Hari ni kul 5 pagi Fathul ketuk pintu bilik. dia sakit kepala. badannya panas. check suhu dia demam 38.2. kerap juga fathul selsema then sakit kepala. mungkin ke fathul perlu antibiotik? sebab baru je tak sihat awal febuari ni jadi semula. sudahnya tak pegi sekolah hari ni.
hari ni lauk habis dalam fridge. ummi korek2 apa yang ada untuk dicampak dalam nasi goreng. malam ni pulak tak tahula nak masak apa. ummi tak makan sangat tapi untuk anak2 dan suami kena fikir nak bagi diorang makan apa. nk pegi beli lauk ouhhhhh malasnyaaaa. semenjak diet ni tenaga daku berkurangan hehe.
Friday, February 23, 2018
Saturday, February 17, 2018
Zon selesa
Betul bukan mudah nk didik anak. Lain la kalau budak tu kita cakap sekali dia dah pandai buat dan terus dengar arahan. kita sebagai ibubapa perlu sangat2 banyak berkorban. perlu keluar daripada zon selesa. kalau kita nak rehat saja, duduk2 saja tanpa diganggu oleh anak sambil bersantai tengok tv dan handphone, maka anak kita pun tahu main dan berhibur saja. kalau kita tak bagi anak tengok tv citer kartun kita kena bagi alternatif lain apa yg anak boleh buat. kalau nak ajar anak makan sendiri kita biarkan dia makan sendiri. mesti bersepah2 kitalah yang kena bersihkan. kalau kita nk selesa tanpa kotor dan penat nk bersihkan sisa makanan yg bersepah maka kita suap anak makan tapi hasilnya anak lambat pandai belajar makan sendiri. nak anak pandai mengaji, pandai mengira, pandai itu..pandai ini..kita yang kena luangkan masa untuk ajar mereka setiap hari. tak boleh nak rehat2 saja. kena keluar dari zon selesa. anak di sekolah belajar dia bukan serap 100 % apa yg cikgu ajar kat sekolah. selama dah masuk tahun ke 4 anak ummi sekolah, si kembar nashrul dan fathul masih belum pandai baca jawi, lemah mengira tambah tolak, sebutan perkataan ada yg tidak jelas. ummi harap tahun ni ummi dapat kerah tenaga ummi untuk anak2 lebih berjaya. kalau diikutkan anak2 lebih mendengar cakap ayah daripada ibu. sebabnya diorang takut dengan ayah manja dengan ibu. ummi harap en.ayah pun sama2 berkorban untuk turun padang mengajar anak2. sekian coretan gong xi fa cai...
Seputar di Majlis Suaikenal
Alkisah kejadian semalam di Masjid Asy Syarif Meru anjuran tadika pasti. Gabungan 3 pasti di kg.bukit kapar. Kata Pengerusi Pasti Kapar ada 25 buah pasti di Kapar dan 8 buah pasti di Meru. Banyaknya tadika Pasti kan. Pastu tak sangka plak ummi menang hadiah cabutan bertuah. Rezeki Allah nk bagi alhamdulillah.
Rutin harian
Sarapan pagi tadi ummi masak lempeng. dah lama tak masak lempeng jadi anak2 empat orang berselera makan lempeng pagi tadi. tengahari pulak maryam taknak makan nasi. dah banyak hari dia taknak makan nasi. nak makan benda lain. jadi malam ni ummi akan masak mee megi goreng pulak. fathul seperti biasa akan makan nasi lauk tengahari tadi. fathul tak gemar makan mee waktu malam. mesti dia akan tanya nasi. biasanya kat rmh ummi tengahari makan lain malam makan lain pulak sebab untuk dinner biasanya kami tak berapa nak makan nasi putih lauk campur kecuali fathul dia berselera aje asalkn nasi. qayyum plak ikut mood dia. qayyum pun makan lain daripada yg lain. kadang2 dia siang malam nak makan nasi putih berlaukkn telur kicap. petang ni lepas ambil qayyum balik sekolah, mungkin ummi nk beli sotong. nak buat sotong goreng celup tepung buh daun kari. dapat idea dari rancangan masakan hypptv sebentar tadi hihihi.
