Rindunya kat anak saudara ummi di Cardiff. Yang sulung dah masuk high school. Mungkin dua tahun lagi baru boleh jumpa andai panjang umur. Di Cardiff mereka belajar al-Quran dengan orang Pakistan
Wednesday, January 29, 2014
Mujahid
Dua hari lepas, lahirlah Umar Mujahid. Umar Mujahid merupakan cucu yang ke 16 dalam keluarga besar ummi. Semoga Umar menjadi anak yang soleh.
Monday, January 27, 2014
Eczema lagi
Ummi sekarang dok study pasal eczema je ngeeeee. Huhu eczema Qayyum sangat2 teruk naik satu badan. Tapi alhamdulillah sejak ummi consume The mother's secret, nampak ada sikit perubahan. Ummi nak berkongsi mana tahu bermanfaat untuk mommies lain yang juga ada anak eczema. Dalam The Mother's secret tu mengandungi manna@gam arab. Eczema lama tu nampak kering. Tapi sehari dua ni bintik2 merah naik di kawasan baru yang belum pernah naik. Sabun mandi ummi tukar daripada moogoo kpada cetaphil. Ummi langsung tak aware moogoo punya mandian ada susu padahal kat botol dah tulis milk wash. Qayyum alah pada susu lembu. Ummi memang tak berani dah minum susu lembu, dalam the mother's secret tu ada susu kambing, so far ok pada qayyum. Syampoo guna sebamed. Sebamed ni dah lama beli masa qayyum ada craddle cap. Sekarang dah takde cuma ada kerak sikit2, syampoo guna jarang2. Tak boleh kerap sebab kulit qayyum sangat kering. Ada satu lagi yang ummi dengar dah dari dua pengguna untuk merawat kulit iaitu minyak kelapa dara. Nak cuba mana tahu kot2 serasi dengan qayyum. Dah tiga jenis krim moogoo ummi guna tapi tak berapa berkesan pada qayyum. Yang tak tahan bila dia asyik menggaru tu huhu kesian tengok. Semoga Allah sembuhkan anak ummi.
Friday, January 24, 2014
Ujian anak eczema
Pagi ni qayyum sangat gatal pipinya. Dia menggaru-garu dan berair. Padahal semalam dah kering. Eczema memang tak dapat disembuhkan melalui pembacaan ummi. Tapi ia boleh dikurangkan dengan menjauhkan dari bahan yang boleh trigger eczema. Qayyum pernah garu pipi dan lengannya sampai berdarah. Abang kembarnya dulu tidak mengalami eczema. Inilah kali pertama ummi menghadapi anak eczema. Seperti parents lain yang ummi baca kisah mereka yang mempunyai anak eczema, duit banyak habis sebab dok membeli macam2. Beli sabun berjenis2, krim sapu mcm2 jenis. Ubat tahan gatal berjenis2. Yang menjadi berjenis2 tu sebab bila tak sesuai dengan kulit baby, kita pun try n error beli produk baru. Setakat ini ummi belum bawa qayyum jumpa doktor pakar kulit sebab ummi rasa doktor mesti bagi topical steroid. Big no no to it! Ummi rasa untuk usaha seterusnya ummi nak beli manna@arabic gum which is naturally rich in prebiotics.
Thursday, January 16, 2014
Berlibur ke Tasik Putrajaya
Semalam Negeri Sembilan cuti. Kami sekeluarga bersiar-siar di Putrajaya menaiki Cruise Tasik Putrajaya. Harga waktu pagi half price untuk 4 orang cuma rm50 saja. Pengunjung lebih ramai waktu petang sebab lebih redup dan nampak sunset. Just nak bagi pengalaman untuk anak-anak. Itu bot tinggi. Bot tambang murah yang ummi naik menyeberangi sungai golok dulu, air sungai hampir2 masuk ke dalam bot, sangat menakutkan..
Wednesday, January 15, 2014
Tuesday, January 14, 2014
Salam maulidurrasul
Shaun the sheep merupakan salah satu bahan tontonan anak2 ummi. Apakah ibrah yang diperolehi oleh mereka drpd menonton cerita biri2 yang tak logik ini? Maybe nak sedapkan hati..fikiran anak ummi akan lebih kreatif kot, semangat tolong-menolong antara sesama biri2 dan kepimpinan Shaun sebagai ketua yg mengambil berat akan kawan-kawannya yang lain. Ummi rasa sudah terlalu banyak hiburan anak2 kat rumah. Masa mereka di rumah banyak dihabiskan dengan menonton tv. Alangkah baiknya kalau 6 tahun pertama usia emas alam kanak2 disuburkan dengan alQuran dan menanam rasa cinta kepada Rasulullah saw. Anak2 lebih mencintai apa yg ditonton oleh mereka. Apa pula usaha kita untuk mencintai Allah dan Rasul? Bukan tugas sekolah, tugas cikgu di sekolah..tetapi tugas ibubapa yg akan disoal di akhirat kelak.
Salam maulidurrasul...byakkan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad saw tanda cinta dan kasih kita kepadanya...
Sunday, January 12, 2014
Rehlah
Dalam dakapan ukhuwwah :) |
Saturday, January 11, 2014
Mainan
Memasuki 9 bulan...
- merangkak
- duduk sendiri
- bangun berdiri
- tepuk tangan
- melambai tangan
- menyebut beberapa suku perkataan ma/ da/ ba
- bermain bersama-sama abang2
- menggerakkan badan apabila mendengar muzik
- merajuk
- mengamuk
Qayyum mengalami masalah eczema yang agak teruk. Buat masa sekarang, Qayyum terpaksa menjadi vegetarian baby. Kena pantang makan takut radang dan gatal. Kesian baby ummi. Semoga Allah sembuhkan eczema Qayyum aminnn..
