Malam makin larut tapi bila baca status FB Prof Muhaya sejam yang lalu..tangan ni gatal2 nak buat entry..
Ibu bapa yang payah menyayangi dan memuji bayangkan ini hari terkahir anak kita. Jangan bila sesuatu berlaku baru kita nak menangis dan mencerita segala kebaikan mereka. Ibu bapa yang bijak dan ikhlas memuji anak anak depan mereka dan bukan dibelakang mereka depan orang lain. Sesiapa memuji anak depan orang besar kemungkinan sifat menunjuk dan ini merbahaya. Perkara paling penting anak perlu dari ibu bapa ialah penghargaan dan contoh yang baik. Sebelum marah anak lihatbdiri kita dulu. Kalau kita degil dgn perintah Allah jangan hairan jika anak anak degil dengan kita.-Prof.Muhaya
Ada ramai anak yang menyatakan atau tidak menyatakan (rasa dalam hati) kekecewaan terhadap ibubapa yang tidak menunjukkan kasih sayang terhadap mereka. Ibubapa yang kurang mesra dengan anak, bila anak dewasa kelak akan merasa segan untuk beramah mesra dengan ibubapa. Ada anak yang berkawan baik dengan ibubapa, meluahkan segala masalah kepada mereka kerana sewaktu kecil, remaja dan dewasa dilayan seperti seorang sahabat. Siapa kita pada hari ini tidak sama dengan siapa ibubapa kita pada zaman yang lalu, 20 tahun lepas, 30 tahun lepas, 40 tahun lepas. Ibubapa kita dulu bertindak menjadi ibubapa sebatas ilmu yang mereka ada. Pada zaman kita ini, para ibubapa dikelilingi dengan majlis-majlis ilmu, mendapat sumber ilmu melalui internet, lambakan majalah islami, pelbagai program motivasi dan keagamaan di kaca tv dll. Maafkan segala kesilapan mereka, sayangi mereka, hormati dan hargai ibubapa kita. Jangan diulangi kesilapan mereka (jika ada) sebaliknya dengan capaian ilmu yang kita perolehi sekarang ini mudah-mudahan kita menjadi ibubapa yang lebih baik dan terbaik untuk anak-anak kita. Sama-sama kita pertingkatkan ilmu "parenting skills". Wallahu'alam.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.