Taman Botani
Ni siaran tertunda. pada 1 Januari lalu kami berjalan2 ke Taman Botani Negara yg trletak di Bukit Cerakah Shah Alam. tentula tujuan utama kami nak ke rumah 4 musim. sekarang ni musim sejuk maka adalah salji kat rumah tu. harga tiket ummi dah lupa tapi kanak2 bawah tiga tahun free sahaja. dari kaunter tiket nak ke rumah 4 musim kami naik bas. jauh kalau nk brjalan kaki. kalau nk sewa basikal pun boleh. tapi perlu ada stamina yg kuat nak kayuh naik bukit. sampai dirumah 4 musim, staf dlm tu pakai baju sejuk bulu tebal. lepas staf tu kacip tiket kami masuk tempat salji tu. pehh sejuk giler. macam duk dalam freezer. suhu -2 darjah celcius. memang ada snow buatan kat dalam tu. bila bercakap keluar asap. haha maklum la orang jakun. ummi memang tak tahan sejuk. rasa nk beku dalam tu. cecepat nak keluar lepas snap gambar. tapi bestla bawa anak2 tgk fake snow hihi. nnt musim bunga nk pegi lagi tgk bunga2 plak.
Tuesday, February 13, 2018
selsema
Semalam pukul 1.15 pm masuk ubat demam ke punggung maryam. huhu kes susah nk makan ubat. petang sikit suhu badan dia mulai turun. dah kurus kering anak ummi sebab takde selera makan. alhamdulillah sampai ke tengahari ni dah tak demam tapi hingus dia dan ummi kembali meleleh padahal semalam dah makin okey.
minggu ni ummi relax sikit sebab sekolah petang anak2 ummi pakai baju sukan. ummi tak payah gosok baju. cuaca sekarang panas terik. macam mana la budak2 main sukan kat sekolah. semalam dua2 anak ummi balik sekolah macam merana sangat dahaga air. semalam nashrul main sukan lompat tinggi dan fathul sukan melontar peluru. nashrul pasukan merah fathul pasukan biru.
minggu ni ummi relax sikit sebab sekolah petang anak2 ummi pakai baju sukan. ummi tak payah gosok baju. cuaca sekarang panas terik. macam mana la budak2 main sukan kat sekolah. semalam dua2 anak ummi balik sekolah macam merana sangat dahaga air. semalam nashrul main sukan lompat tinggi dan fathul sukan melontar peluru. nashrul pasukan merah fathul pasukan biru.
Saturday, February 03, 2018
Stress jaga anak
Antara ayah/lelaki dan ibu/perempuan biasanya siapa yg lebih stress dalam soal mendidik anak.?? hmm rasanya ibulah sebab orang perempuan lebih detail dan menitikberatkn kesempurnaan berbanding dengan orang lelaki. kaum bapa biasanya santai2 je dengan anak2 tak macam ibu. sebab tu ibu kuat membebel. lepas tu mereng dan stress hahaha. sabar jelah.
Thursday, February 01, 2018
Nama anak2
Tiga hero dah pegi sekolah. tinggal sorang heroin kat rumah. masa nk hantar qayyum ke sekolah tadi ummi berzikir ya hayyu ya qayyum. teringat pula nama2 anak yang kami pilih. masa mengandungkan si kembar, ummi bagi nama mundzir kepada fathul dan furqan kepada nashrul. tapi bila keduanya lahir, nama2 itu telah direject haha. ummi serah kepada en.ayah untuk bagi nama kepada twins sebab ummi dah tak boleh nak fikir bila twins dah lahir. masa mengandungkan qayyum, ummi yang pilih nama qayyum sebab en.ayah nak nama yang ada dalam alQuran. Ummi letak Abdul Qayyum sebab berharap moga2 nama ini akan mengingatkan ummi kepada yang Maha Pencipta. Yang Maha berdiri dengan sendiri. Masa mengandung anak seterusnya ummi berharap agar dapat anak perempuan. Alhamdulillah doa ummi dimaqbul kan. Ummi pilih nama Maryam. Satu2nya nama perempuan yg Allah sebut dalam alQuran. Betapa special nya Maryam ibu kepada nabi Isa. Mudah-mudahan aura kesolehan Maryam meresap ke dalam jiwa raga puteri bongsu ummi. Moga anak2 menjadi mujahid soleh dan mujahidah solehah aminnnn.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)