Saturday, May 28, 2016

Tan Tin Tun

Hihi...actually pokok tin. Pokok syurga. Ummi ada 2 pohon yg diberi oleh mertua. Satu masih dok dlm pasu satu lg tanam atas tanah. Saja nk tengok hasilnya. Kalu lah pokok tin ummi membesar mcm dlm gambar ni (sumber: google) memang best lah. Setakat ni pokok yg duk atas tanah ni nmpk kering aje. Maybe faktor tanah. Harap2 umurnya panjang.



Yup

Thursday, May 26, 2016

Qayyum's New Toy

Abdul Qayyum posing dengan basikal baru. Eksyen aje..kayuh tak pandai..




K.e.m.b.o.j.a

Alhamdulillah, kemboja nan satu ni nampak makin sihat. Moga dikau membesar bagai johan hiehehehe...


Buku

Anak2 ummi Nashrul dan Fathul suka baca komik boboiboy. Nashrul yg selalunya xsabar tunggu keluaran komik baru bulan yg seterusnya. Dorang banyak terpengaruh dgn citer boboiboy ni. Untuk menambah bahan bacaan dorang ni, ummi beli buku baru yang jenis komik jugak sbb dorang ni otak komik. Suka benda lawak dan selamber. 




Sunday, May 22, 2016

Playdoh

Playdoh atau ummi panggil plastisin ni bagus kalo bg budak main. Boleh merangsang motor halus dan menguatkan otot2 tangan. Akan tetapi bila dah bagi main tu habis la comot sana sini. Qayyum dan Nashrul suka main benda alah ni. Masa Nashrul dan Fathul umur 3 tahun dorang belum pandai main plastisin. Ummi pernah beli dulu masa dorang kecik tapi dorang makan huhu. 



Tuesday, May 17, 2016

Natural Remedies

Anak2 tak sihat. Ummi beli habbatus sauda dan madu untuk diorang. Madu tualang asli ni sedikit mahal tapi memang sedap. Rasa madu asli. Yang murah memang ada tapi takut tak asli. Bukan rasa madu tapi rasa gula. Habbatus sauda pula untuk sinus fathul. Herba ni dikatakan anti histamine yg terbaik dlm perubatan tradisional. Dulu pernah beli yg serbuk yg dicampur madu tp tidak menjadi. Kali ni beli minyaknya pula.Moh kita cuba.


Thursday, May 12, 2016

Mendung Kelabu

Cuaca sejuk je semenjak.dua ni. Mendung jew langit. Malam td fathul cirit dan muntah2 sampai ke pagi. Lepas sarapan fathul muntah lg. Lepas ambil abangnya sekolah pagi, ummi bawa gi klinik. Doktor bg bbrapa jenis ubat. Balik rumah makan ubat n fathul tido. Sebelah petang fathul start demam sbb bnyk hilang air kot. Sekolah petang tak pegi maka tak ambik exam untuk hari ni. Smg cpt sembuh Fathul !!

Wednesday, May 11, 2016

Pengubat Duka...


Pagi semalam lepas hujan ronda kat belakang umah kejap. Pastu perasan ada anak pokok yang tak penah ada kat belakang umah. Eh..anak pokok labu kuning. Yippi. Tak sangka plak tumbuh. Ummi campak kat situ nampak biji labu tu kering semacam ingatkn tak hidup. Terubat la kuciwa sikit sebab sedeyyyy pokok serai kena cabut ngan pakistan yg nk letak tangki kat pokok serai ummi. Pastu pakistan tu tanam balik pokok serai yg dah hampir kering tu kat tempat lain bersama dengan pokok lalang !! Oh ni kau mesti tak kenal pokok serai hahaha. 

Tuesday, May 10, 2016

Bougainvillea Yang Cantik


Sebenarnya bunga kertas putih ummi punya ni jenis 'jamaica white'. Bukan ice cream. Jenis bunga ice cream seperti gambar di bawah. Jamaica white ada pink tone lembut je. So next time la pulak cari yg bunga ice cream.


Monday, May 09, 2016

Hatiku Hancur

Hatiku hancur mengenang dikauuuuu...
Berkeping-keping jadinyaaaa....

Masa mula2 ummi pindah ke rumah ummi ini bbrp bulan lalu, kami mengalami masalah air. Dan masalah itu belum berkesudahan. Pihak pemaju memangsakan rumah ummi dengan buat eksperimen sesuka hati dorg!! Yang terbaru, habis tanah di laman dikorek2..dinding rumah ditebuk2. Habis rumahku hancur. ohhhhhhh sungguh menyakitkan hatiku ini. Rasa letih dengan semua ini. Sakitnya tuh di sini uwaaaaaaaaaaaaa....







Pesona Alam

Memukau..mempesona...






Hilang Shape


Tumbuhan di sini tumbuh meliar dan kelihatan mcm semak. Nak trim belum ada masa. Mini garden ni mcm tak berseri. Untuk di masa akan datang ummi nk letak paku pak aji kat sini. Kena kumpul duit dulu nk beli paku pak aji huhuhu. 

