single berbanding dengan yang berjemaah. Mereka yang hidup berjemaah pasti akan tahu akan kenikmatannya bukan? berukhuwwah dan berkongsi suka duka bagai adik beradik sendiri. Seperti mana rancangan kartun wonderpets, ia menerapkan nilai bekerjasama. Mereka hidup berjemaah juga, main bersama, mnyelamatkan binatang lain bersama-sama dan makan daun sadri secara berkongsi. Wonderpets begitu marah kalau binatang lain buat kerja sorang2. Cerita ini orang bukan islam yang buat, kita yang islam seharusnya membuka mata dan hati daripada makan hati dan hiba menanggung masalah seorang diri yang akhirnya membawa padah kepada iman. Jangan memandang permasalah iman ini dengan pandangan yg enteng kerana ia bisa meleraikan sebuah akidah seorang islam..nauzubillah. Jadi, apa khabar iman anda hari ini?

Kerjaya suri rumah


Suri rumah. Kerjaya yang tidak glamor di mata masyarakat sekarang. Menjadi seorang suri rumah bukan bererti duduk goyang kaki sahaja seperti mana yang banyak difikirkan orang. Dari pagi hingga malam, suri rumah tidak berhenti bekerja bahkan jika ada anak kecik, tidur malam suri rumah pun terganggu tetapi masih bangun bagi menyusukan anak dengan sekeping hati yang ikhlas. Itulah suri rumah. Penyeri dan tonggak rumah tangga. Pendidik anak bangsa dengan mentarbiyah anak2 agar menjadi acuan yang teguh jati diri, kukuh iman akidah dan cantik akhlak peribadi bak bunga mawar yang mekar mewangi. Tapi dewasa kini, ramai para ibu yang memilih untuk bekerja di atas alasan yang pelbagai. Pro dan kontra ibu bekerja sememangnya ada, namun hak memilih ditangan masing2, bagaimana anda mahu mencorakkan anak terpulang jangan sampai tujuan bekerja itu diselewengkan dari niat yang asal dan anak pula terbiar dan terabai hak mereka sebagai seorang anak. Anak merupakan amanah, dan kita akan dipertanyakan oleh Allah swt kelak di atas tanggungjawab itu. Wallahua'lam.

Salam Pembuka kata




Assalamualaikum wbt

Kali ini adalah bukan kali pertama saya berblog. Sudah banyak kali tapi selalunya blog lama-kelamaan jarang diupdate. Namun hati ini mahu juga meneruskan, biarpun tidak banyak entry yang dipost, asal ada dan istiqamah, begitulah didoakan. Pada waktu dan diketika ini, suami dan anak2 sudah lama diulit mimpi, tinggal saya saja yang masih menahan kantuk di depan laptop. Asalnya mahu menulis thesis, tapi entah kenapa setiap malam, payah benar thesis itu mahu disudahkan. Ya Allah, Kau berilah kepadaku ilham wa semangat untuk aku habiskan kerja2 terbengkalai ini. Ameen. Kepada pengunjung yang sudi bertandang, terima kasih diucapkan. Apa yang baik ambillah sebagai iktibar dan apa yang buruk tinggalkan dan harap beri teguran. Jazakumullahu khairan..