Wednesday, December 30, 2015

Keluarga kecil kami

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Minggu lepas cuti hari Khamis kami jalan-jalan ke ict menghabiskan duit en.ayah. Balik dari situ kami singgah makan malam di satu restoren yg dirahsiakan namanya. Esoknya perut en.ayah meragam. Hari berikutnya perut Nashrul meragam diikuti dengan Fathul. Tiga beranak tu cirit birit beberapa hari. Mujur ummi, qayyum dan maryam terselamat hihihi. Alhamdulillah. Pergi klinik doktor bagi ubat cirit birit..hampeh takde baik cirit birit. Yang tak tahan Fathul asyik tercirit dalam seluar. Malam isnin sebelum tido ummi bagi anak2 teh pekat. Bagi pakai syringe. Esoknya alhamdulillah langsung tak cirit. Syukur Allah yg memberi kesembuhan.











No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.