Monday, January 30, 2017

Reminder



sumber: facebook

Jalan2

Pagi tadi, ummi, Nashrul dan Fathul gi jogging di taman setia alam. Penat betul. Hari ni hanya gi jln2 kat Setia Mall. Boring gak la asyik pi tempat yg sama. Alang2 pegi tu beli buku 3 biji untuk bacaan anak2. Buku level 1. Entah le budak2 ni tak suka membaca. Depa lagi suka main hp dan tablet. Tablet en.ayah dah sorok depa tak boleh main dah. Hp ummi dah delete youtube. Tapi kalo Nashrul, mmg dia pandai google internet!!








Sunday, January 29, 2017

Kenduri kesyukuran

Hari ni kakak ummi buat kenduri kesyukuran di kampung. maaf la kitaorg tak balik membantu. Hanya 4 beradik yg ada di kampung sekarang. Semoga kenduri berjalan lancar.














Saturday, January 28, 2017

Friday, January 27, 2017

Wednesday, January 25, 2017

sejuk

Pagi ni sejukkk je sbb smlm hujan je. pagi ni nampak cam matahari memancar cerah tengok ke langit. tak tau la pasni cuaca camne. jln masih basah.

masa hantar nashrul gi sekolah pagi td sempat dengar motivasi pagi di radio ikim fm. topik berkenaan parenting. motivator tu cakap, ramai ibubapa menggunakan teknik membanding-bandingkan anak bila anak tu nakal atau ada masalah. Seperti, "cuba kau tengok Ahmad tu, dia lagi bagus/rajin/pandai drpd kau" (lebih kurang mcm tu). Teknik membandingkan mcm ni hanya akan melemahkan anak2 ya tuan2 dan puan2 sekalian. doksah guna teknik ni ya cari kaedah lain untuk memotivasikan anak2 kita. sekian dulu dari mak jemah.

Sunday, January 22, 2017

Friday, January 20, 2017

mendung kelabu

Pagi ni bangun tak happy sbb dpt berita buruk. Tersumbat kepala sekejap. Pukul 9.30 siap kan yum dan yam nak ke mesin atm register no.hp. cimb clicks xdpt guna lepas tukar kad bank baru. Alhamdulillah senang je tukar orang pun takde kat setia mall. Masa balik ni nk jd cerita. Terlepas pusingan uturn kat jln atas. padahalnya dah banyak kali pegi setia mall tp en.ayah yg drive. bermula la adegan sesat entah ke mn2 peginya. huhu nasib buruk betul hari ni. 





Kejadian smlm bakar jagung haha. Mula2 nk bakar blakang rmh pehtu hujan. so bakar depan rumah. Adui...penat dok nyalakan bagi arang terbakar. maklumla lama dah tak buat keje2 gini. bersepah2 depan umah tak bersihkan lagi. fathul mkn separuh biji jagung bakar. pastu mkn sandwich untuk dinner dan ratah sardin 2 ketul. Air fathul minum air cuka epal. Sejak 3 hari diet ni, fathul minum cuka epal setiap hari. boleh je fathul mkn sikit sebenarnya. tapi akibat kurang kesedaran ummi untuk kontrol fathul makan fathul jd obesiti dan berisiko untuk dapat diebetes. Semoga fathul berjaya kuruskan badan aminn.

Wednesday, January 18, 2017

letih

Hari ni letih tergolek. Apa nk jd dengan mak jemah ni. Fathul dah start diet dr smlm. Sampai ke lunch td dia langsung tak makan nasi. Hanya dibenarkn makan lauk sahaja. Air manis waktu sarapan sahaja. Waktu2 lain hanya air masak sahaja. mlm ni nk masak apa pula utk org diet yer. Berat fathul semalam 56.5 kg. tak yah tunggu sebulan. tengok 14 hari ada penurunan ke tidak. 

Monday, January 16, 2017

Laman belakang rumah

Kunyit...



Lengkuas dan longan...



Belalai gajah dan tin...



Serai dan ank sekolah...



Harum manis...



Limau nipis..



 Delima, purut dan halia...



Kari dan limau kasturi. pandan sebelahnya tu...



