Wednesday, December 25, 2013

Baby Cardiff

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Pagi ni kononnya ummi nak pergi jadi sukarelawan. Sekali, duk melepek je kat rumah. Anak-anak pun belum mandi lagi semua. Agaknya macam ni la kalau jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Kalau nak keluar tu payah sangat sebab dah terbiasa duduk kat rumah. Kalau kerja-kerja tak buat rasa ralat nak tinggalkan rumah. Atau itu sekadar alasan kah?? Alhamdulillah, 20hb yang lalu, kakak ummi di Cardiff dah selamat melahirkan baby boy diberi nama Wazeer Uqail. Ni boleh jadi geng Abdul Qayyum. Abdul Qayyum sekarang tak leh lepo sikit, mesti bangun meniti kot birai sofa. Dah beberapa kali jatuh.

baby Uqail

Tuesday, December 17, 2013

Tanam sayur

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pokok cili yang ummi beli dua minggu lepas semakin masak buahnya. Kalau tak petik akan buruklah cilinya nanti. Dalam peti pulak, masih ada dua peket cili hijau dan merah beli dekat tesco. Plan ummi nak tanam pokok sayur-sayuran pulak. Cuma masa je tak berapa nak ada. Kalau nak semai, entah bila nak semainya. Nak tumbuh mungkin makan masa sebulan dua. Itu pun kalau tumbuh. Memandangkan semua barang sudah semakin naik harga, ummi rasa nak jimatkan kos barang-barang dapur. Mudah-mudahan dengan menanam sedikit sayur-sayur ni, dapat jimatkan perbelanjaan. Sebenanya ummi dah terpengaruh dengan geng-geng dlm group suri suka tanam pokok bunga, sayur dalam fb, hehe. Ummi baru berangan-angan. Angan-angan mat jenin dulu. Gmbr pokok orang :) -



Demam denggi

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Sekarang ni musim demam denggi agaknya. Ramai pulak yang ummi dengar kenalan yang masuk wad kerana denggi. Salah seorangnya ialah suami kawan ummi. Kawan ummi ni suami isteri satu sekolah menengah dengan ummi di MRSM Kuala Terengganu dulu. Sekarang ni, si suami berada di ICU Hospital Selayang sedang di dialisis dan masih tidak sedarkan diri. Sahabat sekalian sekiranya kalian membaca apa yang ummi tulis ni, minta kalian doakanlah suami kawan ummi tu yer semoga beliau cepat sembuh. Yang ummi tahu, kalau kita kena denggi antara yang boleh kita makan untuk lawan virus denggi ialah sup ketam, daun betik, buah kiwi, garlic dan minum air isotonik like 100 plus utk stabilkan cecair dlm badan. Tapi kalau dah teruk mcm suami kawan ummi ni, mmg masuk apa pun dia muntah balik. Kalau demam tu cepat2 pergi hospital yer.

Sunday, December 15, 2013

My supercool baby

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Abdul Qayyum Farhan, 8 bulan


Thursday, December 12, 2013

Tips berguna untuk anak..

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Sepagi ni ummi sibukkkkkkkkkkk melayan anak ummi. Fathul suruh cari dinosaur train dalam store. Habis berterabur toys kat living hall..uhuk...uhuk..uhuk. Mainan banyak sangat pening kepala ummi macam mana nak kemas mainan ni semua. Ummi cuma nak share satu perkongsian yang sangat bermanfaat dari seorang blogger lepas tu nak sambung layan anak-anak ummi. Terima banyak2 kat sis blogger tu. Semoga Allah merahmati beliau. Boleh baca di sini:

http://saatakukaupilih.blogspot.com/2013/12/10-tips-berguna-dari-child-psychiatrist.html

Selamat membaca!!!

