Sunday, November 25, 2012

Bahagia membahagiakan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

"Kita tak dapat membahagiakan orang lain sekiranya diri kita sendiri pun tidak bahagia"-Prof Muhaya.

Setuju tak? Ada benarnya juga. Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yang bahagia. Bahagia itu pula perlu dicari. Cari cinta Allah, insyaAllah kita dapat cinta manusia. Bagaimana pula perasaan ingin memiliki dan dimiliki? Aduh, saya tidak pandai bermain dengan kata-kata..mari kita baca ayat-ayat Ustaz Pahrol Mohamad Juoi kat bawah. Semoga hati kita bahagia, isteri dan ibu yang gembira :).



"Kaya ini bukan dengan memiliki tetapi apabila tidak dimiliki.
Sering berlaku, kita 'dimiliki' oleh sesuatu yang kita miliki...

Semoga kita sentiasa sedar bahawa harta itu adalah 'hamba' yang baik, tetapi 'tuan' yang sangat jahat.
Justeru, jangan sekali-kali dimiliki oleh sesuatu yang kita miliki.

Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu, selamanya, sentiasa dan di mana jua."

Saturday, November 24, 2012

Pengumpat

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Sensasi bercerita perihal kebaikan orang lain tidak sama dengan sensasi bercerita atau mendengar keburukan orang lain. Jadi awas, mari kita hindari daripada mengumpat atau mendengar orang mengumpat. Boleh jadi, orang yang mengumpat pasal orang lain di depan kita, lain kali bila kita tidak ada di depannya, dia akan mengumpat pasal kita pula. Jadi, elakkan diri dari berkawan dengan si pengumpat.

Tafsir surah al-Humazah (pengumpat)

Bismillaahirrahmaanirrahiim.
1. Kecelekaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.
2. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya
3. Dia mengira bahawa hartanya itu dapat
mengekalkannya.
4. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar
akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
5. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
6. Yaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan.
7. Yang sampai ke hati
8. Sesunguhnya api itu ditutup rapat atas mereka
9. Sedang mereka itu diikat pada tiang-tiang yang
panjang.

Monday, November 19, 2012

Hidup dalam syukur

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba...dan kucuba menghindarkan pesona maya..

Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk berblog. Sudah agak lama blog ini menyepi. Mudah-mudahan diri saya dan anda semua hidup dalam penuh kesyukuran ameen. Sama-sama kita hayati doa nabi Sulaiman agar menjadi hamba yang bersyukur.


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh-Surah An Naml ayat 19
~ATas NaMa CiNta-UniC~

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya