Wednesday, June 27, 2012

Anak-anakku



۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Dari sehari ke sehari senang hati anak-anak ummi makin cerdik. Biarpun bercakap tak lancar lagi, tapi dari segi perkembangan emosi dan motor makin baik. Syukur alhamdulillah. Fathul dah hafal 6 surah biarpun bacaannya tak lancar, nampak ada minat pun dah cukup bersyukur. Kalau bab rajin menolong alhamdulillah boleh dipuji juga. Tapi ada pengaruh buruk daripada kartun yang mereka tengok. Memang kesan tak bagus tengok cerita kartun. Kita tak ajar anak-anak benda yang bukan-bukan tapi mereka belajar dari TV. Nak halang anak dari tengok kartun memang susah, yang boleh diusahakan, saya tengok kartun sama-sama dengan mereka and kalau ada part2 yang tak bagus, bagitau pada anak. Dari segi pemakanan, yang adik besar tu sudah tentu makan lagi banyak daripada abang yang kecik. Apa yang anak makan sudah tentu mempengaruhi kecerdasan otak mereka bila belajar kelak. Hidangan ikan dalam sajian menyediakan DHA natural, dan makanan yang banyak protein dan kolesterol seperti telur sangat diperlukan oleh anak2 untuk membentuk minda yang cerdas. Apa yang anak makan sekarang akan menentukan siapa mereka kelak. SEbagai ibu, doa dan usaha itu penting. Umur 1-6 tahun ialah proses download otak anak apa yang ada disekeliling mereka. Anak-anak umpama kain putih, kita coraklah kain putih itu semahunya :).



pic source: FB

Tuesday, June 19, 2012

Kuah tanpa isi

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Jika orang kaya tidak membazir, tidak akan ada orang miskin terbiar tanpa pembelaan. Kerap kali sikaya menjanjikan 'kuah' sedang isinya telah dilahap oleh mereka.
Namun kebatilan pasti runtuh kerana masih ada pejuang yang sanggup menegakkan kebenaran walaupun terus ditakut-takutkan oleh kelaparan.
Penjara materialisma tidak selamanya boleh mengekang kebangkitan agama!
-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Monday, June 18, 2012

Ibubapa

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Malam makin larut tapi bila baca status FB Prof Muhaya sejam yang lalu..tangan ni gatal2 nak buat entry..

Ibu bapa yang payah menyayangi dan memuji bayangkan ini hari terkahir anak kita. Jangan bila sesuatu berlaku baru kita nak menangis dan mencerita segala kebaikan mereka. Ibu bapa yang bijak dan ikhlas memuji anak anak depan mereka dan bukan dibelakang mereka depan orang lain. Sesiapa memuji anak depan orang besar kemungkinan sifat menunjuk dan ini merbahaya. Perkara paling penting anak perlu dari ibu bapa ialah penghargaan dan contoh yang baik. Sebelum marah anak lihatbdiri kita dulu. Kalau kita degil dgn perintah Allah jangan hairan jika anak anak degil dengan kita.-Prof.Muhaya

Ada ramai anak yang menyatakan atau tidak menyatakan (rasa dalam hati) kekecewaan terhadap ibubapa yang tidak menunjukkan kasih sayang terhadap mereka. Ibubapa yang kurang mesra dengan anak, bila anak dewasa kelak akan merasa segan untuk beramah mesra dengan ibubapa. Ada anak yang berkawan baik dengan ibubapa, meluahkan segala masalah kepada mereka kerana sewaktu kecil, remaja dan dewasa dilayan seperti seorang sahabat. Siapa kita pada hari ini tidak sama dengan siapa ibubapa kita pada zaman yang lalu, 20 tahun lepas, 30 tahun lepas, 40 tahun lepas. Ibubapa kita dulu bertindak menjadi ibubapa sebatas ilmu yang mereka ada. Pada zaman kita ini, para ibubapa dikelilingi dengan majlis-majlis ilmu, mendapat sumber ilmu melalui internet, lambakan majalah islami, pelbagai program motivasi dan keagamaan di kaca tv dll. Maafkan segala kesilapan mereka, sayangi mereka, hormati dan hargai ibubapa kita. Jangan diulangi kesilapan mereka (jika ada) sebaliknya dengan capaian ilmu yang kita perolehi sekarang ini mudah-mudahan kita menjadi ibubapa yang lebih baik dan terbaik untuk anak-anak kita. Sama-sama kita pertingkatkan ilmu "parenting skills". Wallahu'alam.

