Semalam pukul 1.15 pm masuk ubat demam ke punggung maryam. huhu kes susah nk makan ubat. petang sikit suhu badan dia mulai turun. dah kurus kering anak ummi sebab takde selera makan. alhamdulillah sampai ke tengahari ni dah tak demam tapi hingus dia dan ummi kembali meleleh padahal semalam dah makin okey.
minggu ni ummi relax sikit sebab sekolah petang anak2 ummi pakai baju sukan. ummi tak payah gosok baju. cuaca sekarang panas terik. macam mana la budak2 main sukan kat sekolah. semalam dua2 anak ummi balik sekolah macam merana sangat dahaga air. semalam nashrul main sukan lompat tinggi dan fathul sukan melontar peluru. nashrul pasukan merah fathul pasukan biru.
Tuesday, February 13, 2018
Saturday, February 03, 2018
Stress jaga anak
Antara ayah/lelaki dan ibu/perempuan biasanya siapa yg lebih stress dalam soal mendidik anak.?? hmm rasanya ibulah sebab orang perempuan lebih detail dan menitikberatkn kesempurnaan berbanding dengan orang lelaki. kaum bapa biasanya santai2 je dengan anak2 tak macam ibu. sebab tu ibu kuat membebel. lepas tu mereng dan stress hahaha. sabar jelah.
Thursday, February 01, 2018
Nama anak2
Tiga hero dah pegi sekolah. tinggal sorang heroin kat rumah. masa nk hantar qayyum ke sekolah tadi ummi berzikir ya hayyu ya qayyum. teringat pula nama2 anak yang kami pilih. masa mengandungkan si kembar, ummi bagi nama mundzir kepada fathul dan furqan kepada nashrul. tapi bila keduanya lahir, nama2 itu telah direject haha. ummi serah kepada en.ayah untuk bagi nama kepada twins sebab ummi dah tak boleh nak fikir bila twins dah lahir. masa mengandungkan qayyum, ummi yang pilih nama qayyum sebab en.ayah nak nama yang ada dalam alQuran. Ummi letak Abdul Qayyum sebab berharap moga2 nama ini akan mengingatkan ummi kepada yang Maha Pencipta. Yang Maha berdiri dengan sendiri. Masa mengandung anak seterusnya ummi berharap agar dapat anak perempuan. Alhamdulillah doa ummi dimaqbul kan. Ummi pilih nama Maryam. Satu2nya nama perempuan yg Allah sebut dalam alQuran. Betapa special nya Maryam ibu kepada nabi Isa. Mudah-mudahan aura kesolehan Maryam meresap ke dalam jiwa raga puteri bongsu ummi. Moga anak2 menjadi mujahid soleh dan mujahidah solehah aminnnn.
Saturday, January 20, 2018
Qayyum ke sekolah
Tahun ni Qayyum dh start sekolah. umur Qayyum tahun ni 5 tahun. Qayyum tadika di Pasti dekat dengan rumah. Semoga Qayyum rajin2 ke sekolah ye nak. Nampak seronok tu.



Saturday, January 13, 2018
Sejuk
Dua tiga hari ni hujan turun rintik2 dan cuaca pun fuhhh sejuknya. ummi ni sejenis yg tak tahan sejuk. so ummi tak pasang kipas kalau duk sorang2. si fathul plak siap nk pasang aircond lagi huhu. Kira2 pukul 6 petang hari ni di Meru Klang suhu 26 darjah celcius. suhu dijangka turun ke 22 darjah celcius malam nanti.
Tuesday, January 09, 2018
Frozen
Maryam dilanda demam frozen. adeh...memang budak perempuan suka citer princess2 eh? frozen ni dh agak lama maryam je yg baru demam frozen. Tapi frozen lagi okey drp citer barbie tu. barbie tu merenyam. haha. cuma ada jgk part2 yg tak elok ditonton tapi maryam xtengok full movie pun. Fathul pun dh naik menyampah dengar lagu let it go..let it go..

Sunday, January 07, 2018
Tuesday, January 02, 2018
Anak2 sayang
Ummi terkesan dengan beberapa orang selebriti yang dah berhijrah. bukan setakat pakai tudung tapi hijrah mereka total menjadikan islam the way of life dan mempengaruhi orang lain untuk mendalami islam. anak2 juga diberi pendidikan islam sewajarnya. Hari ni first day school Nashrul dan Fathul. mereka dok tanya2 pasal sekolah asrama. kata mereka brdua nnt tingkatan satu taknak tinggal di asrama. nak sekolah biasa aje. anak kembar berdua ni sebenarnya agak manja. biasala tak pernah berpisah dengan ummi. biasa melekat dengan ibu sejak dari kecil. emm..nampaknya mereka sudah mula memikirkn masa depan mereka biarpun tingkatan satu tu lambat lagi. nnt lah anak sampai masanya insyaAllah moga Allah lorongkan jalan yg terbaik untuk anakanda berdua. dengan anak2 ni ada perkara yg kita tak boleh tanya dia nak ke taknak. pada tahap umur kanak2 kita pilihkn untuk mereka setiap langkah. sebab mereka sukakn hiburan saja. nk yg seronok2 saja. kalu disuruh belajar, mengaji, buat kerja rumah mesti tarik muka masam dan membentak. kalau nk pilih sekolah, perlu ke kita tanya, 'nk sekolah agama ke sekolah biasa?'. kalau hati kita kuat dan kita dah niat nk anak belajar dalam suasana islamik, bi'ah solehah, terus pilihkn anak sekolah agama. start dari awal lagi kita bagitahu anak yg kita nak dia belajar di sekolah agama/sekolah tahfiz. jangan tunggu darjah 6 baru kita bagitahu niat kita. bila bagitahu awal2 macam anak2 ummi darjah 4, nnt nk masuk sekolah tingkatan 1 dia boleh terima pilihan kita dengan hati yg senang. moga2 ank2 ummi jadi anak2 yg soleh dan solehah.
Tuesday, December 26, 2017
Semoga cepat sembuh
Ayah mertua ummi (abah) masuk wad di hospital uitm sebab sakit gout. Hari Ahad petang ummi n family pegi ziarah abah dekat ward. nasib kitaorang baik masa nak naik lift tu takde pak guard jaga. so semua boleh masuk wad hehe. esok petangnya kitaorg pegi lagi tapi pak guard ada dok tunggu kat tepi pintu. pak guard cakap maryam xleh naik atas. Qayyum lepas sebab qayyum tinggi mcm budak 6 tahun. kanak2 bawah 6 tahun xleh masuk. so ummi and maryam stay kat bawah ajelah. ni first time ummi pegi hospital uitm. sebelum ni ummi tak tahu pun kuwujudan hospital ni. yg ummi tahu hospital sungai buloh aje. by the way hospital ni sangat tenang, tak ramai orang. students pun ada yg balik cuti sempena hari Christmas. Semoga abah cepat sembuh dan dapat keluar wad cepat aminn.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)