Tuesday, December 17, 2013

Demam denggi

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Sekarang ni musim demam denggi agaknya. Ramai pulak yang ummi dengar kenalan yang masuk wad kerana denggi. Salah seorangnya ialah suami kawan ummi. Kawan ummi ni suami isteri satu sekolah menengah dengan ummi di MRSM Kuala Terengganu dulu. Sekarang ni, si suami berada di ICU Hospital Selayang sedang di dialisis dan masih tidak sedarkan diri. Sahabat sekalian sekiranya kalian membaca apa yang ummi tulis ni, minta kalian doakanlah suami kawan ummi tu yer semoga beliau cepat sembuh. Yang ummi tahu, kalau kita kena denggi antara yang boleh kita makan untuk lawan virus denggi ialah sup ketam, daun betik, buah kiwi, garlic dan minum air isotonik like 100 plus utk stabilkan cecair dlm badan. Tapi kalau dah teruk mcm suami kawan ummi ni, mmg masuk apa pun dia muntah balik. Kalau demam tu cepat2 pergi hospital yer.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.