Thursday, May 05, 2016

Alhamdulillah


Pagi ni terkezut tengok dalam pasu yang ummi semai benih cili kecil dah bertunas. Benih cili besar tu dah bertunas lama dah. Ingatkan tak tumbuh. Biji cili ni bukan beli uols. Ummi ambik biji cili yang guna kat dapur tu je. Banyak lagi nk semai pokok ni tapi tu la...aktiviti berkebun ummi ni terbatas sebab ada anak2 kecik. Kalu cik M ni dibawa ke laman, bukan daun je dia kutip nk makan, tapi batu tanah sampah semua dia nk sumbat dalam mulut. Kalau Qayyum, tengok mood dia. Kalau mood dia tak ok, dia xbg ummi keluar rumah. Tapi takpe la, buat sikit2. Semalam seram sekejap nk turun ke laman sebab ada sekor ular tedung masuk ke rumah jiran selang dua rumah dari rumah ummi ni. Seram uols dengan binatang bisa ni. Ummi selalu beringat kat kaki kot2 ada benda merayap sebab jiran pernah pancung bapak lipan yang sangat besar. Takut la nk lepas ank2 main kat laman ni. Huhu mintak dijauhkan la dari benda2 bahaya ni aminnn.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.