Semalam kami sekeluarga ke kebun atuk iaitu kebun ayah mertua ummi di Kuala Selangor. Ayah mertua ummi beri beberapa jenis pokok. Emak memasak di kebun lauk ikan bakar. mmg berselera kami makan tengahari di sana. alhamdulillah.
Sunday, July 30, 2017
Perampas?
Ada seorang hamba Allah ni, bertemu jodoh dgn suami orang. Mula2 madu dia tak boleh terima. selepas 8 tahun, dia mula jadi bestfriend dengan madu dia. Dalam diam2 suami dia kawin kali ke 3. Ramai la yang dok kecam wanita ni kata padan muka la, kifarah la, perampas la. hmmm. tak sanggup la ummi nak cakap padan muka kat orang. suami dia ni yang problem sebenarnya. Kalau tak kena kat kita jangan kita kata kat orang. kita doakan saja mereka bahagia. siapa yang taknak hidup bahagia kan. semua orang nak hidup bahagia. ingat..jangan padan2kan muka orang. jaga rumahtangga kita baik2 sudah. Haha..ni citer dalam facebook. Dalam page kisah rumahtangga. Hmm macam2 la dunia sekarang.
Thursday, July 27, 2017
Cergas
Malam semalam qayyum tido awal. Pagi tadi dia bangun dengan ceria. Tak kelihatan lapar mungkin kenyang makan nasi banyak malam semalam. Cukup tidur, cukup makan membuatkan qayyum cergas. Bila dia cergas dia sangat aktif hari ni dan kuat mengacau ahli keluarga yg lain. Dia aktif sampai malam pukul 11 malam baru tido.
Tuesday, July 25, 2017
Menangis
Dah dua malam Nashrul menangis masa baca al Quran. Ummi ajar sendiri di rumah. Sebelum2 ni ummi hanya suruh baca dalam lima baris saja. Tapi beberapa hari lepas ummi suruh dia baca 1 page dan fathul baca setengah muka surat. Ummi biarkan saja dia nangis. Ummi ckp abang nk nangis abang nangis lah. abang tetap kena baca sampai habis. ummi kenal nashrul. kadang2 dia pandai sangat berlakon. ummi tak kesian langsung bila dia nangis. lagi geram adalah. tahu nak main aje. Ummi terinspirasi dengan cerita juara qari al quran musim ke 2 if tak silap saudara Tarmizi. Dia cerita yg dia dulu tak minat belajar alquran. tapi dia dipaksa oleh ayahnya dan sekarang dia berterima kasih kpd ayahnya. Budak2 ni dia tahu nak seronok je. dia tak fikir akibat kpd setiap tindakan yg dia buat. if kita nak terapkn sesuatu yg baik kpd anak2 kita kena selalu suruh dia buat biarpun dia memberontak dan melawan. Contoh yg paling basic nya untuk melakukan solat la. setiap waktu kena suruh solat. nak solat wajib ambik wuduk. suruh ambik wuduk dulu. if dia memberontak biarkan saja. itu semua untuk kebaikan dia jugak. waktu subuh..kejut suruh dia bangun solat biarpun dia marah2 sebab mengantuk. pepatah org dulu2..sayangkn anak tangan2kan. tapi bukanla kita nk pukul sampai patah riuk pun. pada umur 9 tahun ni ummi rasa dah tak sesuai untuk tangankn anak2. risau je budak2 ni huhu..semoga Allah pelihara anak2 dr kejahatan aminn.
Saturday, July 22, 2017
Tahniah
Semalam kakak ummi ada majlis konvo di university Cardiff UK. Dah tamat phd 4 tahun jgk dlm bidang nursing alhamdulillah and happy for her.
Tuesday, July 18, 2017
Longan
Pokok longan yg ummi tanam kt blakang rmh maaih kecil dan kurus. tapi ia dh berbuah 2 biji hihi. semalam ummi petik sebab takut buah tu lesap haha. kalau ikutkn nmpk cam kulit buah tu hijau2 lagi. ummi pun cuba la rasa buah tu dengan fathul. en.ayah tak nk rasa. ya ampunnn...sedap sgt2. manis melekat kt lidah. haha alhamdulillah. nk kena bagi baja lebih ni sbb pokok ni lmbt sgt mmbesar. mungkin faktor tanah tak subur.
Pokok dah ikut tuan
Ni salah 1 pokok yg ummi dh lama tinggalkn dia di Nilai. Rindu sgt huhu. kini kami ditakdirkn bertemu semula..syg kamu 200 %.
