Friday, May 16, 2014

Selamat hari guru

Hari ni hari guru. Pagi ni kalut ribut ummi sediakan karipap dan agar2 untuk potluck party anak2 di sekolah. Nashrul dan Fathul sangat gembira kerana hari ni ada jamuan makan2 kat tadika. Hari ni mereka pakai baju melayu. Baju melayu Nashrul masih ngam2 padan. Baju melayu Fathul ketat zulumat..hahaha. Ummi suruh dia pakai seluar trek tapi dia berkeras nak pakai seluar ketat tu jugak. Silap haribulan terkoyak di sekolah. Hadiah untuk teacher masing2 dah beli petang semalam. Malam tadi buat kad ucapan. Sampai di sekolah pagi tadi, tak menyempat twins terus cari teacher kelas mereka iaitu teacher Aisyah dan teacher Wani untuk bagi hadiah dan kad. Terima kasih teachers kerana telah mendidik anak2 ummi :-).

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.