Pengat sweet potato dear all...hihi. Tak sabar dah cik M nk makan..yummmm.
Thursday, March 31, 2016
Wednesday, March 30, 2016
Beautiful Maryam
Maryam bagi tudung ni kat ummi suruh ummi pakaikan kat dia. Oo.adik nk pakai tudung yer. Nnt ummi belikan tudung lain utk adik. Tudung utk kanak2. Nampak mcm ustazah tak cik M kiter ni?
Tuesday, March 29, 2016
Rindu
Novel..cerpen..sudah lama ummi tinggalkan. Rindunya pada zaman itu. Zaman di mana ummi suka ke kedai buku cari novel2 best. Sejak ada anak xde masa nk baca buku. Td tetiba gi beli buku kumpulan cerpen Di Ufuk fajar. Kenkonon nk baca. Kita tengok macam mana...menjadi ke idok..
Aku ibu ohsem
Hehehe....ya..ini la realiti ada anak kecik. Setiap kali masuk bilik air cik M akan start meraung sekuat hatinya. Tapi hidup mesti diteruskan kikiki.
Lunch pack
Bila dah hantar ank2 kembar ke sekolah petang, rasa lega sekejap. Rumah jd sunyi sekejap. Lunch td tak masak. Gas habis. Gas spare ada tapi bila ummi pasang bunyi gas keluar berdesir. Uishh takut la plak gas bocor. So ummi pun order la lunch pack dengan jiran ummi kak pah. Alhamdulillah sgt mudah. Kak pah hantar ke rumah. Lunch pack rm5 satu. Satu pack tu sangat banyak dan fresh from oven. Panas2 lagi. Sape2 nk boleh order ngan kak pah. Taman Meru Permai. Sebelah rumah kak pah plak rumah en.lee, pembiak bonsai. En.lee juga jual baja pokok. Pasni boleh le beli baja dgn en.lee.
Segarkan mata
Meh kite nengok pic home decor. Nak deco2 mcm ni teman idok ler mampu. So teman kongsikan pic yg teman rasakan menarik di hati teman. Enjoy !!!
Monday, March 28, 2016
Beras
Sebelum2 ini ummi menggunakan beras cap x. Tapi beras ini memiliki banyak kanji. Berat badan kami semua bertambah dan makan nasi pun berselera. Yang dah selera makan makin bertambah lg seleranya. Jadi kami tukar ke beras y. Malangnya beras y ni ummi sangat tidak berkenan. Rasa tak sabar nk habiskn beras ni. Sungguh tidak sedap huhu. Yang ummi pelik beras y ni tak basi2 biar pun dibiarkan beberapa hari. Beras apa kah ini? Identiti beras terpaksa dirahsiakan.
Jam boboiboy
Semalam kami jln2 cari makan di Tesco. Lepas tu beli sedikit barang dlm tesco. Lepas beli barang tu ingat nak masuk contest anak comel Qayyum dan Maryam anjuran tesco guna resit pembelian rm100 tp terlupa. Masa jalan2 nk balik tu kitaorg nampak la jam boboiboy ni. Jam ni harga 10 hengget seketul. Ada 3 boboy so beli la satu sorang. Jam ni siap ada lampu lip lap lip lap kuar muzik dan lampu putih macam projector kuar gambar boboiboy gitu. Wahhh...kelllllassss. Punya la suka qayyum nk tido pun x buka jam ni. Fenomena boboiboy the movie...
The Crazy cycle
Dalam sebuah perkahwinan, seorang isteri perlu menghormati suami TANPA SYARAT manakala suami pula perlu menyayangi isteri TANPA SYARAT. Inilah yang dipanggil crazy cycle. Apabila salah seorang suami atau isteri melanggar hukum crazy cycle ini, maka rumahtangga mereka akan goyah. -Sumber dari buku Love and respect yang ditulis oleh Dr. Emerson Eggerichs.
Ummi tak pandai sangat bab2 rmhtangga ni. Sebab diri sendiri pun bukan isteri yg perfect. Kita semua takkan pernah perfect kan? Petikan dari artikel yg ditulis oleh ustaz Pahrol Mohd Juoi yg ummi suka nk kongsikan bersama:-
"Jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar ‘melepaskan’ perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan."
Apa yang kita suka kadangkala boleh menjadi racun dalam rumahtangga kita. Peringatan bersama...
