Saturday, April 28, 2018

Kolam hiasan

Waduh indah banget..keren nih kalo bisa aku bikin satu kolam ikan hiasan di depan rumahku ya teman2. sekarang aku hanya bisa bermimpi dulu dong. haha..ummi cuba2 survey yg paling minimal kos. sesuai dengan bajet ciput. of course diy yg paling murah kennn..




















Wednesday, April 25, 2018

Daun salad

Alhamdulillah sekarang ni fathul nampak semakin rajin belajar. Ada perasaan ingin berjaya dan naik kelas pandai. dia semakin meminati subjek matematik. Semoga fathul istiqamah. insyaAllah siapa berusaha dia berjaya. yg bagi anak kita pandai..jd rajin..jd faham..semua tu bukan sebab kita atau budak tu sendiri..tapi sebab Allah. Dialah yg maha berkuasa. bagitahu juga kpd anak begitu dan dia kena sentiasa brdoa kepada Allah. didik dia untuk jadi hamba kepada Allah. Fathul jgk suka bertanya itu ini. kadang2 tu seriously ummi rasa malas nk layan sebab prtanyaan dia tu ummi rasa tak perlu nk jawab huhu. tapi dia budakkan mana la dia tahu. hari ni dia makan sayur salad. dia tanya, apa akan jadi kalau kita masak daun salad ni? ummi jawab salad akan jadi layu dan lembik. kalau tidak dimasak makan mentah dia ranggup krup2. hehe. ni bukan kali pertama fathul makan salad. tp hari ni dia baru terfikir nk tanya. berlainan dengan kembar dia Nashrul, nashrul jadi pendiam dan lebih suka layan smartphone buka facebook, insta nak tgk update boboiboy, ejen ali dan entah apa2 animasi yg dia suka.

Nak baby😏

Hari ni balik dari sekolah agama,

Fathul : ummi saya nak baby lagi.
ummi : ummi dah tak larat la fathul nak ada baby lagi. 
Fathul: tapi baby comel sangat. saya nk main dengan dia.
ummi : Kalau Fathul jumpa mana2 baby fathul main lah dgn baby tu. tak lama lagi mak njang nk dapat baby lagi..adik Asiah. nnt fathul main la dengan baby tu..

pastu ummi tukar topik lain. haha. ummi malas nak layan. waktu diorang balik sekolah ummi keletang keletung nak memasak pulak. Especially hari Rabu, budak darjah 4 kena masuk awal sebab ada kokurikulum. so for today nak cepat ummi masak nasi goreng je lauk ayam panggang dan ikan dory celup tepung tempura. syukur alhamdulillah anak2 tak lambat pegi sekolah hari ni.

Tuesday, April 24, 2018

Melicinkan kawasan



Hujung minggu lepas sempat dan diberi kekuatan oleh yg Maha Esa untuk cabut rumpai guna kedua2 tangan hamba ni. jari2 ku sakit semua..kerna mencabut rumput di luar hihi. tapi ummi nekad lepas last upah orang mesin rumput dia cas rm70. hahaaa..kali ni ummi cabut je sendiri. cabut ngan akar2 dia. ada juga yg xtercabut dgn akar. xde kudrat nk menarik kalau akar dia kuat sangat. macam mn ummi boleh trfikir nk cabut guna tangan? sebenarnya ummi dah biasa cabut rumput masa umur belasan tahun di kampung. ummi dah biasa tolong mak kt kampung. jadi ada pengalaman. lagi pun kalau kita mesin rumput akar dia tak tercabut dalam tempoh tak sampai sebulan, rumpai tu tumbuh semula. kalau nk meracun ummi takut pulak. hehe. kerja2 ni belum siap..hari sekolah xsempat la nk merumput. kat belakang rumah rumpai masih banyak. caiyok2...

Friday, April 20, 2018

Membaja

Hari ni mengagahkan diri pegi beli baja kat nursery. beli baja dua peket..habiskan membaja semua pokok2 sekeliling rumah. haha..kekuatan dan kerajinan seperti ini tidak datang setiap hari. ia datang sesekali sekala saje. ada juga niat nk tanam rumput mutiara atau rumput jepun tapi fulus ngak ada lagi. jadinya tadi cabut2 rumput aje. rumput lalang ni pun satu hal. kalo kita tak rajin cabut selalu sekejap je dia naik tinggi.

Thursday, April 19, 2018

Monday, April 16, 2018

Kisah semalam

Semalam berlangsungnya sukaneka sekolah Pasti Darul Muslimin di dewan mpk Meru. Qayyum masuk 2 acara. Balik tengahari tu ummi penat sangat. penat sampai ke petang. Maryam boleh tahan buas masa kat dewan tadi. malamnya pulak lenguh lumpuh satu badan. semalam jugak 15 April genap usia Qayyum 5 tahun. semoga Qayyum mnjadi anak yg soleh aminnn.














