Monday, August 12, 2013

Coret2 hari raya 2013

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Salam Aidilfitri. Saya dah berada di rumah sendiri di Nilai. Saya pulang ke rumah mertua di Bukit Kapar pada hari Jumaat petang, 2 Ogos. Jalan jem teruk di highway mgkin sbb sekolah dah mula bercuti. Pada pagi Ahad, 4 Ogos saya bertolak ke kampong halaman saya di Tumpat, Kelantan. Masuk Bentong jalan tak jem. Masuk Raub tak jem juga. Jalan clear sampai ke Kuala Krai. Saya sangka akan jem di situ. Tapi tak jem juga. Selepas Ketereh, saya masuk ke laluan alternative ke Pasir Mas, tak masuk Bandar Kota Bharu. Laluan alternative akan lalu ikut jambatan Ibrahim Ali, Bunut Susu, Kg Delima, Chabang Empat tok mek ngah, Bendang Kerian, Berangan dan akhir sekali kampong saya, Kg.Air Dingin. Sampai betul2 dekat waktu berbuka. Alhamdulillah. Faktor cuti sekolah yg panjang sebelum hari raya mgkin sebab jalan tak berapa jem. Orang ramai boleh merancang perjalanan.  Hari Isnin, pergi ke Pengkalan Kubor. Cuci mata saja. Hari Selasa 6 Ogos, pergi ke Kg Bukit Sireh, Kuala Krai ziarah biras, Raja @ Hidayah yang bersalin pada 31 Julai. Anaknya baby girl diberi nama Sofiyyah. Esoknya, ziarah pula teman di Kg.Kelaboran yang dapat anak kelima. Anaknya Irfan lahir selepas 4 hari Abdul Qayyum dilahirkan. 8 Ogos, solat hari raya dengan Qayyum je kat rumah. En. Ayah dan Fathul solat raya di surau. Nashrul bangun lambat sebab demam. Sepagi sampai tengahari kerja makan2 je di rumah ibu dan nenek. Petang, ajak suami pergi beraya, dia pulak yg tak sihat. Malam saya bersama anak2 dan keluarga abang dan adik2 pegi beraya di rumah bapa saudara di Kg.Tikat,KB. En.ayah demam. Pagi esoknya, hari raya ke dua, 9 Ogos, kemas-kemas barang dah nak balik semula ke rumah mertua. Selepas makan pagi, pukul 11 pagi lebih kurang, bertolak balik. Sampai di Kuala Krai, perut mula memulas2 sakit. Nasib lah raya tahun ni saya kena cirit birit teruk. Sepanjang jalan saya terseksa untuk sampai ke rumah mertua pada pukul 10 malam. Langsung tak berselera makan. Sampai ke hari ini perut masih tak ok. Selama 6 hari rezeki saya balik ke Kelantan. Mintak bonus dengan suami sehari lagi, tapi permohonan ditolak. 10 Ogos, Sabtu. pulang ke Sekinchan kampong suami. Tak banyak rumah kami pergi, suami tak berapa sihat. Perut saya juga memulas2. 11 Ogos hari Ahad, pergi beraya di rumah nenek, ibu acik Nizam. Selepas tu, kami pulang ke rumah di Nilai, tinggal ank yg kembar sampai hari Khamis ni insyaAllah.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.