Tanam pokok
Semalam upah pakistani mesin rumput keliling rumah. Ummi suruh dia cabut bunga ros jepun sekali sebab susah nk mesin rumput. Petang tu gi beli pasu kat nurseri nk tanam ros jepun tu semula dalam pasu. Nurseri yang dekat ngan rumah musti la mahal brbanding nurseri kat sungai buloh. Orang kata la kat sana murah. Dah banyak kali ajak suami ummi ni pegi tapi biasala, kalo benda yang dia tak minat, bercinta la tunggu dia nak pegi. Alang2 sampai nurseri yg dekat ni, beli 4 anak pokok tak tahu nama apa. Ada tersadai kat luar tak tahu pulak bila nk tanam. Pastu pagi tadi pegi la belakang rumah nak pasukan bunga ros jepun tu, masuk pasu yang ketiga, dah berbunyi dah budak 2 orang tu. Dua2 menangis. Sign of tak suka ngan kerja yg ummi buat. Adui, xsempat siap pasukan ros jepun ni. Macam ni la buat kerja dengan anak kecik. Ada banyak keratan tak tertanam semua. Kalau ada sesiapa nak keratan ros jepun ni datang la ke rumah ummi. Free of charge. Whatsapp 013 2241412. Ladies only !!!
Sunday, March 27, 2016
Teladan buat muslimah
💐Teladan bagi Muslimah
Tahukah engkau,
bahwa 'AISYAH -semoga Allah meridhainya- TIDAK PERNAH MELAHIRKAN dan TIDAK PUNYA KETURUNAN, namun walaupun demikian,
TIDAK ada satu riwayatpun dalam kitab-kitab hadits yang menyebutkan bahwa 'Aisyah berkata:
"Ya Rasulallah, do'akanlah agar aku memiliki keturunan!"
🎀 Apakah engkau tahu,
bahwa ketika Nabi shallallahu 'alaihi wasallam wafat,
usia 'Aisyah pada waktu itu 18 tahun,
padahal beliau sangat mencintai 'Aisyah, dan
'Aisyah sangat besar rasa cemburunya
🎀 'Aisyah hidup selama 47 tahun setelah wafatnya beliau
🎀 Walaupun demikian, 'Aisyah tidak ingin menikah lagi
🎀 Namun 'Aisyah menyibukkan dirinya dengan ilmu & 'ibadah, maka dia menjadi seorang Guru berwawasan luas, dan seorang mufti (pemberi fatwa) bagi para Sahabat yang utama
🎀 Kehidupan TIDAK TERHENTI karena masalah melahirkan,
atau masalah pernikahan,
tidak karena masalah "Madu",
tidak juga karena harta,
dan tidak pula karena masalah meninggalnya orang tua
atau kehilangan anak
🎀 Tidaklah Allah mengambil sesuatu darimu,
kecuali Dia akan memberikan pengganti yang lebih baik darinya
🎀 Dunia adalah negeri ujian,
yang selamanya tidak akan sempurna bagi seorangpun
🎀 Penuhilah hatimu dengan iman & ridha serta berprasangka baik kepada Rabb-mu.
🎀 Penuhilah waktumu dengan menuntut ilmu & beramal dengan apa yang bermanfa'at bagi Dirimu & masyarakat
🎀 Jadikanlah SABAR sebagai bekalmu, dan AL-QUR'AN sebagai sahabatmu
🎀 "Tidaklah kami turunkan Al-Qur'an untuk menyusahkanmu"
🎀 'Umar bin Khaththab -semoga Allah meridhainya- berkata:
"Jika saja bukan karena tiga hal, maka aku tidak senang tinggal di dunia ini:
1⃣ Hausnya berpuasa
2⃣ Sujud di malam hari
3⃣ Dan duduk bersama kaum yang memilih perkataan yang baik, sebagaimana mereka memilih buah-buahan yang baik.
🎀 Demi Allah, begitu pula dengan kita semua, wahai 'Umar, Jika bukan karena tiga hal tadi, kita tidak ingin tinggal di dunia ini!
🎀 Seandainya kita memahami kehidupan dunia sebagaimana generasi awal memahaminya
🎀 Niscaya kita akan mendapat kemenangan sebagaimana mereka mendapat kemenangan dunia & akhirat.
🎀🎀🎀
Dr. Maryam bint 'Abdirrahman Abu 'Aly,
Terjemah: ustadzah Arfah Ummu Faynan
Cik M
Cik M memang suka mengemas kotak2 cd dlm almari ni. Setiap hari dia kemas. Cik M selalu menjadi mangsa kemarahan En. Q abangnya yg berusia 3 tahun. Kesian cik M. Nur Maryam Farhan...1 tahun 1 bulan.
