Wednesday, December 30, 2015

Keluarga kecil kami

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Minggu lepas cuti hari Khamis kami jalan-jalan ke ict menghabiskan duit en.ayah. Balik dari situ kami singgah makan malam di satu restoren yg dirahsiakan namanya. Esoknya perut en.ayah meragam. Hari berikutnya perut Nashrul meragam diikuti dengan Fathul. Tiga beranak tu cirit birit beberapa hari. Mujur ummi, qayyum dan maryam terselamat hihihi. Alhamdulillah. Pergi klinik doktor bagi ubat cirit birit..hampeh takde baik cirit birit. Yang tak tahan Fathul asyik tercirit dalam seluar. Malam isnin sebelum tido ummi bagi anak2 teh pekat. Bagi pakai syringe. Esoknya alhamdulillah langsung tak cirit. Syukur Allah yg memberi kesembuhan.











Tuesday, December 29, 2015

Maryam di kala 10 bulan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Assalamualaikum wbt...pembuka bicara...

Masa berlalu...tak lama lagi dah nk buka sekolah. Entah apa yg ank2 buat waktu cuti sekolah. Semakin meningkat usia ank yg kembar tu semakin susah rasanya nk mendidik mereka. Nk2 pulak pendekatan ummi dengan ayah tidak serupa. Ank2 berwatak kasar keras, manja, tak berdisiplin..itu..ini..memeningkn kepala.

Malam ni merajinkn diri mengemas baju Maryam. Baju2 yg dah tak pakai nk diasingkan. Sayu pulak tgk baju2 tu. Sleepsuit yg berkaki dah tak boleh pakai sbb maryam dah mula bertatih. Baju2 yg senteng atas paha juga tak pakai sbb maryam merangkak nk cover lutut dia. Begitula baju baby pakai kejap saja. Takyah membazir beli yg mahal2. Mujur baju maryam banyak yg diberi oleh kakak dan kakak2 ipar. Alhamdulillah.