Tuesday, December 26, 2017

Semoga cepat sembuh



Ayah mertua ummi (abah) masuk wad di hospital uitm sebab sakit gout. Hari Ahad petang ummi n family pegi ziarah abah dekat ward. nasib kitaorang baik masa nak naik lift tu takde pak guard jaga. so semua boleh masuk wad hehe. esok petangnya kitaorg pegi lagi tapi pak guard ada dok tunggu kat tepi pintu. pak guard cakap maryam xleh naik atas. Qayyum lepas sebab qayyum tinggi mcm budak 6 tahun. kanak2 bawah 6 tahun xleh masuk. so ummi and maryam stay kat bawah ajelah. ni first time ummi pegi hospital uitm. sebelum ni ummi tak tahu pun kuwujudan hospital ni. yg ummi tahu hospital sungai buloh aje. by the way hospital ni sangat tenang, tak ramai orang. students pun ada yg balik cuti sempena hari Christmas. Semoga abah cepat sembuh dan dapat keluar wad cepat aminn.

Tuesday, December 19, 2017

Maryam sayang



Budak kecik ni sorang dah berusia 2 tahun 10 bulan. Dah dua hari toilet train dia. Mencabar jugak lah sebab maryam belum boleh bercakap dengan betul lagi. Memandangkan dia belum pandai nak bagitahu lagi yg dia nak kencing n dia tak sedar yg dia nk kencing so ummi takde buat secara intensif. Just chillex and enjoy this moment between us 😋. letih mok ni nak huhu. bila ummi angkut dia gi toilet dia tak kencing pun. tapi bila tengah main2 tengok seluar dia dah basah huhu. Okey sayang kita belajar slow2 insyaAllah Maryam boleh. Tak lama dah Maryam nak masuk usia 3 tahun. Nanti 4 tahun boleh sekolah sesama ngan abang Qayyum kat pasti.  



Karenah anak2




Tak tahu dah berapa kali ummi uninstall games kat handphone ummi. tengok2 ada balik. tak makan saman hero 3 orang ni. Qayyum ni je dah pandai download game dari playstore. Tak tahu nak cakap apa. Nak kena remove playstore agaknya macam handphone lama dulu sebab Nashrul dok download game. Siang ummi tak banyak masa. masa banyak habis kat dapur. semalam 4 kali masak. pening mikior anak nak makan apa. lepas lunch semalam masak vanilla cupcake untuk anak2 makan petang. berebut2 anak ummi makan. Resepi ni ambik dari blog En Mat gebu. Makan panas2 memang syiok. 



Friday, December 15, 2017

Waktu cuti sekolah


Bila cuti sekolah bukan bermakna ibu2 boleh berehat. ibu tetap kena terus menerus buat kerja rumah sambil mulut membebel dan telinga panas dengar anak2 bergaduh. penat weihhh. tahun depan dah tak lama dah. qayyum jg akan masuk ke tadika. aduh macam mana la kelam kelibut yer. please behave qayyum. jangan macam2. ummi penat tau. memikirkan Fathul dan Nashrul saja pun sudah penat. dua beradik kembar tu ummi membebel sebakul pun diorang masih buat dekkk je untuk kemas bilik. tengok bilik diorang saja sudah cukup letih. belum masuk nak kemas barang2 sekolah diorang lagi. ummi harap twins berubah tahun depan jadi anak yg brtanggungjawab. penat ummi korang ni nak oiii. begitulah ibu anak 4. macam mana la orang lain yg ada anak ramai yer. ada anak 4 pun tak cukup masa. kalau anak lebih ramai lagi fuhhhh xdapat nk bayangkan...

Thursday, December 14, 2017

Balik dari kampung



Ummi balik kampung ummi di Tumpat lebih kurang 10 hari termasuk hari pegi balik dalam kereta hehe. Kat kampung ritu hujan dan sejuk. masa hujung2 cuti tu ada la cuaca elok boleh jemur kain. kat kampung takde pegi mana2 pun sebab mr.ayah pegi kerja kat kerteh. mr.ayah balik dr kerteh petang jumaat. pagi sabtu mr.ayah gi tukar tayar. brtolak balik ke Selangor nk2 dekat kul 1pm. sempat jaga anak buah jap Hana Humaira dan Izzah Insyirah yg asyik menangis kena tinggal ngan ibu dia. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar. sedap kot tayar baru. sampai pun cepat. kul 10 pm sampai di meru dinner di Seri keningau. Sampai di rumah kul 11 tengok air brladun dalam rumah disertai bau busuk. huhuhu. rumah blackout peti ais mati. tikar dua bidang buang keluar. mr.ayah dan anak2 naik ke tingkat atas. ummi clear kan air siap kul 1 am. huhuhu. letih yg hamat. esoknya baru cuci peti sejuk pulak. masa mengemop lantai baru perasan penapis air yg bocor. rumah ummi xde cerek trpaksa masak air dlm kuali or periuk. nak tunggu install penapis air baru kena tunggu dalam masa satu minggu.

hari ni dah hari selasa. semalam cuti birthday sultan sempat beli kasut sekolah ank2 dua pasang. baju sekolah belum beli lg. hari ni nk call sekolah tanya pasal pendaftaran. banyak keje nk buat. masa cepat je berlalu. keje banyak kalo kita tangguh2 nnt tak trbuat.