Teman gaduh
Ni la teman sepergaduhan ummi setiap hari. Start dari celik mata pagi hingga la sampai nk tido malam. Nak suruh bangun berperang nak suruh tido pun berperang jugak. Non identical twins Nashrul Farhan dan Fathul Farhan umur 8 tahun. Kembar ni tidak berkongsi placenta yg sama tapi placenta mereka bercantum. Dilahirkan secara caesarean pd usia kndungan 36 mggu di HKL disebabkan oleh komplikasi IUGR pada 6 Mac 2008 pukul 9.31 am dan 9.32 am.
Saturday, March 26, 2016
Bermesra dengan alam
Ni masa kitaorg gi pantai Sri Tujoh kt Tumpat. En. Q dan Cik M tido la pulak kat sana. En. N dan En. F je la yang main air laut.
Friday, March 25, 2016
Format baru upsr
Salam pagi Jumaat yang mulia. Pagi ni mendung macam nak hujan. Alhamdulillah kalu hujan. Kesian tgk pokok2 kat luar. Kering jer kan. Pagi ni alahai pening tengok result ujian 1 anak2 kembar ummi Nashrul dan Fathul. Tahun ni UPSR ada 6 subjek. Subjek BI dipecahkan kepada 2 macam BM iaitu pemahaman dan penulisan. Anak2 ummi memang slow kat sekolah. Dorang duk dalam kelas kedua terakhir dalam darjah. Pelajar tahun dua ada 361 orang. Oleh sbb dorang memang ada developmental delay since lahir, ummi takde la nak over risau. Cuma peringkat tahap 1 ni nak dorang dapat kuasai 3M dengan baik. Membaca, Menulis dan Mengira. Memang lemah lagi nih. Lagipun budak lelaki memang focus kepada bermain berbanding belajar. InsyaAllah abang dan along akan maju ke depan. InsyaAllah ummi akan usahakan untuk hantar korang masuk ke Maahad Tahfiz nanti sekolah menengah. Aish...mak berangan lebih ni. Anak tak tahu ke mana hala lagi. Hahaha...insyaAllah masin mulut bonda di pagi Jumaat yang barokah ini.
Tahun depan plak rasa nak hantar Abdul Qayyum ke tadika. Dialog ibu dan anak umur 3 tahun :
Ummi: Qayyum nak sekolah tak tahun depan?
Qayyum: Nakkkkkk....
Ummi: Tapi kalau nak gi sekolah tak boleh pakai pampers tau...
Qayyum: Tak nakkkkk...(mula nak mengamuk)
Ummi: (Aisehhhhh)
Dialog Qayyum dengan abangnya Nashrul:
Nashrul: Qayyum, kalau Qayyum nangis kat sekolah macam mana?
Qayyum: Emm...tak lah.
Hiiiiiiiiihihihi...Qayyum ni cerdik budaknya. Dia dah mula menulis tapi tulisan cacing kerawit tu. Memang serba boleh sebab apa yang abang2 dia buat dia pun nak buat juga. Cepat je nak tiru. Yang bongsu satu2nya gegirl ummi Maryam plak memang timbulkan masalah sekarang. Pantang ummi masuk dapur nak memasak or nak basuh pinggan dia akan menangis meraung2 macam orang sakit. Memang mencabar sungguh kalau nak memasak. Huhuhu...kenapa dik macam ni. Harap2 Maryam cepat2 berubah. Apa yang dia takut pun tak tau. Erm...malas dah nak menaip. Suri rumah yang takde buat apa kt rmh mcm ummi ni memang macam ni. Takde benda lain nk citer melainkan pasal anak. Dah ini je yang ummi dok hadap hari2 kennn. Ok bye.
Monday, March 21, 2016
Cuaca panas
Cuti sekolah dah habis.Hari ni anak2 mula kembali bersekolah. Cuti sekolah semimggu kami balik kampung di Tumpat. Makanan di Tumpat masih lagi manis2 belaka. Biasa la kalau tak manis itu bukan Kelantan namanya hihi. Harga makanan dan barangan sangatlah mahal. Sama jer Kelantan dengan negeri2 lain kat Malaysia tanahair ku yg tercinta ni. Cuaca pula teramat la panas. Mujur kat dapur rumah mak ummi tu ada aircond. Kalau tidak memang terasa membahang satu rumah. Dalam berita, di sebelah utara cuaca lagi panas. Panas macam ni pun kita rasa dah tak tahan mcm mana la panas api neraka kan. Make sure kita banyak minum air terutamanya air masak. Selalu ingatkan anak2 supaya minum air. Gi sekolah mmg botol anak ummi isi sampai penuh sbb cuaca panas ni dorang kuat minum air. Kalau waktu pendidikan jasmani sebotol penuh tu kadang2 tak cukup. Kesian dorang. Semalam banyak plak dengar berita orang yg kena strok haba. Ini yg risau ni. Harap2 anak2 ummi ok2 jer kat sekolah.