Monday, December 09, 2013

Terapi minda

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pagi ni, tiga hero ummi masih tidur bergelimpangan dalam bilik. Ummi gunakan masa emas ini untuk buat-buat kerja sikit di laman. Bubuh Baja pada pokok, siram, dan pindahkan pokok limau kasturi ke dalam pasu. Inilah terapi minda yang mujarab bagi ummi. Bercucuk tanam dapat menenangkan fikiran. Hobi suka tanam pokok ni bermula sejak ummi masih kanak-kanak lagi. Minggu lepas ummi dah beli dua pokok. Minggu ni terasa nak beli lagi. Tapi ummi tahan dulu. Hobi ni makin dilayan makin ia menjadi-jadi. Orang yang sedang sakit pun boleh jadi sihat dek kerana hobi. "Hobi" berasal daripada perkataan arab iaitu "hub" bermaksud cinta. Orang putih ambil that word jadi hobby dan dimelayukan jadi hobi. Lepas sudah selirah kerja-kerja tu, ummi snap gambar pulak nak upload nih hehe. Masa tangkap gambar, tangan ummi menggigil-gigil sebab belum minum air manis. Dah makan roti sekeping tapi belum cukup. Tekanan darah ummi selalunya rendah. Meh nengok pokok apa yang ada di laman kecil depan rumah ummi. Tak banyak, sikit je tapi Alhamdulillah..hargai apa yang kita ada :).

Lidah buaya, white rain lily, and Nampak tak ada bunga2 kecil warna biru, lupa nama bunga tu

pandan baru kena cantas semalam sbb daunnya terlalu banyak jadi tumbuhnya tak cantik. Sblhnya pkok mulberry dan bunga raya.

Ada pokok kari, liamu purut dan cili.

Dua pasu pokok bunga kertas..tak minat sgt tapi beli sbb my mom suggest hehe

kemboja cina..malu-malu nak keluar daun dan bunga

xtau nama apa? mintak dgn mak mertua ni

di satu sudut tak kena matahari

tiga beradik kembar tak seiras..baru letak Baja, tak subur

ni pun tak tahu nama apa..baru pindahkan ke pasu besar

tiga pokok ni makam tinggi sbb duduk tempat tinggi hehe



ni pun tak tahu nama apa, ayah mertua bagi, xde masa nak google nama pokok ni


Sekian terima kasih...:)

Tuesday, December 03, 2013

Kita dan hp

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Sekarang ini, manusia dengan handphone tidak dapat dipisahkan. Kita dengan hp ibarat isi dengan kuku. Tetapi pernahkah kalian rasa kurang selesa jika orang yang kita nak bersembang tu tak tengok muka kita, tapi sibuk dengan hp. Begitulah kemajuan era teknologi dunia semakin menternak manusia yang kurang beradab. Ini peringatan buat diri ummi juga sebab ummi pun serupa juga. Sebabnya, sekejap masuk sms, sekejap masuk whatsapp. Kalau ada banyak group, berlumba-lumba mesejnya masuk. Yang banyaknya, bukan benda penting mana pun. Yang lelaki, yang perempuan semakin senang berbalas-balas mesej. Bisnes, program...macam-macam. Sampaikan ada isteri mengadu yang suaminya sepanjang masa berkepit dengan hp berbalas-balas mesej dengan perempuan lain. Dan dia terfikir untuk membalas kecurangan suaminya dengan mencari pula lelaki lain. Jangan, jangan ya...curang dibalas dengan curang adalah berdosa. Kita fikir bersama dan jawab bersama, apakah yang selalu kita belek setiap hari, al-Quran kah atau handphone kita kah? Tak perlu lihat orang lain, lihat diri sendiri.

Sunday, December 01, 2013

Baby Qayyum demam

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Malam tadi Abdul Qayyum mula demam dan batuk-batuk. Dia muntah-muntah keluar kahak yang banyak. Ummi tak boleh lelapkan mata. Abdul Qayyum mungkin berjangkit dengan abang-abangnya yang demam sebelum graduation day diorang last week. Syafakallah anakku sayang.

Empat orang hero dalam hidup ummi, anugerah yang tak ternilai dari Allah


Saturday, November 30, 2013

Muhasabah diri

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ni Abdul Qayyum sakit tekak. Entah macam mana pulak baby ummi boleh kena infection ni. Sebab selalu hisap toys kah, sebab sippy cup dia kah? sebab suka hisap jari kah? atau lain-lain kah? Mudah-mudahan cepatlah baby sembuh.

