۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Dua tiga hari lepas, ummi buat survey untuk sekolah abang dan along tahun depan. Yang belum pergi survey ialah tadika PASTI dekat rumah. Ada satu tu sekolah Pra-Tahfiz, berminat juga dengan sekolah ni. Pening juga nak cari sekolah tadika untuk anak. Tadika je pon tapi biasala sebagai ibubapa, nak cari yang islamik, yang elok, yang sesuai dengan anak. Sekarang dah nak masuk bulan 9, bulan 12 dah kena daftar sekolah baru. En. AYah kena kumpul duit dah dari sekarang. Sekolah tadika pun, pendaftaran untuk seorang anak saja dah seribu lebih, kalau dua orang anak, campurlah seribu lagi. Untuk pendidikan, tak kisah kan untuk anak pandai, insyaAllah pelaburan dunia akhirat.
Friday, August 30, 2013
Wednesday, August 28, 2013
Qayyum 4 bulan
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Hari ni Qayyum 4 bulan 13 hari. Baru 4 bulan tapi rasa dah lama. Qayyum dah makin ligat. Kalau makan sambil riba Qayyum, ummi kena hati2 sebab Qayyum akan tarik pinggan atau sambar makanan dalam pinggan. Qayyum belum boleh mengengsot ke depan tapi boleh undur ke belakang dan berputar badan. Qayyum belum makan lagi insyaAllah nanti Qayyum 6 bulan baru ummi akan start bagi makan.

haaa..dapat abang n abg long punya |
apa lagi..nak masuk mulut..nyum2x.. |
abang Nashrul selalu nak enterframe.. |
Thursday, August 22, 2013
8 tahun dah..
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Hari ini, genap 8 tahun usia perkahwinan kami suami isteri. Semoga Allah memberkati rumahtangga yang dibina hingga ke akhir hayat aminnn. Kami tak pernah celebrate pun anniversary kami. Hanya ingatan dan kenangan.

Wednesday, August 21, 2013
Aqiqah Disembelih Pada Hari ke 7
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Aqiqah ialah hak anak. Seperti hak anak untuk menyusu susu ibu selama 2 tahun. Semoga kami cepat2 dapat tunaikan hak ketiga-tiga putera kami ya Allah. Ramai daripada kita tak berapa ambil kisah untuk mengikut sunnah nabi. Nama saja ummat Nabi Muhammad. Antara sunnah lain selain aqiqah hari ke 7 selepas kelahiran ialah memberikan nama, berkhitan dan mencukur rambut bayi.
Tuesday, August 20, 2013
Cabut gigi
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Alhamdulillah, semalam 2 batang gigi susu Fathul yang dah goyang selamat dicabut. Gigi susu tu kat depan bawah. Gigi kekal dah tumbuh belakang gigi susu tu. Pelik plak tgk gigi kekal tu tumbuh kat belakang tak tersusun sebaris dengan gigi susu lain. Encik ayah kata Fathul cool je masa cabut gigi. Bagus, anak ummi berani.

Sunday, August 18, 2013
Nashrul's Handwriting
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Abang Nashrul 5 tahun makin rajin menulis, janji dia tak diberi main game. Saya sorok laptop. Kalau dia dapat main game, dia tak kenal buku, tak kenal pensel. Orang Kelantan kata "panggil tok dengar" kalau dapat main game. Itu belum dapat ipad lagi. Itulah cabaran menjadi ibubapa di zaman IT.

ABC tunggang terbalik |
1-10 |
Alif Ba Ta..huhu |
Abang paling suka menulis nombor |
Saturday, August 17, 2013
Petua
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Petua hati bahagia, "give more expect less". Jangan terbalik "give less, expect more".

