Mode: letih. Apapun syukur kami selamat pergi dan pulang. Biar saja gambar berbicara :-).
Tuesday, May 27, 2014
Sunday, May 18, 2014
Annual sports day
17 Mei hari Sabtu lalu adalah hari sukan sekolah anak ummi. Nashrul pasukan biru dan Fathul pasukan hijau. Seronok tengok anak2 ummi main sukan. Mula2 sukan buat di tapak perhimpunan Sekolah Menengah Desa Chempaka tapi beralih ke kantin sekolah lepas hujan. Ummi pun tak tahu dorang ni menang ke tidak sebab ummi dukung Qayyum, qayyum merengek je. Sebelum penyampaian hadiah kami dah balik rumah sebab Fathul sakit perut nak gi toilet. Walau apa pun tak kisah menang atau tidak yg penting anak2 ummi dpt involved dengan baik dan mengutip pengalaman yg berguna :-).
Friday, May 16, 2014
Selamat hari guru
Hari ni hari guru. Pagi ni kalut ribut ummi sediakan karipap dan agar2 untuk potluck party anak2 di sekolah. Nashrul dan Fathul sangat gembira kerana hari ni ada jamuan makan2 kat tadika. Hari ni mereka pakai baju melayu. Baju melayu Nashrul masih ngam2 padan. Baju melayu Fathul ketat zulumat..hahaha. Ummi suruh dia pakai seluar trek tapi dia berkeras nak pakai seluar ketat tu jugak. Silap haribulan terkoyak di sekolah. Hadiah untuk teacher masing2 dah beli petang semalam. Malam tadi buat kad ucapan. Sampai di sekolah pagi tadi, tak menyempat twins terus cari teacher kelas mereka iaitu teacher Aisyah dan teacher Wani untuk bagi hadiah dan kad. Terima kasih teachers kerana telah mendidik anak2 ummi :-).
Monday, May 12, 2014
Sepandai2 tikus melompat
Pagi ni ummi dengar bunyi sesuatu dekat mesin basuh. Buka pintu belakang tengok si tikus yang suka masuk dapur dah masuk perangkap. Hah dah kena! En ayah kata nak bagi tikus tu makan racun.
Pagi tadi tepat waktu subuh qayyum bangun buang air besar. Sakit perut. Lepas tu sambung tido semula. Bangun tido cirit lagi. Lepas siap mandi semua, pergi klinik suntik vaksin terakhir pneumococcal. Ummi bagi tau doktor, nak tunda inject mmr vaccine coz qayyum eczema. Doktor kata mmr takde kaitan dengan eczema. Jangan lambat2 sangat tunda. Ermmm. Masa nurse panggil masuk bilik doktor, qayyum sekali lagi..prooottttt...cirit. Adoi, terus bocor. Mujur bawa diaper tapi tak bawa seluar. So tak pakai la seluar haha :-).
Friday, May 09, 2014
Bertemu Jumaat
Alhamdulillah hari ini dapat bertemu hari Jumaat lg. Pagi ini Nashrul bangun pagi menangis cakap dia demam tak nak pergi sekolah. Ummi pegang badan dia tak panas. Auta je ni. Memang naik angin ummi pagi2 jumaat ni. Malam tadi en.ayah beli cd kartun baru. Ummi agak Nashrul nak tengok cd baru tu. Fathul pun pandai juga. Dua hari lepas dia bangun pagi cakap tak nak pegi sekolah sebab kaki dia sakit. Ummi pun tengok kat kaki dia. Ada la luka sikit je. Melompat bukan main. Dah siap mandi letak ubat dan plaster dia setuju nak pergi sekolah. Macam2 gelagat anak2 ni. Kadang2 tu, mereka berdua bangun pagi berlawan batuk. Bagi hint tak sihat la tu.
Pagi ni anak2 bersarapan roti dan air teh susu sebelum ke sekolah. Mereka berdua ni kalau makan roti tebuk yang kat tengah aje. Bingkai roti tak makan. Alhamdulillah, pagi ni en.ayah yang hantar anak2. So ummi boleh blogging and tak perlu kacau Qayyum tido. Abdul Qayyum masih lena dibuai mimpi..