Pagi tadi ummi mengepong En.Ayah untuk pergi ke nursery. En.Ayah bersetuju dan ummi pun boronglah beberapa barang kat nursery cina. Beli tanah, pasu, pokok spider lily dan pokok cili. Dulu ummi pernah beli pokok cili tapi tak lama lepas tu mati. Kata tokey nursery tu, pokok cili tak boleh terlalu banyak air dan tak boleh terlalu panas. Cerewet rupanya pokok cili ni. Emmm lepas tu ummi lupa lah pulak nak beli polibeg. Hajatnya nak semai lengkuas, halia, kunyit, biji cempedak. Tak tahu lah mahu hidup ke tidak sebab tangan ni jenis tangan panas.

Sebelum ummi menoktahkan entry ni, mari kita sama-sama muhasabah diri :) -




Thursday, November 28, 2013

Cuti sekolah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Sekarang dah cuti sekolah. Anak-anak ummi dua beradik kembar hanya menghabiskan masa di rumah. Jadual mereka, bangun pagi-mandi pagi-sarapan-baca iqra'&muqaddam-bermain-makan tengahari-bermain-mandi petang-baca iqra'&muqaddam-makan malam-bermain-baca buku-tidur malam. Anak-anak ummi jarang sangat tidur waktu siang. Target ummi dalam waktu cuti sekolah ni ialah untuk habiskan iqra' 2. Anak-anak ummi bukannya jenis rajin nak mengaji. Kena paksa baru mahu. Kalau ummi tinggikan suara sikit masa mengajar, mata cepat je basah, air mata dah meleleh kat pipi. Kalau nak main games, nak tengok tv, kita tak payah suruh. Laju je mereka. Sabor ajelah. 

Friday, November 22, 2013

Pengukus idaman

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Malam ini ummi naik boring walaupun boleh je kalau nak buat kerja-kerja rumah. Ponat, makcik nak berehat la pulak. Anak-anak ummi apa lagi, melayan cerita kartun. Abdul Qayyum pulak buat hal dia sendiri. Ummi tak minat sangat tengok tv. Sambil tu, ummi google la TRIO food steamer yang ummi bercadang nak beli.


Thursday, November 21, 2013

Minggu terakhir

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Nashrul-Amjad-Fathul


Minggu ni minggu terakhir anak-anak ummi bersekolah sebelum cuti sekolah yang panjang dan juga meninggalkan Brainy Bunch Islamic Montessori School. InsyaAllah, kalau ada rezeki kami akan cari sekolah rendah swasta berkonsepkan Montessori juga. Tapi minggu ni juga anak-anak kembar ummi dilanda demam batuk selsema. Nashrul campak sebab seluruh tubuhnya ada bintik-bintik merah. Hari isnin Nashrul pergi sekolah sorang Fathul batuk teruk. Selasa dan Rabu, kedua-dua mereka tak pergi sekolah. Dan hari ini dan esok, mereka wajib ke sekolah kerana dua hari ini sajalah masa yang ada untuk latihan concert pada malam konvokesyen mereka nanti. Alhamdulillah, hari ini mereka dah semakin sembuh cuma batuk dan selsema tu masih ada sikit-sikit. Pagi tadi, Fathul mengamuk sakan tak mahu pergi sekolah. Masa nak keluar tadi, ummi Nampak dia menangis dalam kereta. Nashrul happy je nak pergi sekolah sebab ummi cakap ada latihan menyanyi hari ni, dia excited. Macam tu lah dua orang anak kembar ummi yang tak seiras dari segi lahiriah dan batiniah hehehe...

Thank you Brainy Bunch...first school anak-anak ummi

Monday, November 18, 2013

Bahasa Ibu bapa mempengaruhi bahasa anak-anak

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Copy paste dari https://www.facebook.com/ibubapacemerlang?directed_target_id=0

Banyakkan bercakap dengan anak-anak untuk membantunya dalam perkembangan bahasa. Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat.



