Wednesday, January 28, 2015

Isu semasa: merotan anak

DrMAZA.com
Yesterday at 08:43 · Edited ·
More options
ISLAM DAN MEROTAN ANAK

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ada pihak cuba menggambarkan seakan merotan ataupun memukul anak merupakan satu tuntutan dalam pendidikan Islam. Kenyataan mereka ini boleh memberikan gambaran yang salah mengenai kesantunan dan kerahmatan Islam itu sendiri. Lebih buruk lagi kenyataan itu dibuat pada musim Islam ditohmah sebagai agama yang ganas. Saya ingin menyebut beberapa perkara dalam merotan anak di sini;
1. Asas pendidikan dalam Islam ialah panduan yang jelas, tunjuk ajar yang penuh hikmah (wisdom) dan contoh teladan yang baik. Inilah isyarat al-Quran dalam Surah al-Isra ayat 24 ketika mengajar kita berdoa untuk ibubapa dengan doa: “Katakanlah: wahai Tuhanku kasihanilah kedua mereka (ibubapaku) SEPERTI mana mereka membesarkanku semasa kecil”.

Ertinya, jika diteliti dari arahan doa yang diajar oleh al-Quran tersebut bahawa pendidikan ataupun membesarkan anak (bringing up process) yang menjadi tanggungjawab ibubapa hendaklah dengan sifat kasihan ataupun rahmah (mercy). Justeru, hanya ibubapa yang membesarkan anak dalam suasana kasih simpati sahaja yang mendapat bahagian dari doa ini. Allah mengajar doa kepada anak, tapi dalam masa yang sama mengingatkan ibubapa tentang cara mendidik dan membesarkan anak.

2. Adapun hadis tentang memukul anak, hendaklah dilihat dalam kerangka maksudnya yang betul. Di sana juga ada ayat al-Quran (Surah al-Nisa: 34) yang menyebut tentang memukul isteri, apakah selepas ini kita akan mempertahankan perangai sesetengah suami yang suka memukul isteri?! Ayat itu berkaitan isteri yang nusyuz (derhaka) setelah segala proses pendidikan yang baik gagal. Sementara suami pula seorang yang bertanggungjawab menunaikan segala kewajibannya di sudut nafkah zahir dan batin. Pukulan pula dengan cara yang tidak mencederakan dan meninggalkan kesan kesakitan yang serious tetapi sekadar memberikan amaran tentang kesungguhan maksud suami. Hanya dalam suasana sebegitu di samping suami dengan ciri yang begitu sahaja boleh memukul isteri dengan syarat yang disebutkan tadi.

3. Tiada galakan dalam nas Islam agar kita memukul anak. Bahkan kita tidak wajar memukul anak yang belum mumayyiz (mampu membezakan antara yang baik dan buruk). Hadis hanya menyebut memukul pada umur sepuluh setelah melalui proses yang panjang. Sabda Nabi s.a.w: “Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun” (Riwayat Abu Daud, sahih).

Ertinya, ketika berusia tujuh tahun saban hari sebanyak lima waktu dia mendengar perintah bapa atau ibunya ‘marilah bersolat’. Maka, selama tiga tahun lamanya dia akan mendengar seruan kepada solat dengan penuh cinta dan manja. Tanpa kekerasan, tanpa paksaan. Pujukan demi pujukan. Sehingga perintah solat sebati dengannya dan dia memahami maksud solat. Solat diingati bersama hubungan kasih sayang ibubapa yang berbicara dan memujuknya setiap kali azan berkumandang. Mungkin pelbagai upah dan janji diberikan. Dia bermesra dengan bapanya yang akan membawanya ke tempat solat. Dia mempelajarinya dari pelajaran dan teladan.Tidak dipukul melainkan setelah tiga tahun melalui tempoh ini. Jika dia dipukul pun setelah berusia sepuluh tahun, dia akan faham itu adalah pukulan kasih dan cinta. Pukulan itu tidak mencederakan atau mendapatkan kesakitan yang serious.