Tuesday, April 10, 2018

Silat

Semalam Fathul kena paw duit lagi dengan budak lain kat sekolah. Fathul diam tak melawan. Dah banyak kali ummi nasihatkn dia untuk
jadi berani sikit tapi hmm macam tu jugak la dia. Macam mana ye nk bagi anak jadi berani. keyakinan diri dia sangat rendah. banyak kali dah ummi bagi ceramah, motivasi kat dia tapi nampaknya belum berkesan. Dia ada menyatakan hasrat nak masuk silat, itu pun ummi dah bersyukur sangat2 fathul ada minat nk join something. kalau tak sebelum ni semua benda dia takde minat. nak naik basikal pun takut. nanti ummi masukkan fathul kelas silat yer. semoga Allah permudahkan segala urusan ummi dan Fathul aamin.

Monday, April 09, 2018

Sebaik baik manusia


Pagi tadi dalam rancangan tanyalah ustaz, ustaz cakap anak2 adalah perjuangan kita. Terima kasih ustaz kerana meneguhkan perjuangan ini. Kalau tidak kerana anak2..hidup kita takkan bersemangat. semangat kita untuk meneruskan kehidupan adalah kerana anak2. matlamat perjuangan kita pula adalah untuk menjadikan anak2 sebaik2 manusia di muka bumi ini. dan sebaik2 manusia adalah yg bermanfaat bagi orang lain. walaupun perjalanan along dan abang masih kabur lagi tapi insyaAllah ilmu itu akan menyuluh jalan kamu nakkkk. tuntutlah ilmu sebanyak mungkin insyaAllah ummi akan menuntunmu walaupun ummi hanya bertatih..keep fighting!!!


Berdikari


Hari ni hingga ke hari Jumaat Qayyum kena pegi sekolah waktu pagi kerana ada latihan sukan. Hari ahad ni acara sukaneka yg sebenar. tak sabar ummi nk tengok qayyum main sukan. En.ayah plak outstation ke Singapore. Ada kawan ummi bertanya selalunya bila suami awak gi outstation dia belikan apa untuk ummi? ummi jawab, tak penah belikan apa2 pun. hahaha. adui, itulah bila orang dengar husband kita kerja selalu outstation kt oversea diorang ingatkn kita ni orang kaya..orang have2. sebenarnya tidak. kita ni biasa2 aje. tak lebih dari orang lain pun. emm bercerita tentang suami outstation ni dah banyak kali jgk en.ayah keje luar negara. alhamdulillah ummi boleh handle anak2 sorang selagi badan ni sihat. ummi dah biasa hidup berdikari sejak ayah ummi meninggal masa kecik. selagi boleh buat sendiri tu ummi akan buat sendiri. selalu perangai suka buat sendiri tu terbawa2 dalam rumahtangga. dalam rumahtangga the best is kita bekerjasama dengan pasangan untuk kehidupan berumahtangga yg lebih baik.

Thursday, April 05, 2018

Ragam anak2

Suatu hari lepas mandi...

Qayyum: Ummi boleh tak qayyum nak pakai                          emas?
ummi:     tak boleh. orang lelaki tak boleh pakai                    emas. orang perempuan je boleh.
Qayyum: nanti qayyum nk pakaikan emas kat                        isteri qayyum lah.
ummi:    eh..sejak bila qayyum pandai..( dalam                    hati)

masa dalam kereta balik dari sekolah, qayyum dengar radio. tajuk lagu tak tahu. lirik lagu..
" putih2 melati...merah2 delima..siapa yg baik hati PASTI kuterima".

qayyum: ummi tadi dia sebut Pasti
ummi:     haha..yelah qayyum dia sebut pasti                           mcm sekolah qayyum

masa sedang makan malam. anak2 kecoh bertanding nk buat kelakar..

Nashrul: ayam campur drakula campur ular                          campur monyet jadi apa? 
Fathul:    jadi ayam pokok
Nashrul: ye betul. nanti dekat nak kiamat baru                      dia keluar..
Ummi:    tak baik tu cakap menipu
Nashrul: eh..eh..mintak maaf2 (sambil hulur tgn                  dia yg melekat nasi)
ummi:     hewwwww


throwback: masa ni qayyum blm boleh jalan

Wednesday, April 04, 2018

Bad day, be strong


Hapuskanlah air matamu..
redha dan teruskanlah usahamu..

JANGAN BERPUTUS ASA, JANGAN LEMAH, JANGAN MENYERAH, SEMOGA ALLAH RUNTUHKAN SEGALA HALANGAN AAMIN!!!


Tuesday, April 03, 2018

Puteri nan seorang



Princess ummi ni alhamdulillah dah berumur 3 tahun 1 bulan. Dia mengalami speech delay tapi boleh sebut beberapa words yg difahami. Maryam aktif dan lasak. dia boleh faham apa yang kita cakap dan suka meniru apa yg orang lain buat. Maryam dah tak pakai drypers. Masuk umur 3 tahun ummi dah train dia utk diaperless. Tahun depan insyaAllah Maryam akan mula bersekolah. kalau abang2nya umur 4 tahun belum bersedia untuk bersekolah. tapi ummi rasa budak perempuan dia cerdik dan matang kot. lebih cepat. lagipun maryam takde kawan perempuan kat rumah. kesian dia. kat sekolah nanti maryam boleh dapat ramai kawan yer sayang.

Monday, April 02, 2018

Permata hati

Dikaulah kuntuman bahagia...
mewangi di halaman ayah bonda...

My angels fantastic four...

teman gaduh

twins..this time at 3 year kot