Monday, January 06, 2014
Kudapan petang
Saturday, January 04, 2014
Syurga neraka
Dalam usrah kami malam tadi, kami membincangkan, haruskah ibubapa memberitahu tentang neraka kepada anak-anak kecil. Tidakkah neraka itu ganas dan mengerikan? atau hanya memberitahu pasal syurga sahaja, tidak perlu sebut neraka? Bagi pendapat ummi, apa yang Allah jelaskan di dalam al-quran wajar kita gunakan untuk tarbiyah anak-anak. Sejak twins kecil lagi ummi ceritakan kepada mereka mengenai perkara-perkara ghaib yang harus kita imani. Kita perlu menanam rasa kepercayaan yang kukuh di dalam hati anak-anak tentang perkara-perkara ghaib. Selalu memberitahu mereka tentang Allah, syurga, neraka, dosa, pahala. Siapa berbuat baik akan masuk ke syurga, terangkan indahnya syurga. Ummi cakap dalam syurga ada macam2 coklat dan toys :p. Dalam neraka ada api yang sangat panas. Bercerita dengan gaya bahasa dan intonasi suara yang bagus supaya anak-anak dapat imagine apa yang kita ingin sampaikan. Kesilapan yang selalu kita lakukan ialah kita suka takutkan anak-anak dengan neraka tapi bila anak-anak buat perkara baik, kita tidak puji dan gembirakan mereka dengan ganjaran di syurga. Khabarkan kepada mereka tentang kenikmatan syurga sebagaimana Allah khabarkan kepada kita dalam al-Quran :D.
Surah 88, Surah al-Ghasyiyah (Yang Mengerikan) : 26 ayat.
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
88-1: Apakah sudah datang kepada engkau berita ‘al-ghashiyah’ (kejadian yang mengerikan itu)?
88-2: Beberapa wajah pada hari itu tunduk terhina. 88-3: Bekerja keras lagi kepayahan.
88-4: Memasuki api yang sangat panas.
88-5: Diberi minum daripada mata air yang menggelegak.
88-6: Tidak ada makanan bagi mereka, kecuali daripada pokok berduri.
88-7: Yang tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan kelaparan.
88-8: Beberapa wajah pada hari itu berseri-seri (na'imah).
88-9: Merasai kesenangan kerana amalnya.
88-10: Di dalam jannah (taman/syurga) yang tinggi.
88-11: Di dalamnya tidak didengar perkara yang sia-sia.
88-12: Di dalamnya ada mata air yang sentiasa mengalir (ainun jariah).
88-13: Di dalamnya ada tempat-tempat duduk yang ditinggikan.
88-14: Dan gelas-gelas yang tersedia.
88-15: Dan bantal-bantal sandaran yang tersusun.
88-16: Dan permaidani yang terhampar. 88-17: Apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana ia diciptakan?
88-18: Dan kepada langit, bagaimana ia ditinggikan?
88-19: Dan kepada gunung-gunung, bagaimana ia di pacakkan?
88-20: Dan kepada bumi, bagaimana ia dihamparkan? 88-21: Maka berikan peringatan, kerana engkau tidak lain kecuali pemberi peringatan.
88-22: Bukanlah engkau berkuasa memaksa mereka.
88-23: Tetapi sesiapa berpaling dan menjadi kafir.
88-24: Maka Allah akan menyeksanya dengan azab yang besar.
88-25: Sesungguhnya mereka semua akan kembali kepada Kami (Allah).
88-26: Kemudian, sesungguhnya atas Kami (Allah) menghisab mereka.
Thursday, January 02, 2014
Thank you Allah
Diriwayatkan dari Imam Al-Baqir bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, Allah SWT berfirman: "Demi kemuliaan-Ku, kebesaran-Ku, keagungan-Ku, keperkasaan-Ku, nur-Ku, ketinggian-Ku dan ketinggian tempat-Ku, tak seorang hamba pun yang mengutamakan keinginannya (nafsunya) di atas keinginan-Ku, melainkan Aku kacaukan urusannya, Aku kaburkan dunianya dan Aku sibukkan hatinya dengan dunia serta tidak Aku berikan dunia kecuali yang telah ku takar untuknya. Demi kemulian-Ku, kebesaran-Ku, keagungan-Ku, keperkasaan-Ku, nur-Ku, ketinggian-Ku dan ketinggian tempat-Ku, tak seorang hamba pun yang mengutamakan keinginan-Ku di atas keinginan (nafsu) dirinya melainkan Aku suruh malaikat untuk menjaganya, langit dan bumi menjamin rezekinya dan menguntungkan setiap perdagangan yang dilakukannya serta dunia akan datang dan selalu berpihak kepadanya".- Hadith Qudsi
Selamat tahun baru 2014 :). Alhamdulillah, di penghujung 2013, ummi dapat pulang sekejap di kampong ummi di Tumpat. Ummi berkahwin dengan orang Selangor dan menetap di Negeri Sembilan. Jarang-jarang sekali dapat balik jumpa keluarga di kampong di Kelantan tentulah sangat seronok. Terima kasih ya Allah. Dengan izin-Mu jua. Semoga tahun ini, kita menjadi muslim yang lebih baik lagi insyaAllah. Jom tambah ilmu, tambah amal.