4. Ertinya, betapa untuk sampai kepada tahap memukul memerlukan satu proses yang panjang padahal itu membabit soal asasi dalam hayat seorang muslim iaitu solat. Maka, mana-mana bapa sewenang-wenang memukul anak, dia bukan seorang bapa yang baik dan telah melanggar ajaran agama. Lebih malang lagi jika bapa itu sendiri bukan teladan yang baik seperti bapa yang merokok memarahi anaknya merokok. Sama juga bapa kurang bertanggungjawab terhadap nafkah dan pendidikan anak, tiba-tiba memukul anak, maka mereka adalah pengkhianat amanah Allah.

5. Kegagalan pendidikan hari ini, tiada kaitan dengan rotan ataupun tidak, tetapi berkaitan dengan factor penting pendidikan insan itu sendiri iaitu; kejelasan arah dalam pembentukan anak, teladan yang baik dan suasana yang membina. Inilah tiga factor penting yang telah dimusnah oleh pelbagai keadaan. Mereka yang cuba mengaitkan merotan anak sebagai kejayaan pendidikan Islam adalah satu kedangkalan yang nyata.

6. Jika ada ibubapa yang memukul anak tanpa alasan yang benar, dalam keadaan yang tidak munasabah, mendatangkan kecederaan yang kekal ataupun kesakitan yang serious, maka itu bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh untuk pemerintah menganggapnya sebagai satu jenayah untuk diambil tindakan.

Sunday, January 18, 2015

@37w5d

Entry xde keje ;-p. Semalam gi antenatal check up minggu ke 37. Rasa nk tolak2 masa bagi cepat bersalin. Doktor Kham xde. Ada doktor ganti je. Biasa la ummi pegi setiap hari sabtu mmg jarang doktor Kham ada. Tapi setakat ni ummi rasa semua doktor ganti bagus2 belaka. Ummi terkejut sebab berat badan ummi turun 500 g dlm masa seminggu. Tak pernah lg berat ummi menurun masa preggy. Selalunya menaik je. Borang untuk admit ward pun dah dapat. Semoga semuanya baik2 belaka ameen3x.

Monday, January 12, 2015

Indikator kebahagiaan

TUJUH INDIKATOR KEBAHAGIAAN DI DUNIA

1. QOLBUN SYAKIRUN (hati yg selalu bersyukur).
Artinya selalu menerima apa adanya (qona'ah), sehingga tidak ada ambisi yang berlebihan, tidak ada stress, inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur.(QS 13:28, 2:152, 16:18, 34:14, 55:13, 14:7)

2. AL-AZWAJU SHALIHAH (pasangan hidup yang sholeh). 
Pasangan hidup yang sholeh akan menciptakan, suasana rumah dan keluarga yg sholeh pula(QS 51:49, 17:32, 24:32, 24:26)

3. AL-AULADUL ABRAR (anak yg sholeh/sholehah). 
Do'a anak yg sholeh kepada orang tuanya dijamin dikabulkan ALLAH SWT, berbahagialah orang tua yang memiliki anak sholeh/sholehah.(QS 17:23, 31:14, 46:15, 29:8, 25:74)

4. AL-BIATU SHOLIHAH (lingkungan yg kondusif untuk iman kita). 
Rasulullah menganjurkan kita untuk selalu bergaul dengan orang-orang sholeh yang selalu mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan bila kita salah.(QS 4:69, 51:55, 26:214, 5:2)

5. AL-MALUL HALAL (harta yang halal). 
Bukan banyaknya harta tapi halalnya harta yang dimiliki. Harta yang halal akan menjauhkan setan dari hati. Hati menjadi bersih, suci dan kokoh sehingga memberi ketenangan dalam hidup. Berbahagialah orang yang selalu dengan teliti menjaga kehalalan hartanya.(QS 2:267, 43:36-37, 2:269, 2:155)

6. TAFAKUH FID-DIEN (semangat untuk memahami agama). 
Dengan belajar ilmu agama, akan semakin cinta kepada agama dan semakin tinggi cintanya kepada ALLAH SWT dan Rasulnya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.(QS 45:20, 3:138, 5:16, 4:174, 2:269)

7. UMUR YANG BAROKAH
Artinya umur yang semakin tua semakin sholeh, setiap detiknya diisi dgn amal ibadah. Semakin tua semakin rindu untuk bertemu dgn Sang Pencipta. Inilah semangat hidup orang2 yg barokah umurnya. (QS 2:96, 35:37, 36:68, 225).......