Konvokesyen UIA

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Alhamdulillah adik ummi dah konvo semalam. Letih betul, hari ni masih tak hilang letihnya. Bawa tiga anak termasuk seorang baby pergi ke tempat ramai orang, parking jauh, jalan kaki ke dewan konvokesyen. Mujur juga bawa stroller, save tenaga kat situ. Alhamdulillah juga anak kembar ummi dah kurang buas.






Friday, November 08, 2013

Cuti sekolah dah tak lama dah..

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Alhamdulillah, kita bertemu sekali lagi dengan Jumaat yang mulia. Tinggal seminggu lagi persekolahan anak-anak. Selepas itu cuti panjang. Ummi pun macam ibu-ibu lain juga berfikir apakah aktiviti yang akan dijalankan sepanjang musim cuti sekolah nanti. Anak-anak ummi, kalau mereka takde kerja, puas-puas main mereka bergaduh. Bingit rasa telinga. Kalau boleh kita nak lah masa lapang mereka dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Bukannya makan tido makan tido saja kan. Kalau terperap dalam rumah pun bosan juga mereka. Kalau bawa pergi shopping mall tu ummi dah muak sangat-sangat. Cabaran yang akan ummi tempuhi biasalah dua perkara, MASA dan TENAGA. Tenaga tu termasuk jugalah kesihatan.  Ya Allah, semoga Allah permudahkan segalanya urusan ummi mendidik anak-anak amen.

Wednesday, November 06, 2013

Jangan tipu anak kita

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Selamat menyambut tahun baru Hijri buat pembaca. Ummi cuma nk kongsikan sedikit yang juga sempat baca sedikit (hehe) buku yang sudah lama en.ayah belikan untuk ummi. Buku ini sangat best pada ummi. Harganya RM23 sahaja. Ummi harap sudikan click pada gambar and baca ya :). Ummi tak boleh nak taip panjang sebab sebelah tangan lagi ummi pegang baby Qayyum. Kesimpulannya, kita jangan cakap menipu dengan anak kalau kita tak mahu anak cakap menipu dengan kita  :).  Semoga bermanfaat.




Sunday, November 03, 2013

Hari minggu yang bosan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

En Ayah dah kuar pagi2 tak sempat sarapan. Ummi buat sarapan meehoon je pagi ni. Gambar anak-anak ummi layanzzzz..

bakal imam mude semua nih insyaAllah

breakfast dulu sepukul...

kesayangan semua...baby qayyum






Friday, November 01, 2013

Qayyum's daily routine

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Qayyum bangun pagi


Qayyum hippo berendam- mandi pagi


 Qayyum main sorang-sorang


Hai...saya dah encem..


media time

saya lapar sangat-baru lepas poo poo

nap time :P

Alhamdulillah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Alhamdulillah hari ni ummi tak perlu ambil twins di sekolah...jimat tenaga. En. Ayah balik tengahari ambil anak-anak di sekolah dan solat Jumaat di Masjid Nilai. Juadah tengahari kami bertemakan masakan kampong selera pantai timur :).





Saturday, October 26, 2013

Baby mula makan pada usia 6 bulan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

En.Ayah ke Perak, twins menonton animasi Monster University, baby tido, juadah untuk dinner sudah ada, jadi ummi pun blogging!! Alhamdulillah atas nikmat masa yang ada. Baby Qayyum sudah berusia 6 bulan lebih dan sudah mula makan. Ummi sudah rebus epal untuk buat puri epal. Tunggu sejuk sedikit sebelum diblend. Untuk sebulan ini, Qayyum hanya menikmati puri sahaja. Susu ibu masih lagi menjadi makanan utama qayyum. Satu hidangan lebih kurang 2-3 sudu teh sahaja. Cukup untuk perut baby yang kecil.

sumber: mr.google


Friday, October 25, 2013

Semoga syurga buatmu....

