Monday, December 22, 2014

Aktiviti musim cuti sekolah

Sepanjang cuti sekolah ni anak2 ummi memang malas kalau ummi ajak belajar membaca. Sama jugak kalau nak baca muqaddam. Cukup malas. Sepanjang cuti sekolah ni aktiviti mereka kat rumah ialah melukis. Kami xde belikan anak2 tablet. Jadi dorang kena kreatif la nak main apa. Hehe. En. Ayah belikan kertas A4 kat tesco untuk dorang melukis. Mereka lukis xde benda lain. Lukis robot dan pelbagai jenis karakter kartun. Kemudian mereka gunting, warna dan main2 dengan hasil yg mereka buat. Ummi sediakan bakul untuk anak2 buang cebisan kertas yg dah digunting. Ada yg selamat masuk ke dalam bakul. Cebisan kertas yg 'tak selamat' masuk dlm bakul memenuhi segenap ruang di ruang tamu. Putih dengan kertas2 dan bersepah2...hahaha..

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.