Wednesday, January 07, 2015

@36 week

Fathul bangun tidur terus sambung kerja menggunting robot yg tak siap malam tadi. Nashrul dan qayyum masih tergolek tidur. Ada 4 minggu lagi sblm sampai due date. Risau dah ni bila en.ayah kemungkinan tak ada kat rumah masa ummi nak bersalin. Dari malam tadi puas ummi kerah otak fikirkn plan mcm mana nk pegi hospital waktu husband xde. Semoga Allah rezekikan ummi untuk bersalin dengan doktor muslimah juga kali ni. Permudahkanlah ya Allah ameen 3x.

Saturday, January 03, 2015

Sink and tap hunting..

Lepas buat ujian air gula kali ke 2 pagi tadi kami ke kedai hardware mencari sink dan tap. Main serbu je masuk ke kedai hardware tu. Dalam kedai baru perasan nama kedai tu living depot.  Kat Bangi.
Ummi dah survey serba sedikit pasal sinki. Pasal tap xreti pulak. Ikut encik ayah. Sinki kena beli dua. Single and double bowl. Melayang2 la duit tgk harga yg bukan murah. Setelah disurvey...sinki yg ummi nak jenis undermount dan berketebalan lebih dari 1 mm. Jenis ni harganya maunya lagi mahal dari top mount. Tapi takpe..alah membeli menang memakai. Kalau dari segi harga pulak..setelah dikaji2 dlm masa yg singkat, harga memang la tengok kpd kualiti sinki tu sendiri. Kalau yg mahal tu mmg la mempunyai ciri2 yg bagus. Tebal, dalam, stainless steel, undermount. Ikut la budget masing2. Kami tak terus beli. Balik discuss dulu. Benda mahal2 ni kena fikir masak2 dulu baru boleh beli. Kalau dah sudah beli jangan menyesal pulak lepas tu. Banyak lagi benda lain yg nk kena fikir huhuhu.

Bantu saudara mara di kampung

Hari ni adik-adik ummi yang ada di kampung membuat operasi menghantar bantuan kepada saudara mara yang terjejas akibat banjir. Saudara mara sebelah emak dan ayah ummi. Kampung lain2. Ada beberapa buah kampung di sekitar tumpat. Untuk pakcik dan makcik di Gua Musang mungkin sumbangan dlm bentuk wang sebab jauh nak pergi. Sebenarnya banyak lagi saudara mara yg tak tahu khabar berita. Di Kuala Krai saja ada beberapa keluarga sebelah emak ummi. Keluarga ummi di kampung bersetuju untuk menubuhkan tabung bg membantu saudara mara yg terjejas banjir. Kami membantu sekadar yg termampu saja. Air dah kering. Tinggal rumah yg berselut lumpur dan harta benda yg musnah ditenggelami air banjir. Itu baru sedare mare..belum lagi kira rmh2 besan emak dan rumah sahabat handai. Semoga dipermudahkan segala urusan mangsa2 banjir.

Thursday, January 01, 2015

Alhamdulillah

Syukur hari ni kita melangkah ke tahun 2015. Banyak perkara yg perlu ummi muhasabah dan syukuri. Bersyukur kerana masih ada tempat untuk berlindung dan berteduh. Kepada semua mangsa banjir di seluruh Malaysia trutamanya di negeri kelahiran ummi tanah rendah sekebun bunga negeri Kelate tercinta, semoga Allah memberikn kesabaran n kekuatan kepada kalian. Moga kehilangan yg dialami diganti dengan yg lebih baik lagi ameen.