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Semalam hujan hari ni pun hujan...sejukkkkk rasa. Alhamdulillah, pokok-pokok kat depan tu tak payah siram. Alhamdulillah, syukur pada Allah, adik bongsu ummi dapat kerja di Kelantan. Boleh lah adik menjaga ibu yang semakin dimamah usia di kampung. Ibu ummi mesti sangat gembira mendapat khabar berita ini. Baru-baru ini ibu ummi menerima satu anugerah iaitu tokoh ibu keluarga mawaddah kategori delima sempena Hari Keluarga Mawaddah DUN Kelaboran anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan & Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan.
Terima kasihlah kepada pihak berkenaan yang memberikan anugerah tersebut. Sebenarnya, ramai lagi anak-anak orang lain yang lebih berjaya. Tapi mungkin ibu ummi terpilih sebab ibu ummi ialah ibu tunggal. Ibu ummi kehilangan suami, ayah ummi semasa berusia 40 tahun. Semasa ayah ummi meninggal dunia, ibu merupakan suri rumah. Bayangkan kesusahan ibu membesarkan, menjaga, menyekolahkan 8 orang anak berseorangan tanpa suami di sisi. Semoga syurga buatmu ibu....ameen.

Ibu bersama penerima2 yg lain
Dari kiri: adik ummi yg pertama, YB Zaki, adik ummi yg bongsu, ibu ummi

Ibu menerima anugerah dari YB Zaki, tahniah ibuku..! Jasamu tak dpt aku balas sampai bila2. Maafkan anakmu kerana tidak dapat tunaikan impianmu..smg Allah menganugerahkan ibu syurga ameen



Friday, October 18, 2013

Pencinta subuh

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Cepatnya masa berlalu...hari ni dah hari Jumaat. Al yaumul jumuuah. Ummi mencuri masa ni untuk update blog. Sibuk sangat maklumlah anak dah ramai. Anak tiga orang pun nak kecoh, mak jemah tak heran kan kan kan. Orang lain anak 6, 7, 8 okeh. Oh, ummi tak dapat bayangkan kalau ummi ada anak sampai 8. Agaknya rambut ummi jadi macam Albert Einstein.

"lu pikirlah sendiri"...kata pakcik albot...


Ummi nak kongsikan ilmu yang ummi dapat dalam tanyalah ustaz tv9 pagi tadi. Tak banyak, sikit je. Tajuk tadi Pencinta Subuh. Kata ustaz, orang yang istiqamah solat sunat Fajar atau qobliyah subuh insyaAllah orang tu akan betul-betul istiqamah. Bagi lelaki, eloklah solat di rumah Allah terutamanya pada hari Jumaat. Kalau suami malas pergi solat kat surau/masjid...ambik batang penyapu then kejar...hahaha (ini ada seorang hamba Allah bagitau ummi dulu :) ). Jangan buat gitu yer dek non, nati jadi isteri derhaka.  Lepas tu ustaz kata, amalkan doa dalam surah ALi Imran ayat 192-194  dan ayat 190 hingga habis ayat 200 elok sangat untuk dihayati makna terjemahannya.


“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Sesiapa yang Engkau (Allah) masukkan ke dalam neraka, sesungguhnya Engkau (Allah) telah hinakan dia, dan tidak ada bagi orang zalim itu seorang penolong.”

“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman (iaitu seruan): ‘Berimanlah kamu kepada Rab (Tuhan) kamu’, maka kami (langsung) beriman. Rabbana (wahai Tuhan kami)! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami dan masukkan kami bersama ‘abrar’ (orang yang berbakti).”

“Rabbana (wahai Tuhan kami)! Kurniakanlah kepada kami apa yang Engkau (Allah) telah janjikan kepada kami melalui para rasul Engkau (Allah), dan janganlah Engkau (Allah) hinakan kami pada hari kiamat, sesungguhnya Engkau (Allah) tidak menyalahi janji.”
(ALi-Imran:192-194)

Monday, September 30, 2013

Aktiviti anak2

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Weekend lepas kami pergi ke ekspo keusahawanan USIM. Dekattttt je. Sebelah rumah kami je. Pagi ahad twins masuk colouring contest. Lepas mewarna terus balik sebab sian kat Qayyum kepanasan. Lagipun yakin twins takkan menang punyer haha. Layan gambar je lah..



syok sangat sampai kaki terangkat...


tudung hitam, muka pun bantai hitam gak..alahai..

Abang dah siap..along teruskan ya..


kepoh...