Monday, April 28, 2014

Sakit gusi

Malam tadi fathul mula sakit gusi. Ada gigi geraham yang nk tumbuh. Dia bangun menangis beberapa kali sebab sakit. Pagi ni Nashrul pergi sekolah sorang. Fathul berehat di rumah. Dia sangat mengantuk dan tidak ada selera makan dan minum. Petang ni insyaAllah ummi akan bawa ke klinik gigi kalau keadaan melarat. Cumanya ummi berfikir kalau gigi nak tumbuh, rawatannya macam mana? Ubat tahan sakit? Paracetamol syrup dah ada. Perlu ke tidak pergi klinik?

Sabtu lepas, tadika anak ummi ada progress report day. Ummi jumpa dengan guru kelas Nashrul dan Fathul. Kelas mereka berasingan. Teacher mereka kata, dalam kelas anak2 ummi ni sukar duduk diam. Fokus mereka hanya sekejap dan mudah bosan. Tapi ummi rasa fathul lebih banyak fokus berbanding nashrul. Sikap pun berbeza. Secara purata Fathul dapat G iaitu good progress dan Nashrul purata dapat S iaitu satisfactory. Teacher kata Nashrul dan Fathul suka subjek matematik. Yang pelik nya kat rumah Kalau ummi nak ajar subjek matematik, fathul langsung tak minat.  Ummi harap Nashrul dan Fathul terus rajin belajar sehingga dapat membaca, mengira dan mengaji al Quran dengan lancar.  Alhamdulillah ummi rasa puas hati anak ummi belajar kat sini tadika yang menggunakan program The Little Caliph. Tak lama lagi little caliph menganjurkan seminar keibubapaan  bulan depan. Terbuka kpd semua ibubapa.

Friday, April 25, 2014

Kita adalah penyeru

Hari ini smartphone ummi mula menimbulkan bibit-bibit tidak enak. Begitulah nasib handphone ummi apabila turut diguna pakai oleh tiga anak yang lain. Tidak diberi terasa kejam pula. Hehehe. Yang paling terror bermain hp ummi adalah tidak lain dan tidak bukan iaitulah Nashrul. Kembar abang. Ummi harap jangka hayat hp ni masih panjang dan mampu berkhidmat sehingga ke tahun depan.

Tinggal cerita pasal hp. Ummi rasa dah lama tidak berkongsi ilmu yg bermanfaat. Busy huhuhu. Itulah, mungkin juga sibuk itu hanyalah sekadar alasan. Ya Allah, semoga aku istiqamah dan tidak berpaling dari hidayah yg telah Engkau campakkan ke hati ini.

Okey, mungkin ada sedikittttttt saja perkongsian yang boleh diberi. Siang tadi ummi dengar pengisian ustazah Isfadiah dalam tv Al-Hijrah. Kata ustazah, didik anak kita untuk memberi sesuatu dalam masyarakat. Ini tajuk untuk anak dalam usia 21-25 thun. Kakaka, walaupun anak2 ummi masih kecil tapi berguna untuk masa depan itupun kalau umur panjang la. Memberi sesuatu tu seperti mengajar tuisyen, mengajar menjahit, memasak dll mengikut kepandaian masing2. Pepatah arab ada mengatakan:

"فاقد الشيئ لا يعطيه" 
Maksudnya, "Orang yang tidak memiliki apa-apa tidak akan boleh memberi apa-apa."

Jadi ibu-ibu mari kita bekalkan anak2 yg masih kecil ini dengan pelbagai kemahiran supaya bila mereka besar nanti mereka boleh berbakti kepada masyarakat :-). Sebagai ibubapa, anak2 juga adalah mad'u kita. Self reminder  sebab ummi selalu hilang sabar :-(. Tidak kira siapa kita, posisi apa, jawatan apa..kita ada penyeru. Nahnu du'at qabla kulli syai'in - Kita adalah pendakwah sebelum menjadi apapun.


Sunday, April 20, 2014

Masak utk my little hero

Ummi mmg blur nk masak untuk qayyum. Si comel ni tak mahu makan lauk pulak dah. Twins dulu ummi suap apa saja dorang makan je. Qayyum ni pandai2 je reject. Haip..geram. Buah...sayur semua reject. Berat lagu nih!!!!!

Saturday, April 05, 2014

Baking cupcakes

Hari ni encik ayah pegi service kereta. Tengahari kitaorang dah lapar.  Nashrul mintak suruh buat cupcake. Ummi pun buat la zap zap...zassss siap. Twins yang sudukan adunan cupcakes ke dalam acuan n tabur kismis. Siapa kata anak lelaki tak boleh tolong ibu kat dapur kan? Hehe. Dorang ni dah biasa buat kerja2 craft kat sekolah. So xde masalah nk tolong buat kerja dapur yg mudah2 :-). Alhamdulillah cupcakes ni sungguh gebus dan sangat sedap!

Thursday, April 03, 2014

Milk booster : The Mother's Secret

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Lama dah ummi tak buka lappy. Berabuk dah lappy ummi. Guna internet dalam hp je.
Okeh dah mengantuk sangat tapi sebelum tu ummi nak iklan kan bisnes ummi ni. Bisnes menyelit di celah-celah kesibukan ummi as a  fulltime mother and wife :-). Produk yang ummi jual ni ialah milk booster yang bertindak dengan merangsang penghasilan susu ibu. The Mother's Secret nama produknya.  Sekarang ni bukan secret lagi haha. insyaAllah boleh membantu ibu-ibu di luar sana yang ingin berusaha untuk menyusukan anak sehingga usia mereka genap 2 tahun. Jika ingin bertanyakan dengan lebih lanjut tentang produk TMS ini sila whatsapp ummi 013-2241412 (Nanie). Wassap laju2 hokey!!!