Burung tiba2 jatuh dan xboleh terbang...



cik M


Cik M dan abangnya Yum





motivation

Sunday, January 15, 2017

Kisah beg tangan

Semalam family ummi dan family adik bradik encik ayah ke klcc naik atas menara tu. Al kisah masa dok jalan2 kat atas tu, tali beg tangan ummi putus masa tu. Beg tangan Kate spade cap pengkalan kubor tu berharga tak sampai 50 hengget. tp mgkin kerana beg tu nmpk agak hensem ada org sangka beg tu harga ribu2. kikikiki. hmmmm, beg tu sebenarnya dah lama diubahsuai oleh cik Maryam. Maryam dah buat satu hasil seni pd beg itu. Begitu la nasib beg tangan ku..moga dapat beli handbag baru uhuhuhu....wipe tears sob sob...(wat2 sedih supaya ade org kesian hihihi)



Hasil seni cik M...

Do'a Nabi Ibrahim

how do you speak

yes indeed

Du'a from the sunnah

Berkomunikasi mengikut sunnah

Friday, January 13, 2017

Surat khabar terbang

malam ni cukup2 letih. dinner masak spaghetti carbonara je. mudah n cepat guna prego je. lpas dinner dh janji nk buat surat khbar terbang dgn anak2. smlm dah buat tak terbang. haha. pastu mlm ni buat lagi tp tak terbang jugak haha. ok penat sangat. tataaaaa...

Ice cream time...

"Brother and sister...
together as friends...
ready to face whatever life sends...
joy and laughter or tears and strife...
holding hands tightly as we dance through life."

-Suzie Huitt-








Wednesday, January 11, 2017

Keletihan

Haaaaaahhhhhhh!!!!!!!! melepaskan satu hela nafas yg penat :-(. Semalam satu hari lelah semacam. pinggan bertimbun dalam singki ummi tak sempat nak masak lunch. Terkejar2 gosok baju sekolah Fathul pastu susun buku sekolah pulak ikut jadual kelas 3 damai dan 3 ehsan. Balik sekolah petang Nashrul marah2 cakap ummi tak masukkan buku tulis matematik 2 yg garis petak2. Aiseyyyy..huhu. macam tu la kalau dah penat mula la melalut buat keje tak tentu arah. malam ingat kan keje dah xde nk baring2 hilangkan penat ropa2nya budak dua beradik tu ada kijo skoloh. hambikk..sambil dukung maryam yg menangis nak tido..sambil ajar nashrul siapkan kerja matematik dia. pastu ajar fathul plak sambil tidokn maryam. pastu tido. pagi ni dah hari ke 3 minggu ni qayyum gi skolah. tiap2 pagi menangis. tapi bila nk ambik dia balik skolah pukul 12 pm, senyumannya manis sgt bila kluar dr kelas. harap2 qayyum cpt dpt menyesuaikn diri. 

Monday, January 09, 2017

Drama air mata



Tangisan pagi ni. Bukan mudah nak merubah kebiasaan pd seorang budak hihi. tambah2 lagi budak yg manja ni. Qayyum ni ank ummi yg paling manja. di kg sepupu2 nya saja mengusik sbb tahu qayyum manja dan kuat menangis. Selamat belajar sayang. Semoga berkurang manja qayyum bila bergaul dengan kawan2 di sekolah.

Qayyum: qayyum xnak pakai baju ni (baju sekolah)

ummi: habis tu nk pakai baju mana?

qayyum: baju spiderman (menangis)

ummi: nnt kita beli kinder joy yer

qayyum: tak nak..kinder joy kena gosok gigi. kinder joy nnt gigi jadi rongak.


Sunset di Pantai Remis

Kejadian petang semalam..keindahan Pantai Remis dicemari dengan kehadiran ratusan mat2 motor. Kalau xde mat2 motor yg ramai tu baru lah terasa nyaman tengok pantai. Alhamdulillah dapat tengok keindahan matahari terbenam..Subhanallah.






Sunday, January 08, 2017

Gelagat 2 manja

Budak 2 orang ni manja angat taw..yum dan yam. Yum kedekut dengan yam. takleh share barang dengan adiknya. so kena ada la sorang satu. 









Lagu nostalgia..masa kecik ummi nyanyi lagu ni dgn kakak ummi. bila dewasa, ummi nyanyikan untuk anak2..

"You are my sunshine..
my only sunshine..
you make me happy when sky are grey..
you never know dear how much i love you..
you are my sunshine awayyyy..."