Pagi ni berita persekolahan ditangguhkn ke 12hb Jan tersebar. Mungkin ada hikmahnya. :-). Dengan harapan masa tu semua banjir sudah surut dan semua golongan masyarakat turun padang bergotong royong membantu membersihkan kawasan yang kena banjir. Sekolah juga perlu dibersihkan dan dikemaskan setelah beberapa hari menjadi penginapan sementara mangsa banjir.
Monday, December 29, 2014
Sunday, December 28, 2014
Cari barang2 baby
Pagi ni buka stor cari barang2 baby yg lama2 termasuk baju, kain lampin, barut dan sebagainya. Tinggal lebih kurang 5 minggu lagi. Kalau baby nak keluar awal mungkin 2-3 minggu lagi. Tapi tak nak keluar awal sangat. Hehe. Along dan abang baru nak sekolah. Mereka baru nak adapt dgn suasana baru di sekolah.
Tuesday, December 23, 2014
Banjir di Kelantan
Semalam sepupu ummi cakap air naik cepat di rumah pak long ummi di Gua Musang. Banjir besar di sebelah hulu. Biasanya kalau air besar di hulu akan turun ke sebelah hilir pulak..di Kota Bharu. Pak long dan mak long telah dipindahkn ke sekolah untuk sementara. Rumah mereka sudah tenggelam sejak petang semalam. Khabarnya hari ni air makin naik lagi. Jenuh la nak basuh rumah lepas ni dan dengar citer makanan kat supermarket pun habis. Kesiannya kat mangsa banjir :-(.
Monday, December 22, 2014
Aktiviti musim cuti sekolah
Sepanjang cuti sekolah ni anak2 ummi memang malas kalau ummi ajak belajar membaca. Sama jugak kalau nak baca muqaddam. Cukup malas. Sepanjang cuti sekolah ni aktiviti mereka kat rumah ialah melukis. Kami xde belikan anak2 tablet. Jadi dorang kena kreatif la nak main apa. Hehe. En. Ayah belikan kertas A4 kat tesco untuk dorang melukis. Mereka lukis xde benda lain. Lukis robot dan pelbagai jenis karakter kartun. Kemudian mereka gunting, warna dan main2 dengan hasil yg mereka buat. Ummi sediakan bakul untuk anak2 buang cebisan kertas yg dah digunting. Ada yg selamat masuk ke dalam bakul. Cebisan kertas yg 'tak selamat' masuk dlm bakul memenuhi segenap ruang di ruang tamu. Putih dengan kertas2 dan bersepah2...hahaha..
Sunday, December 21, 2014
Keletihan
Hari ni ummi mengantuk sepanjang hari. Rasa nak tido je memanjang. Buat kerja sikit tapi lenguh pinggang memanjang. Rasa dah tak larat betul. Rasa nak cepat2 bersalin. Sabar..sabar. Bila dah bersalin nanti anak bertambah maka kerja pun bertambah..letih jugak. Jadi kerja dan letih tak pernah habis. Petang tadi sempat ke nilai 3 pegi cari langsir. Ya Allah memang tak larat betul tapi langsir tu keperluan. Kali ni ummi dah tak boleh nak fikir. Kalu larat memang masuk banyak2 kedai survey. Tapi memang surrender la dan redha jer huhu. Kain pun main pilih jer. Otak pun dah tak boleh fikir. Janji settle. Harap2 ni la last upah jahit langsir. Pasni bila ank2 dah besar boleh belajar jahit langsir sendiri. Hahaha berangan je lebih. InsyaAllah mesti ada angan2 mat jenin. Niat mesti ada :-). Ok settle bab langsir pasni nak siapkan barang2 sambut baby pulak. Adui bila ni ummi nak buka stor cari barang2 baby yang masih boleh guna. Lampin, barut, sarung tangan n kaki baby dll. Nak kena basuh dulu segala macam. Ok masa untuk rehat dah tiba :-).