~Hari ni~
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Dua tiga hari ni moody. Malas nak pergi mana-mana. Berangan hanya mahu duduk di rumah, kemas rumah bersih2, hias rumah cantik2 bagi selesa dan layan baby Qayyum yang susah nak tido. Tapi impian tidak selalunya menjadi kenyataan. Baby Qayyum susah nak tido sekarang, nak berdukung je. Amboi baby, berat tu dah 7.8 kg, ummi tak larat ok nak dukung selalu. Bila dah susah macam tu, macam2 la usaha nak tidokan dia. Bagi pacifier, letak dalam rocking chair...ummi tak kisah dah..janji Qayyum tido!!
Pagi ni En. ayah ke Shah Alam, bawa sekali abang dan along. En. ayah ajak ikut sekali tapi ummi tak nak. Nak rest. Petang ni pula kakak ipar ajak beraya rumah dia, ada jamuan raya. Kalau ikutkan hati, mmg taknak pergi, letih nak mengusung Qayyum ni. Tapi sebab kesiankan along dan abang nak pergi rumah Amjad,..ummi gagahkan diri. Along dan abang boring kalau tak keluar berjalan.

Monday, August 12, 2013
Coret2 hari raya 2013
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Salam Aidilfitri. Saya dah berada di rumah sendiri di Nilai. Saya pulang ke rumah mertua di Bukit Kapar pada hari Jumaat petang, 2 Ogos. Jalan jem teruk di highway mgkin sbb sekolah dah mula bercuti. Pada pagi Ahad, 4 Ogos saya bertolak ke kampong halaman saya di Tumpat, Kelantan. Masuk Bentong jalan tak jem. Masuk Raub tak jem juga. Jalan clear sampai ke Kuala Krai. Saya sangka akan jem di situ. Tapi tak jem juga. Selepas Ketereh, saya masuk ke laluan alternative ke Pasir Mas, tak masuk Bandar Kota Bharu. Laluan alternative akan lalu ikut jambatan Ibrahim Ali, Bunut Susu, Kg Delima, Chabang Empat tok mek ngah, Bendang Kerian, Berangan dan akhir sekali kampong saya, Kg.Air Dingin. Sampai betul2 dekat waktu berbuka. Alhamdulillah. Faktor cuti sekolah yg panjang sebelum hari raya mgkin sebab jalan tak berapa jem. Orang ramai boleh merancang perjalanan. Hari Isnin, pergi ke Pengkalan Kubor. Cuci mata saja. Hari Selasa 6 Ogos, pergi ke Kg Bukit Sireh, Kuala Krai ziarah biras, Raja @ Hidayah yang bersalin pada 31 Julai. Anaknya baby girl diberi nama Sofiyyah. Esoknya, ziarah pula teman di Kg.Kelaboran yang dapat anak kelima. Anaknya Irfan lahir selepas 4 hari Abdul Qayyum dilahirkan. 8 Ogos, solat hari raya dengan Qayyum je kat rumah. En. Ayah dan Fathul solat raya di surau. Nashrul bangun lambat sebab demam. Sepagi sampai tengahari kerja makan2 je di rumah ibu dan nenek. Petang, ajak suami pergi beraya, dia pulak yg tak sihat. Malam saya bersama anak2 dan keluarga abang dan adik2 pegi beraya di rumah bapa saudara di Kg.Tikat,KB. En.ayah demam. Pagi esoknya, hari raya ke dua, 9 Ogos, kemas-kemas barang dah nak balik semula ke rumah mertua. Selepas makan pagi, pukul 11 pagi lebih kurang, bertolak balik. Sampai di Kuala Krai, perut mula memulas2 sakit. Nasib lah raya tahun ni saya kena cirit birit teruk. Sepanjang jalan saya terseksa untuk sampai ke rumah mertua pada pukul 10 malam. Langsung tak berselera makan. Sampai ke hari ini perut masih tak ok. Selama 6 hari rezeki saya balik ke Kelantan. Mintak bonus dengan suami sehari lagi, tapi permohonan ditolak. 10 Ogos, Sabtu. pulang ke Sekinchan kampong suami. Tak banyak rumah kami pergi, suami tak berapa sihat. Perut saya juga memulas2. 11 Ogos hari Ahad, pergi beraya di rumah nenek, ibu acik Nizam. Selepas tu, kami pulang ke rumah di Nilai, tinggal ank yg kembar sampai hari Khamis ni insyaAllah.

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)