Monday, February 16, 2015

My little mujahidah

Alhamdulillah..syukur kpd Allah. Pada 14 febuari 2015 yg lepas, ummi telah selamat melahirkan seorang mujahidah pada secara normal pukul 4.54 pm di hospital Annur Bangi. Disambut oleh Dr. Mastura. Berat baby 4 kg. Penangan overdue 10 hari. Hari ni en.ayah dah buat surat beranak di JPN. Ummi pun belum tengok surat beranak tu. En. Ayah kata nama Nur Maryam Farhan. Semoga Maryam menjadi anak yang solehah aminnn. Sekarang masa berpantang. Sebab qayyum pun masih kecil dan memerlukan belaian dan perhatian..jd pantang kali ni mencabar jugak lah. Makan minum kena jaga jugak la agar badan cepat recover. Semoga Allah bantu ;-).

My little mujahidah

Alhamdulillah..syukur kpd Allah. Pada 14 febuari 2015 yg lepas, ummi telah selamat melahirkan seorang mujahidah pada pukul 4.54 pm di hospital Annur Bangi. Disambut oleh Dr. Mastura. Hari ni en.ayah dah buat surat beranak di JPN. Ummi pun belum tengok surat beranak tu. En. Ayah kata nama Nur Maryam Farhan. Semoga Maryam menjadi anak yang solehah aminnn.

Friday, February 06, 2015

Perintah solat

Tahun ni anak2 ummi 7 tahun. Kena lebih serius sikit nak suruh mereka solat. Kena suruh solat setiap kali masuk waktu tp tak boleh paksa. Yang penting suruh.
Nnt umur 10 tahun baru xde kompromi kalo xsolat.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Thursday, February 05, 2015

Bosan

Penantian suatu penyiksaan. Dah kembung perut ummi makan nenas tapi nampaknya baby masih belum nak menjengah dunia. Godek2 hp jumpa gambar lama. Gambar anak sulong kembar yg lahir premature @ 36 week with disorder growth. Skrg ni alhamdulillah dah darjah satu.

Entry bersambung

Drpd bukak intenet sajo-sajo..baik hapdet blog. Td ummi sempat dgr video agama sekejap pastu tertido zzzzzzz. Video 2 org ustaz tp dua2 kisah surah luqman. Luqman tidak dinyatakan secara khusus siapakah beliau oleh Allah dlm alQuran tetapi beliau sudah pastinya seorang hamba Allah yg soleh yg diberi hikmah. Kata salah seorang ustaz, hikmah itu berupa merasa bersyukur dgn nikmat yg Allah beri. Dalam mendidik anak, perkara penting yg harus kita lakukan ialah bersyukur dgn kehadiran anak yg Allah anugerahkn. Perkara asas yg pertama yg ditekankn oleh luqman dlm mendidik anak2 ialah mengenai akidah. Kita sering menakut2kan anak seperti takut kpd hantu, takut kpd polis, dan sebagainya...to be continue insyaAllah :-p

Sunday, February 01, 2015

Menunggu hari

Semalam perut ummi krem. Ingatkan dah nk bersalin rupa2nya belum lagi. Rasa 'cemuh' dah. Mudah2an dipermudahkan semuanya. Kat rumah Nashrul cuba menceritakan tentang sesuatu yg berlaku di sekolah. Sebelum ni dia dah cerita kisah yg sama. Walaupun ummi tak faham apa yg dia ceritakan..tp ummi buat2 faham. Jarang Nashrul nk bercerita tentang apa2 kat sekolah. Fathul pula bagitahu rasa isi hatinya tak mahu pergi sekolah. Fathul suka meluahkan perasaannya. Dia seorang yg emotional, sensitif dan tidak sabar.