۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Salam pagi Jumaat yang mulia. Pagi ni mendung macam nak hujan. Alhamdulillah kalu hujan. Kesian tgk pokok2 kat luar. Kering jer kan. Pagi ni alahai pening tengok result ujian 1 anak2 kembar ummi Nashrul dan Fathul. Tahun ni UPSR ada 6 subjek. Subjek BI dipecahkan kepada 2 macam BM iaitu pemahaman dan penulisan. Anak2 ummi memang slow kat sekolah. Dorang duk dalam kelas kedua terakhir dalam darjah. Pelajar tahun dua ada 361 orang. Oleh sbb dorang memang ada developmental delay since lahir, ummi takde la nak over risau. Cuma peringkat tahap 1 ni nak dorang dapat kuasai 3M dengan baik. Membaca, Menulis dan Mengira. Memang lemah lagi nih. Lagipun budak lelaki memang focus kepada bermain berbanding belajar. InsyaAllah abang dan along akan maju ke depan. InsyaAllah ummi akan usahakan untuk hantar korang masuk ke Maahad Tahfiz nanti sekolah menengah. Aish...mak berangan lebih ni. Anak tak tahu ke mana hala lagi. Hahaha...insyaAllah masin mulut bonda di pagi Jumaat yang barokah ini.
Tahun depan plak rasa nak hantar Abdul Qayyum ke tadika. Dialog ibu dan anak umur 3 tahun :
Ummi: Qayyum nak sekolah tak tahun depan?
Qayyum: Nakkkkkk....
Ummi: Tapi kalau nak gi sekolah tak boleh pakai pampers tau...
Qayyum: Tak nakkkkk...(mula nak mengamuk)
Ummi: (Aisehhhhh)
Dialog Qayyum dengan abangnya Nashrul:
Nashrul: Qayyum, kalau Qayyum nangis kat sekolah macam mana?
Qayyum: Emm...tak lah.
Hiiiiiiiiihihihi...Qayyum ni cerdik budaknya. Dia dah mula menulis tapi tulisan cacing kerawit tu. Memang serba boleh sebab apa yang abang2 dia buat dia pun nak buat juga. Cepat je nak tiru. Yang bongsu satu2nya gegirl ummi Maryam plak memang timbulkan masalah sekarang. Pantang ummi masuk dapur nak memasak or nak basuh pinggan dia akan menangis meraung2 macam orang sakit. Memang mencabar sungguh kalau nak memasak. Huhuhu...kenapa dik macam ni. Harap2 Maryam cepat2 berubah. Apa yang dia takut pun tak tau. Erm...malas dah nak menaip. Suri rumah yang takde buat apa kt rmh mcm ummi ni memang macam ni. Takde benda lain nk citer melainkan pasal anak. Dah ini je yang ummi dok hadap hari2 kennn. Ok bye.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.