Monday, July 17, 2017
Pengaruh tv
Tu biasa bila tengok tv terpengaruh dengan tv. Ummi heran jugak dengan anak2 kembar dua orang ni. Diorang suka tengok citer orang putih, nyanyi lagu orang putih siap boleh hafal. padahal ummi sendiri tak tengok citer orang putih sangat pun, lagu2 tu banyak nyanyi lagu melayu lagi. lagu org putih berapa kerat je ummi blh nyanyi. kalu korang hafal al quran boleh jgk ummi tumpang bangga huhu. takkan dah tua baru nak hafal alquran. otak pun dah berkarat. extreme ke bila knk2 hafal alquran?😔😔😔. pagi ni fathul begitu bersemangat bangun pagi sebab tak kena gi sekolah. dia buka tv katanya nk tengok toon sandwich. dia tanya ummi suka tak tengok citer tu? ummi tak faham sebenarnya dia nk tgk apa. ummi ckp ummi x suka je. bila ummi tgk kartun tu, citer wolverin. ummi pun dah tua baru kenal wolverin tu. gambar dia lain dr kartun malaysia. bila tgk citer tu fathul gelak2. padahal tak lawak pun. bila tengok imej wolverin ni kaki mabuk, ganas suka cederakan dan bunuh orang, ummi suruh fathul tukar citer lain. ummi ckp tak sesuai la citer ni fathul tengok. dia pun tukar citer lain. citer kartun gak la, batman, spiderman, dll yg seumpamanya. entah la, org pputih mmg pandai buat cerita. orang melayu tak pandai. hebat orang putih. orang melayu tak pandai. huhu. sekian repekan di pagi hari.
Saturday, July 15, 2017
Baraan
Hari ni group usrah ummi buat baraan raya. Dari pagi sampai tengahari jugak lah. Maryam kepenatan beraya tertidur masa nk balik rumah..
Rumah Kak Sarimah..
Rumah Kak Tini..
Rumah ambo..hihi
Rumah Sua'idah...
Rumah Salsabila..
Rumah Kak Lela..
Rumah Kak Sarimah..
Rumah Kak Tini..
Rumah ambo..hihi
Rumah Sua'idah...
Rumah Salsabila..
Rumah Kak Lela..
Thursday, July 13, 2017
Qayyum dan alam
Qayyum ni mcm ummi jgk. suka kpd alam sekitar. suka kpd flora dan fauna. dekat dengan alam..dekat dengan penciptaNya insyaAllah..
Qayyum.cuba bermain dgn katak..
nmpk katak?
Qayyum.cuba bermain dgn katak..
nmpk katak?
Wednesday, July 05, 2017
coleteh anak2
Perbualan anak2u semalam:
Nashrul: Eh Fathul, nanti saya dah kahwin saya nak beli rumah no.12, dekat dengan rumah ayah.
Fathul: Ummi, Nashrul pun macam saya bila besar nanti nak keje di Tesco
Qayyum: Ummi, Qayyum buat rumah, ada tandas (sambil tunjuk tempat dia main bantal2 sofa bersepah kt lantai)
Ummi: Pandainya Qayyum ni nk jadi arkitek ke nk jadi engineer?
Qayyum: Hei Qayyum nk jadi Mr.Bean la!
Maryam: egegoo..egegoo.. (let it go, nyanyi lagu frozen)
My 4 little stars, everyday makes my day..i love you all..
Nashrul: Eh Fathul, nanti saya dah kahwin saya nak beli rumah no.12, dekat dengan rumah ayah.
Fathul: Ummi, Nashrul pun macam saya bila besar nanti nak keje di Tesco
Qayyum: Ummi, Qayyum buat rumah, ada tandas (sambil tunjuk tempat dia main bantal2 sofa bersepah kt lantai)
Ummi: Pandainya Qayyum ni nk jadi arkitek ke nk jadi engineer?
Qayyum: Hei Qayyum nk jadi Mr.Bean la!
Maryam: egegoo..egegoo.. (let it go, nyanyi lagu frozen)
My 4 little stars, everyday makes my day..i love you all..
Tuesday, July 04, 2017
Selamat Hari raya
I'm back! hehe. ingatkn dh tak blh bukak dah blog ni lepas tukar new hp ari tu. raya dah berlalu. semalam ummi nk start ganti puasa tapi tetiba perut memulas tak tau salah makan apa. laman terbiar. pokok timun mati bila balik beraya dr kelantan. sayangnyer. masa terlalui mencemburui. terkejar2 keje nk dibuat. pagi ni tengok pokok belalai gajah dah tak terkawal pembesarannya. ummi cantas2 ingat nk buat sayur hari ni.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)