Sunday, November 07, 2010

Hadith ke 13


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Bersabda Nabi SAW: “ Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehinggalah ia mengasihi saudaranya sama seperti ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Seorang ukhti membacakan hadith ini. Hadith arbain yang ke 13. Kita selalu mendengar hadith ini, sangat femes tapi adakah kita pernah selama kita hidup ini kita betul-betul atau bersungguh-sungguh mempraktikkan hadith ini? Atau sekadar angin lalu, masuk ikut telinga kanan keluar ikut telinga kiri. Iaitu menyayangi sahabat/saudara/akhwat kita sama seperti kita menyayangi diri kita sendiri. Saya cuba menghayati seketika, betapa tidak sempurna lagi iman diriku ini lantaran hadith ini ternyata masih 'jauh panggang dari api' dari segi praktikalnya. Kadang-kadang, kita biarkan saja sahabat kita ditimpa kesusahan dan mehnah tanpa kita menghulurkan bantuan setakat yang termampu. Dalam minda, mungkin kita fikir, ermmm nanti pandai la tu dia selesaikan masalah. Tapi sebenarnya andai kita membuka mulut untuk berkata, "May i hep you?" tentu sahabat kita tadi lebih berbesar hati dan gembira. Ukhuwwah akan bertambah erat. Atau juga kita sering melihat sahabat kita ni, selalu outing sorang-sorang membeli barang keperluan. Tapi bila suatu hari kita offer "Nak saya temankan awak tak?" kerana kita sayangkan dia dan risaukan keselamatannya, tentu dia sangat-sangat menghargai.

Tambah seorang ukhti, Kak S yang jauh lebih makan garam dulu dari kami, justeru tidak sempurnanya iman kita, rapuhnya ukhuwwah kita, maka ummat islam sekarang menjadi lemah. Tidak seperti kaum Muhajirin dan Ansar dahulu. Mereka suatu ketika dahulu, apabila mendengar saja hadith nabi, mereka betul-betul mengamalkannya sebab itu mereka kuat dan boleh membina daulah islam. Saya sangat setuju dengan kak S. Jika banyak lagi hadith atau sunnah nabi masih lagi kita tidak praktikkan dengan betul-betul, nampaknya kita hanya bermimpi di siang hari untuk melihat hukum islam ditegakkan di atas bumi yang serba mencabar hari ini. Kekuatan kita ummat islam adalah bergantung kepada sejauh mana kita berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan sunnah.

Untuk lebih menambah kefahaman hadith arbain ke 13 ini, Kak S memberikan contoh dalam masalah poligami. Sejauh mana seorang wanita yang bergelar isteri memberi kebenaran kepada suaminya untuk menikahi sahabatnya yang mungkin sudah berusia tapi belum ada jodoh untuk bernikah. Siapa akhwat yang sanggup bermadu dengan akhwat yang lain? Sanggupkah kita lantaran kasihnya kita kepada akhwat di luar sana yang masih ramai belum disunting oleh ikhwah? Ramai wanita yang tidak sanggup bukan? Kerana perasaan kita yang tamak kepada kasih sayang suami lalu tidak rela berkongsi kasih dengan sahabat sendiri. Saya tidak mahu mengulas panjang pasal poligami ini kerana bimbang andai saya ini seperti yang dinukilkan dalam surah As-soff:2-3. Cuma saya mahu mengajak kita berfikir dan menghayati hadith yang ke 13. Andai jiwa kita benar-benar bersih, tidak mustahil kita mampu lakukan...tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Diri saya sendiri masih perlu melalui proses 'tazkiyatun nafs' yang sangat2...

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.As-soff:2-3

7 comments :

  1. assalamualikum Ummu Farhan
    tersentuh dengan entry ni
    tapi diri ini tak mampu lagi rasanya.

    ReplyDelete
  2. salam ukhuwah kak...(",)

    lama sudah tidak mencoretkan apa2 disini...syukran atas perkongsian..mungkin nampak simple tapi besar impaknya bagi mereka yang berfikir...(^_^)

    ReplyDelete
  3. salam ummufarhan,

    saya sayangkan awak kerana Allah Taala :)

    mujur sudah berkahwin..hihi! ^^

    alhamdulillah..peringatan yg baik uat diri saya sendiri..

    ReplyDelete
  4. Wsm Ummu,

    :)..saya faham perasaan ummu, tapi mungkin kita boleh menyayangi saudara kita dengan cara pendekatan yang lain kan? insyaAllah kita ingin membina barisan ummat islam yang kuat, apabila kita faham dan amalkan suatu hadith..mudah-mudahan kita dapat perturunkan ilmu ini kepada anak-anak kita pula yang bakal mencorakkan masa depan islam, selamat berjaya ummu.

    ReplyDelete
  5. Wsm Bidadari Besi,

    terima kasih kerana sudi menjenguh ke sini :). Kadang-kadang sebab nampak simple lalu kita tak berapa cakna. ia soal hati. Ummat islam akhir zaman umpama buih-buih di lautan, ramai tapi lemah..mari kita bina generasi islam yang kuat!

    ReplyDelete
  6. Wsm,

    Lynn...yay..Lynn sayang kat saye...hehe..terima kasih duhai teman kerana Allah..persahabatan yang sejati adalah berlandaskan keimanan:). Biar tidak pernah bertemu namun jika perhubungan itu kerana Allah, kita akan merasakan keterikatan hati yang kuat.

    hehehe, nasib baik Lynn dah kawin!!! selamat sudah seorang muslimah hihihi..

    ReplyDelete

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.