Thursday, November 05, 2009

Belajar hormati orang lain



۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Sikap manusia, memusuhi apa yang tidak difahaminya dan apa yang tidak diminatinya. Lumrah. Namun begitu, jika kita bersifat insani, gunalah mata hati dan akal fikiran untuk menghormati minat dan keputusan orang lain. Sejak dari kecil, saya selalu makan budu dan tidak pernah makan ikan keli, jadi saya amat meminati budu dan tidak menyukai ikan keli. Tetapi bukan bererti saya mencemuh orang yang suka makan ikan keli. “Eii, apa la, ikan keli pun makan, dah la ada misai, geli geleman aku tengok badan ikan keli berlendir”. Tidak pernah saya katakan begitu. Saya juga tidak pula mengherdik orang yang tidak menyukai makanan pujaan warga Kelantan iaitu budu. “Apala, budu yang sebegini lazat dan berkhasiat pun tidak mahu makan, rugi..rugi...pelik sungguh. Tak boleh jadi ore kelate...”. Kita memahami bahawa orang yang tidak makan budu itu tidak pernah makan budu sedari kecil, jadi wajar saja jika ia ngak lalu makan budu. Contoh lain, “Apa la tanam pokok bunga, bukannya boleh makan pun, baik tanam pokok sayur ke, pokok buah ke, ada pekdahnya juge” dan “Apala asyik beli buku, perabihkan duit je, baik beli benda lain.” Kata-kata begini boleh menyinggung perasaan orang lain tanpa kita sedari. Apalah salahnya kita menghormati minat orang lain selagi ia tidak menyalahi agama dan tidak mengundang keburukan kepada orang lain? Jika kita ingin dihormati, hormatilah perasaan orang lain. Ini adalah sebahagian contoh saja daripada banyak-banyak contoh..fikir lah sendiri..
Kadang-kadang kita merasa pelik, kenapa orang tu suka itu dan tidak suka ini? Tidak suka ini tapi suka itu. Hakikatnya manusia tidak sama dan kita berbeza. Ia bukan situasi yang pelik. Lelaki dan wanita secara biologinya adalah berbeza sudah tentu juga minat dan kegemaran mereka juga berbeza (ada juga sesetengahnya sama). Lelaki lebih suka kepada aktiviti yang mencabar, sukan, kereta, dll dan perempuan pula lebih gemar kepada aktiviti menjahit, kraftangan,memasak, menghias rumah dan bermacam-macam lagi. Dalam rumahtangga, saling menghormati antara pasangan adalah suatu yang wajib. Di awal perkahwinan, jangan terkejut jika mendapati pasangan mempunyai hobi dan sikap yang pelik. Makanan kegemaran juga pelik-pelik. Di sinilah perlunya kita belajar untuk saling menghormatinya di antara suami isteri bagi menjaga keharmonian rumah tangga yang dibina. Berapa ramai pasangan yang bercerai-berai akibat hilang perasaan hormat-menghormati sesama mereka.
Fikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Hormati perasaan orang lain khususnya orang yang kita sayangi iaitu ibubapa, suami, isteri, anak-anak, sahabat, saudara mara, jiran tetangga kerana apa yang kita minat dan mahu terkadang tidak sama dengan cita rasa mereka. Jangan pentingkan diri sendiri tapi fikir juga perasaan orang lain dan hormati mereka.

3 comments :

  1. salam ziarah buat kak ummu farhan yang dikasihi fillah..
    semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH swt, sentiasa melimpah-ruah buat akak sekeluarga..ameen..

    Da lama ana tak ziarah blog yang comel nih..hee..=)

    Sejujurnya,ana suka entry nih..
    ana setuju dengan part yang last tuh..
    "Jangan pentingkan diri sendiri tapi fikir juga perasaan orang lain dan hormati mereka."

    sindir menyindir ni jangan cakaplah..Selalu sangat berlaku..contohnya,sesetengah merasakan diri mereka hebat tp janganlah sampai mengecilkan hati orang lain. Nampak je alim dan tawadu’ tp sindir menyindir ni macam da jadi amalan biasa. Bukan nak marah, tp biarlah gaya tu sama dengan hati dan sifat kita sendiri. Lihat dan teliti diri sendiri barulah cari apa yg salah kat mata dia tu tentang orang lain.

    kadang-kadang, ana mengerti mengapa terdapat sesetengah pihak tidak mengendahkan hak orang lain? Adakah mereka ini jenis manusia yang tidak mempunyai hati dan perasaan? atau lebih mudah untuk diperkatakan adalah manusia TIDAK BERMARUAH atau …??wallahu'alam..

    Akhirul kalam..
    sama2 la kita renung-renungkan hadis dibawah..mudah-mudahan kita sama2 dapat mengambil ibrah daripadanya bagi menerapkan jati diri "Deen" dalam diri kita..insyaALLAH..

    Dari Abi Hurairah r.a katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya."(Riwayat Muslim)

    wassalam...=)

    ReplyDelete
  2. Salam
    Entry ini mengingatkan kepada pesanan suami kepada anak saya gar jangan menghina makanan,walaupun tidak suka.

    ReplyDelete
  3. Salam kak,
    benar apa yang kakak katakan. kadang-kadang kata-kata tu lebih menghiris dan bisa membunuh. apa salahnya kalau menghormati orang lain? sekurang-kurangnya kita tahu setiap manusia tu ada citarasa berbeza. itu juga satu kuasa Tuhan kerana menjadikan kita berbeza-beza, tapi tetap kita semua ada persamaan iaitu ada hati dan perasaan. saya terbayang kalau Tuhan menjadikan kita semua sama, citarasa sama, semuanya pun sama, mesti dunia ni tak bervariasi kan? saya suka ramai kawan yang berasal dari tempat yang berbeza, negeri @ negara berbeza, sebab kita banyak belajar tentang mereka. dan kita sedar betapa uniknya manusia itu kerana banyak ragamnya. maha suci Allah yang menjadikan manusia bervariasi :)

    -WS

    ReplyDelete

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.