Saturday, March 28, 2015

Pagi yang hening

Alhamdulillah pagi yg indah ini hari sabtu ummi dah bersarapan. Nasi lemak dan air susu kambing coklat. Nashrul, qayyum dan maryam masih enak dibuai mimpi indah. Fathul pagi2 lagi dah bangun, bersarapan dan melukis. InsyaAllah petang ni ada orang datang mengurut penutup pantang. Berakhirlah pantang yang tak berapa pantang pun. Sebab tu sakit2 badan dan urat ni. Hahahhh. Tengahari ni masih takde idea nak masak lauk apa. Hanya ada lauk ayam dalam peti sejuk. Mungkin masak ayam goreng dan kuah????

Wednesday, March 25, 2015

My dear son

Abdul qayyum makin cerdik. Xlama lg nk msuk usia 2 tahun. Makin pandai bercakap tapi bila dtg tantrum nya sabor je lahhhh...

Friday, March 20, 2015

Gigi

Tiba2 rasa bosan. Nk citer pasal gigi anak ummi ni. Ummi sedar2 gigi dia tumbuh senget!!! Lambat dah tak guna. Kemarin gi klinik gigi. Doktor kata tu gigi kekal dah tak boleh buat apa dah. Huhu. Gigi fathul tumbuh berterabur berlapis2 dan senget plak tu. Doktor gigi tu pun cabut sebatang gigi susu sbb kat blakang gigi tu ada gigi kekal dh tumbuh. Gigi susu tu menghalang gigi kekal nk tumbuh. Nasib baik kalo tak jd senget lagi. Esok doktor suruh gi lagi sbb nk tengok gigi dia tumbuh ke tidak. Kalo tak tumbuh kena x-ray. Gigi nashrul masih nampak tersusun lg. Fathul kena pakai braces tapi kena tunggu semua gigi susu tanggal baru boleh pasang.

Tuesday, March 17, 2015

Cuti sekolah

Minggu ni cuti sekolah. Anak-anak ummi duduk kat rumah tolong jaga adik2.  Nashrul dan fathul dah boleh disuruh buat kerja2 rumah. Tapi tengok mood diorang gak. Sedap jugak la membebel sekali sekali kat anak2 sebab lepas dibebel tu nampak ada perubahan. Patut la mak2 kita dulu membebel masa kita kecik2 kan :-).

Sunday, March 15, 2015

Abang Qayyum

Hari ni dah sebulan berat Maryam dah 5 kg. Alhamdulillah maryam sihat. Menyusu susu ibu sepenuhnya. Qayyum dah stop bf. Huhu memang sedih sgt. Ummi sayang qayyum 😙. Qayyum dah jd abang. Rezeki qayyum setakat ni saja. Ummi minta maaf banyak2 sayang :-(. Bila qayyum stop bf, timbul lah pulak masalah baru yg ummi sedang hadapi sekarang. Qayyum kuat mengamuk, menangis dan tidur lambat setiap malam. Setiap malam tidur pukul 2 lebih. Ada sekali dekat pukul 4 pagi baru tido. Bila mengamuk dia hempas kepala ke lantai. Sabar aje lah. Qayyum mungkin belum menyesuaikn diri dia dengan keadaan baru sekarang. Qayyum sayangkn baby tapi dia masih mahu bermanja dengan ummi. Ummi harap keadaan semakin baik. Tapi mesti ambil masa. Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga amiinnn.

Thursday, March 05, 2015

Si comel Qayyum

Pagi tadi qayyum bangun pukul 3 pagi menangis dan tido semula pukul 4.30 pagi. Pukul 10 am kemudian dia bangun dengan ceria. Ummi jugak yg mengantuk tak cukup tido.