۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Peperiksaan akhir tahun darjah 1 sudah pun tamat alhamdulillah. Sekarang tunggu masa nak cuti sekolah. Yeayyy haha..ummi yg tak sabar nk cuti sebab nak berehat...penat weh jadi mak supir!!!! Cuti bukan bermakna tutup buku sepenuhnya. Anak2 ummi perlu belajar kerana mereka belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ummi hampir2 membawa Nashrul mengambil ujian dyslexia kerana ketidakupayaan Nashrul untuk membaca tp masa nk dekat2 final exam Nashrul boleh membaca merangkak2. Org kelantan kata boleh pukul sikit2. So cancel nk ambil test dyslexia.
Peperiksaan akhir tahun murid darjah satu soalannya bukan calang2. Bukan soalan macam ummi darjah satu pada tahun 1988 dahulu. Soalan zaman pak kaduk dulu mggunakan silibus kbsr. Soalannya sgtlah mudah. Nak dapat 100 markah atau betul semua utk semua subjek tu senang sgt. Soalan sgt ringkas. Zaman anak2 skrg sukatan pelajaran mggunakn silibus kssr jauh berbeza. Soalan peperiksaan lebih susah, lebih banyak dan lebih mencabar. Tak hairan jika ibubapa skrg berlumba2 menghantar ank2 ke pusat tuisyen. Alhamdulillah walaupun keputusan final exam ank2 sederhana sahaja tp dari segi berdaya saing tu dah ada peningkatan. At least mereka ada perasaan untuk dpt result yg bagus daripada takde perasaan bila dpt result yg rendah hahaha. Thank you Allah :-).
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.