Tuesday, June 12, 2012

Penghargaan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ



Jika buat sesuatu jangan mengharapkan penghargaan tetapi kita mesti buat kerana menghargai orang. Menghargai orang lain adalah kemuliaan dan kemurahan hati yang terpuji. Ibaratkan diri kita sebuah gelas yang penuh berisi maka kita tidak perlukan penghargaan orang sebaliknya kita seorang yang menghargai orang lain. Fokus utama ialah mendapat penghargaan daripada Allah SWT.-dipetik daripada buku Bahagia & Membahagiakan


Friday, June 08, 2012

Koreksi diri sendiri

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Jangan sibuk melihat kesalahan orang lain, sibuklah lihat kesalahan diri sendiri dulu....
lantaran itu kita akan bermuhasabah..
Jangan fokus kepada apa yang kita tidak ada, fokuslah kepada apa yang kita ada..
lantaran itu kita akan bersyukur..
Ingat kebaikan orang kepada kita dan ingat kesalahan kita kepada orang..
sebaliknya lupakan kebaikan kita kepada orang lain dan lupakan kesalahan orang lain kepada kita...

"Lihat apa kaca mata kita pakai hari ini. Jika kaca mata mencari kesilapan dan fokus kita mencari kesilapan maka itu kita nampak dan akan buta pada semua kebaikan di depan mata kita. Mula cari kesilapan kita dan betulkan diri hingga tiada tenaga untuk melihat kesilapan orang lain. Lihat keluarga kita dan jangan sekali-kali bajet bagus dan rasa kita lebih baik dari orang lain. Setiap kali kita komen orang lain lihat sama ada kita ada sifat ini dan banyakkan istighfar. Lihat apa yang kita lihat setiap hari di Facebook. Jika keburukan, itulah diri kita hari ini dan esok hari dan selamanya dan di akhirat nanti"
-Prof.DR. Muhaya



Hopefully dapat beli buku Prof satu. Prof Muhaya sumber inspirasi saya..semoga Allah memberikan kesihatan yang baik pada beliau dan merahmati beliau di atas segala ilmu-ilmunya ameen.



Thursday, June 07, 2012

Muzik di rumah kami

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Setiap pagi, rumah kami didendangkan dengan bunyi-bunyian. Muzik itu melantun dengan irama yang tidak sekata. Muzik ini berbunyi lama. Jarang sangat sekejap. Kadang-kadang ia tidak berbunyi pada waktu pagi saja. Boleh jadi waktu tengahari, petang atau malam. Inilah sumber bunyi itu:



Ummi banyak bersabar denganmu nak. Mungkin ini satu latihan suara untuk menjadi seorang qari bila besar nanti. Mudah-mudahan ya...ameen.

Forgive me...

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



I'm about to lose the battle and cross the line
I'm about to make another mistake
And even though I try to stay away
everything around me keeps dragging me in
I can't help thinking to myself what if my time would end today, today, today
Can I gaurantee that I will get another chance before it's too late, too late, too late

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

Am I out of my mind?
What did I do?
Oh, I feel so bad
And everytime I try to start all over again
my shame comes back to haunt me
I'm trying hard to walk away but temptation is surrounding me, surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life before it's too late, too late, too late

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

I know, Oh Allah, you're the most forgiving
And that you've promised to always be there
when I call upon you
So now I'm standing here ashamed of
all the mistakes I've committed
Please don't turn me away and hear my prayer
when I ask you to

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent X3

Forgive me by Maher Zain

Wednesday, June 06, 2012

Masa mencemburui kita

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Sudah sekian lama saya tidak menjenguk blog ibu-ibu yang lain. Tidak meninggalkan komen di mana-mana. Hanya mencatit di blog sendiri. Hari ni cuba menjenguk-jenguk semula beberapa blog yang saya follow tapi baca sepintas lalu kerana masa yang ada terlalu sedikit. Stay at home mom ada banyak kerja. Jika dalam satu hari masa banyak di habiskan untuk online saja, maka kerja-kerja rumah pasti akan terbengkalai dan tidak beres. Anak-anak juga dibiarkan buat hal sendiri sambil menonton tv tentu tidak sihat. Nanti bila kita dah tua, mereka pula sibuk ber online tidak pedulikan kita.



Mudah-mudahan kita juga ada masa untuk Allah. Untuk solat, membaca al-Quran, berzikir, kuliah, membaca buku agama, usrah, qiamullail, dhuha dan sebagainya. Jika kita ada masa untuk Allah, Allah juga akan ada masa untuk kita insyaAllah.

Untuk peringatan bersama:




Monday, June 04, 2012

Ayat pukau

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Pagi ni Fathul bangun dengan mata yang bengkak. Hendak dibubuh ubat dia tidak mahu. Duhai anak, bila engkau sakit walau sedikit tapi bisa memusnahkan mood baik ibu pagi ini. Sabar..sabar..sabar. Pagi semalam saya sempat menonton slot Dr.Fadzilah Kamsah di astro di rumah mertua. Dr. Fadzilah memberi petua ayat untuk melembutkan hati yang keras iaitu Surah Taha ayat 1-5 dan amalkan baca ayat 'pukau' Ya Azizul Jabbarul Mutakabbir..hembuskan pada orang yang nak kita pukau. Jangan pukau orang sembarangan ye hehe. Saya nak cuba pukau anak saja :).