Monday, April 28, 2014

Sakit gusi

Malam tadi fathul mula sakit gusi. Ada gigi geraham yang nk tumbuh. Dia bangun menangis beberapa kali sebab sakit. Pagi ni Nashrul pergi sekolah sorang. Fathul berehat di rumah. Dia sangat mengantuk dan tidak ada selera makan dan minum. Petang ni insyaAllah ummi akan bawa ke klinik gigi kalau keadaan melarat. Cumanya ummi berfikir kalau gigi nak tumbuh, rawatannya macam mana? Ubat tahan sakit? Paracetamol syrup dah ada. Perlu ke tidak pergi klinik?

Sabtu lepas, tadika anak ummi ada progress report day. Ummi jumpa dengan guru kelas Nashrul dan Fathul. Kelas mereka berasingan. Teacher mereka kata, dalam kelas anak2 ummi ni sukar duduk diam. Fokus mereka hanya sekejap dan mudah bosan. Tapi ummi rasa fathul lebih banyak fokus berbanding nashrul. Sikap pun berbeza. Secara purata Fathul dapat G iaitu good progress dan Nashrul purata dapat S iaitu satisfactory. Teacher kata Nashrul dan Fathul suka subjek matematik. Yang pelik nya kat rumah Kalau ummi nak ajar subjek matematik, fathul langsung tak minat.  Ummi harap Nashrul dan Fathul terus rajin belajar sehingga dapat membaca, mengira dan mengaji al Quran dengan lancar.  Alhamdulillah ummi rasa puas hati anak ummi belajar kat sini tadika yang menggunakan program The Little Caliph. Tak lama lagi little caliph menganjurkan seminar keibubapaan  bulan depan. Terbuka kpd semua ibubapa.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.