Friday, May 06, 2016

Unknown Tree


Masa ummi gi jenjalan kat satu nursery ni, ummi terbekenan kat pokok ni. Ummi pun beli. Rm10 satu polibeg ni. Dia ada tunggul  boleh buat bonsai. Tapi ummi tak tahu namanya apa. If ada sesape tahu info pasal pokok ni feel free to comment yer. TQIA !!!


Purple Shower

Pagi ni my purple shower (Ruellia Brittoniana) posing sket. Kuntuman yg pertama.  Pokok kecik dlm pasu ni bukan ummi beli tapi dapat free. Rezeki terpijak kata org. Masa beli red tips plant kat nursery, pokok purple shower ni menumpang hidup dalam polibeg red tips. Tapi daunnya habis dimakan pak belalang yg warna hijau mcm daun tu. Purple shower ni kalu bunganya bnyk baru cantik. 



Thursday, May 05, 2016

Alhamdulillah


Pagi ni terkezut tengok dalam pasu yang ummi semai benih cili kecil dah bertunas. Benih cili besar tu dah bertunas lama dah. Ingatkan tak tumbuh. Biji cili ni bukan beli uols. Ummi ambik biji cili yang guna kat dapur tu je. Banyak lagi nk semai pokok ni tapi tu la...aktiviti berkebun ummi ni terbatas sebab ada anak2 kecik. Kalu cik M ni dibawa ke laman, bukan daun je dia kutip nk makan, tapi batu tanah sampah semua dia nk sumbat dalam mulut. Kalau Qayyum, tengok mood dia. Kalau mood dia tak ok, dia xbg ummi keluar rumah. Tapi takpe la, buat sikit2. Semalam seram sekejap nk turun ke laman sebab ada sekor ular tedung masuk ke rumah jiran selang dua rumah dari rumah ummi ni. Seram uols dengan binatang bisa ni. Ummi selalu beringat kat kaki kot2 ada benda merayap sebab jiran pernah pancung bapak lipan yang sangat besar. Takut la nk lepas ank2 main kat laman ni. Huhu mintak dijauhkan la dari benda2 bahaya ni aminnn.

Wednesday, May 04, 2016

Gardenia Augusta

Minggu ni dan minggu depan anak2 dah mula menjalani peperiksaan pertngahan tahun. Entah lah anak2 ku ini banyak bermain daripada belajar. Kalau ajak belajar berdentum dentam mereka bermain. Bila entah nak surut lasak mereka ni. Budak lasak memang sukar nk fokus belajar. Encik ayah kata takpe la kecik lagi. Ermm..takpe la macam tu. Kita citer pasal pokok bunga lagi best hehe. Ummi dah dapat pokok yesterday, today n tomorrow. Alahai beracun la pulak pokok tu. Dapat info lambat. Sekarang nk cari pokok bunga cina pulak yg banyak khasiat. Khasiat dia korang google. Ummi malas nk tulis kt sini. Huhu. Pokok ni nama saintifiknya gardenia augusta.

Buai laju-laju sampai pokok sena,
Apa dalam baju sekuntum bunga cina..


Tuesday, May 03, 2016

Penghuni Baru

Ada beberapa ahli baru di taman kecil kat rumah ummi. Antaranya ialah plumeria atau lebih dikenali dengan nama kemboja. Masa depan kemboja ni masih belum diketahui kerana kondisinya sekarang tidak stabil. Harap2 umurnya akan panjang insyaAllah. 
Pokok2 lain ialah bourgainvilla bunga aiskrim, melati siam, pokok krismas, sabung nyawa biasa & batik dan belalai gajah.






Monday, May 02, 2016

Tiga Hari Berlalu

Waduh cuti sakan noo.. Dua sepupu ummi alhamdulillah sudah selamat bernikah dan kenduri di adakan pada 30 April hari Sabtu di Kota Bharu. Dua beradik kenduri serentak. Ummi tak balik kampung. Hari Ahad ummi ke Kajang melawat anak saudara di wad nicu hospital Kajang yang kini kritikal. Anak saudara ummi baru berusia 4 hari dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami banyak komplikasi. Semalam pulak sorang lagi anak saudara selamat dilahirkan di Hprz KB. Next anak saudara insyaAllah bakal dilahirkan bulan 10 nnt. Dan hari ni pulak kami hunting for beg sekolah anak2 yg dah rosak belum pun sampai prtengahan tahun. Haiyak...budak2 ni sangat ganaz. Beg sekolah selalu dicampak2. Ummi pun tak tahu dah nk kata apa. Kalau sepuluh kali ummi cakap belum tentu depa nk dengar. Ni nk kena bg minum ayaq jampi ni 😂😂😂. Tak tahu la boys ummi ni buat ummi pening kepala sokmo. Mujuq la ada sekuntum bunga buat penyejuk hati cewahhhh.