Friday, September 13, 2013

Salam Jumaat

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Salam Jumaat. Sekarang ni, kepala rasa tersumbat. Nak relax sekejap dari membuat kerja-kerja rumah dan dari berfikir anak-anak nak makan apa balik sekolah nnt. Dalam peti sejuk, lauk sudah habis. Don't worry be happy. Pada pagi Jumaat yang berbahgia ini, eloklah bermuhasabah apakah diri ini sudah menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Apakah tanggungjawab telah kita lakukan dengan baik? mustahilkah kalau ingin menjadi yang sempurna? ideal? sukar...kita manusia biasa terlalu banyak kelemahan. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita kerana kelemahan kita itu. Lately, ummi selalu marah abang dan along. Kalau tak marah, abang dan along buat tak dengar je apa yang ummi cakap. Entah, tak reti kalau tak marah. Ada ke dalam dunia ni ibu yang tak pernah marahkan anak dia? Dalam tanyalah ustaz tv9, ustaz kata...kalau kita rasa nak marah, jangan marah. Istighfar banyak2. Bila kita dah rasa tak marah, barulah kita marah. Orang yang beristighfar tidak mampu untuk marah. Marah itu boleh melahirkan sifat penakut dalam diri anak-anak lalu menyebabkan anak-anak bercakap bohong. Marah menternak manusia pembohong. Anak bercakap bohong sebab takutkan ibubapa yang pemarah, isteri brcakap bohong kerana takutkan suami yang panas baran, ibubapa juga boleh brcakap bohong dengan anak dia kerana anak yang kuat marah. Haaa..so hati2. Pesan Prof.Muhaya, anak2 takkan buat apa yang kita suruh, tapi dia akan buat apa yang kita buat. Hati-hati dengan tindak tanduk kita, percakapan kita..anak akan copy paste. Peribadi anak mencerminkan peribadi orang tuanya. Aiseh!

Dua hari lepas, Fathul bawa balik kerja sekolah dia. Kali ni dia buat kerja sekolah. Yang lepas-lepas kerja sekolah tu kosong saja Fathul tak buat. Lega sikit hati ummi tengok Fathul boleh menulis dan mengeja. Kalau kat rumah, dia conteng saja. Dia kata dia tak pandai. Kalau suruh membaca iqra', dia akan merapu. Memang dia takkan baca dengan betul. Kalau nak dengar dia baca elok, depan cikgu yang mengajar. Ummi pun pelik dengan sikap Fathul ni. Kadang2 perangai dia gila2 sikit. Suka melawak macam ayah dia kot. Kalau mengamuk pun boleh jadi jugak Fathul ni..hurmm pening. Esok insyaAllah kalau jadi Fathul ada minor operation hernia. Tapi kalau dia batuk dan selsema, operation kena postpone. Operation ni sekejap saja, setengah jam kata nurse. Balik hari. Semoga lepas operate, Fathul makin sihat. Opss, baby Qayyum sudah bangun, ummi kena stop dulu. Bye.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.