Wednesday, January 27, 2016

My little helper

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ni pagi2 mula siang sayur. Maryam tolong ummi siang sayur. Budak kecik ni suka buh semua benda dlm mulut..tu yg leceh tu.




Kul 12 siap masak semua. Nashrul tolong ummi kutip maryam yg sibuk nk panjat tangga. Pukul 1 hantar twins gi sekolah. Balik rmh mak aiihh penatnya mak jemah ari ni.


Tuesday, January 26, 2016

Berebut mainan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pagi ni my beloved husband En. Ayah menghadiri satu temuduga. Temuduga utk meningkatkn level competancy. Semoga en.ayah berjaya dengan jayanya amiiin.


Semalam Nashrul beli mainan switch masked rider. Kat kedai tu hanya ada satu set. Mujur fathul tak berapa berminat nk beli. Tapi bila balik rumah switch tu menjadi rebutan pula dengan Abdul Qayyum. Padahal qayyum bukannya tahu apa fungsi switch dalam cerita masked rider. Hingar bingar la rumah den malam td. Ada tiga hero kena beli 3 barang mainan. Kalau tidak jd macam ni la. So tak boleh la dibeli mainan selalu. Anak2 ummi ni, bila tengok cerita batman nk beli mainan batman, tgk citer robocar poli nk beli mainan robocar poli, tgk citer tobot nk beli tobot, tgk masked rider nk beli mainan masked rider, tgk ninja turtle nk mainan ninja turtle. Hurmmm...kalau beli mainnya bukan main lama sgt. Mudah bosan dorang mintak mainan lain pulak. Yang bongsu gegel halus manis belum pandai main mainan lagi. Semua benda dia boh dalam mulut. Haha..:-).

Sunday, January 24, 2016

Linus

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pagi ni sarapan nasi goreng kampung. Alhamdulillah. Untuk tengahari belum tahu rezeki nk makan apa. Sekejap lagi kami nk ke mall. Ummi nk cari supplement untuk tambah tenaga supaya kuat dan sihat macam superman hahaha. Dan juga nk cari buku aktiviti untuk twins. Nashrul dan fathul sangat lemah subjek bahasa melayu. Nashrul subjek english juga lemah masih linus. Fathul alhamdulillah english dah tak linus. So target ummi tahun ni untuk bebaskan Nashrul dan Fathul dari Linus. Semoga berjaya..caiyok!!

Saturday, January 23, 2016

Dua budak cute

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


My two budak bucuk dah bangun pagi. Yang abang bangun dulu. Adik kalah..bangun kemudian. Abang duk ngusung dua body guard dia turun naik tangga dari malam td lg.
Adik...

Abang...

Penghargaan dalam rumahtangga

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pagi Sabtu. Rumah sunyi sepi. Encik ayah keluar pergi program awal pagi. Yang kecik dua org masih tido pulas. Yang kembar tido rmh nenek. Ummi pulak tengok tv rancangan anjakan paradigma di astro oasis bersama Dato Hj Fadzilah Khamsah. Panel jemputan ni famous jgk selalu kuar tv tp lupa la plak nama motivator ni.

Kata motivator ni, dalam rumahtangga masalah yang biasa berlaku ialah kurang penghargaan daripada pasangan. Betul la tu haha. Selalunya suami ni kurang nk memberi penghargaan pada isteri. Isteri penat-penat masak...suami takde pun ucap terima kasih. Hari jadi isteri pun suami tak ingat. Bunga sekuntum pun xde. Bila isteri pergi kerja kat office tiba2 dapat ucapan happy birthday...suami orang plak tu...haha dato' hj Fadzilah buat lawak...

Betul dan betul la. Rasulullah suami yang sangat romantis dan menghargai isteri. Suami ni dia susah nk buka mulut nk ckp kat isteri terima kasih, bila salah tak ucap minta maaf sebab lelaki ni ego dia tinggi. Isteri bukan hendak emas intan berlian pun, tapi hendakkan perhatian dan penghargaan. Tanya tentang aktiviti isteri sehari2. Komunikasi tu sangat2 penting. Kalau ummi..ummi suka suami yg nk belajar pasal parenting. Nk gali ilmu pasal parenting. Parenting..parenting...parenting....parenting dan suami yg suka mengemas dan menghias rmh hahaha....mmmuahhh

Wednesday, January 20, 2016

Morningggg!!!

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Haah...budak ni jatuh katil dua hari lepas terhantuk plug. Lebam dan bengkak dekat mata huhu kesian la sangat. Get well soon my dear qayyum..

My Maryam

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Gegirl ummi yang sorang ni makin keletah. Makin rajin bertatih dan pandai panjat sofa. Girl sorg ni sukerrrr sangat main plug, wayar elektrik dan suka masukkan barang dlm mulut. Tapi diala yg paling bijak dan cerdik..mmmuahhhhh cikit




Pagi yg indah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Alhamdulillah di pagi Rabu yg indah ini, ummi tak perlu bersusah payah memunggah Maryam dan Qayyum yg enak tidur ke kereta untuk menghantar Nashrul dan Fathul ke sekolah agama. Nak hantar yg besar pergi sekolah tu rajin. Nak punggah budak kecik masuk carseat tu yg malas. Tengah tido pulak tu. Aduhai laa!!

Budak kembar darjah dua tu dah ok tidur sendiri dalam bilik dorg. Nashrul kadang2 menangis jugak tp ummi buat tak tahu jer. Lama2 ok letew. Sebelum tidur tu ummi akan lepak sat kat bilik anak2. Check buku ada kerja sekolah ke tak, mengajar baca muqaddam dan bila dorang dah ready nk tido atas katil ummi bacakan cerpen. Kalau citer binatang mcm sang kancil dengan harimau tu dorg tak nk layan dah. Itu cerita simpan untuk qayyum. Yang budak darjah dua nk dengar cerita yg lebih real dalam kehidupan.


Budak paling malas

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Budak Paling Malas


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang amat malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

Source: cerita-nazihah.blogspot.com

cerita kanak kanak pemalas

Monday, January 18, 2016

Bila si cilik bersolat

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Abdul Qayyum dan Maryam anak harapan ummi. Bakal hafiz dan hafizah insyaAllah...

QaYyum yg bijak

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ

Semalam belikan qayyum si anak pintar ummi beberapa buah buku untuk qayyum mengasah bakat dan minda di rumah. Ummi takde masalah sangat dengan qayyum. Dalam usia qayyum 2 tahun lebih ummi dah boleh berkomunikasi secara dua hala dengan qayyum. Moga qayyum membesar dgn sihat dan mnjadi anak yg soleh amiinn.




Monday, January 11, 2016

Mabuk ubat

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Last week ummi tetiba hilang selera makan. Loya2 dan muntah2. Tak boleh makan dan minum sampai lembik dan demam. Hari jumaat en ayah bawak gi hospital. Cek denggi keputusannya negatif. Doktor hanya bagi antibiotik. Sampai la ke pagi ni belum hilang rasa loya2 ummi. Makan xde selera. Mujur Allah bg selera minum air kelapa muda. Dah 4 biji en ayah beli kelapa muda. Memang rasa lega sikit badan minum air kelapa.  Hari ni en ayah plak yg tak sihat. Terasa nikmatnya waktu badan sihat. masa ummi masak semalam langsung lidah xde rasa. Pagi ni turun jenguk laman. Tengok2 pokok bunga hilangkan mual.