Saturday, January 20, 2018

Qayyum ke sekolah

Tahun ni Qayyum dh start sekolah. umur Qayyum tahun ni 5 tahun. Qayyum tadika di Pasti dekat dengan rumah. Semoga Qayyum rajin2 ke sekolah ye nak. Nampak seronok tu. 



















Saturday, January 13, 2018

Sejuk

Dua tiga hari ni hujan turun rintik2 dan cuaca pun fuhhh sejuknya. ummi ni sejenis yg tak tahan sejuk. so ummi tak pasang kipas kalau duk sorang2. si fathul plak siap nk pasang aircond lagi huhu. Kira2 pukul 6 petang hari ni di Meru Klang suhu 26 darjah celcius. suhu dijangka turun ke 22 darjah celcius malam nanti. 

Tuesday, January 09, 2018

Frozen

Maryam dilanda demam frozen. adeh...memang budak perempuan suka citer princess2 eh? frozen ni dh agak lama maryam je yg baru demam frozen. Tapi frozen lagi okey drp citer barbie tu. barbie tu merenyam. haha. cuma ada jgk part2 yg tak elok ditonton tapi maryam xtengok full movie pun. Fathul pun dh naik menyampah dengar lagu let it go..let it go..




Tuesday, January 02, 2018

Anak2 sayang


Ummi terkesan dengan beberapa orang selebriti yang dah berhijrah. bukan setakat pakai tudung tapi hijrah mereka total menjadikan islam the way of life dan mempengaruhi orang lain untuk mendalami islam. anak2 juga diberi pendidikan islam sewajarnya. Hari ni first day school Nashrul dan Fathul. mereka dok tanya2 pasal sekolah asrama. kata mereka brdua nnt tingkatan satu taknak tinggal di asrama. nak sekolah biasa aje. anak kembar berdua ni sebenarnya agak manja. biasala tak pernah berpisah dengan ummi. biasa melekat dengan ibu sejak dari kecil. emm..nampaknya mereka sudah mula memikirkn masa depan mereka biarpun tingkatan satu tu lambat lagi. nnt lah anak sampai masanya insyaAllah moga Allah lorongkan jalan yg terbaik untuk anakanda berdua. dengan anak2 ni ada perkara yg kita tak boleh tanya dia nak ke taknak. pada tahap umur kanak2 kita pilihkn untuk mereka setiap langkah. sebab mereka sukakn hiburan saja. nk yg seronok2 saja. kalu disuruh belajar, mengaji, buat kerja rumah mesti tarik muka masam dan membentak. kalau nk pilih sekolah, perlu ke kita tanya, 'nk sekolah agama ke sekolah biasa?'. kalau hati kita kuat dan kita dah niat nk anak belajar dalam suasana islamik, bi'ah solehah, terus pilihkn anak sekolah agama. start dari awal lagi kita bagitahu anak yg kita nak dia belajar di sekolah agama/sekolah tahfiz. jangan tunggu darjah 6 baru kita bagitahu niat kita. bila bagitahu awal2 macam anak2 ummi darjah 4, nnt nk masuk sekolah tingkatan 1 dia boleh terima pilihan kita dengan hati yg senang. moga2 ank2 ummi jadi anak2 yg soleh dan solehah.