Wednesday, August 31, 2016

Ke KIDZANIA

Hari ni hari cuti sempena hari merdeka. En.ayah belanja kitaorg ke kidzania. Tq en.ayah. Maryam dan Qayyum sangat letih. Seperti dijangka diorang tido awal malam ni. Ini kali ke 3 Nashrul dan Fathul datang ke Kidzania. Kali ni diorang dah pandai sikit bekerja. Tapi Qayyum umur 3 tahun dah pandai bekerja tau dapat banyak gaji. Well done Qayyum hihi. Ummi tak larat nak upload bnyk2 gambar. Nak tunggu upload satu gmbar dah satu minit. Adoi letih..













 

 







Tuesday, August 30, 2016

Breakfast

Menu pagi ni : macaroni goreng, cekodok pisang, pisang goreng dan teh tarik...😊. Alhamdulillah.




Monday, August 29, 2016

Tomyam

Menu lunch tadi, tomyam mengaummm dan telur dadar aje. Perencah tomyam buat sendiri utk mengurangkan pengambilan bahan perasa dan semestinya tidak pedas. Daun limau purut dan serai petik kat belakang rumah jer. Alhamdulillah.






Cik Adik Cantik

Cantiknya diaaaa....😍




Kek Minyak Gebu

Qayyum nak kek warna warni. Tapi ummi ada kaler hijau dan kuning je. Warna pink favourite qayyum takde kat rumah. Nak pegi beli malas sangat2. So jadi la kek minyak negeri Kedah hihi.




Happy Day

Wake up this morning i drank my infused detox water. So fresh. After sending the kids to school, now i wanna have plain tea and fried rice. Happy tummy...happy day...😁. Thank you Allah 😊




Sunday, August 28, 2016

Detox Water

Air detox katanyer 😁. infuse overnight. Pagi esok boleh minum 😆.


Main2 Di Taman...

Anak2...kadang2 buat kita gembira...
Anak2...kadang2 buat kita sedih...
Anak2...penyebab mengapa kita ingin meneruskan hidup ini...
Anak2...memaknai hidup kita..
Anak2...semoga dirimu dipelihara Allah..

U.M, Ogos 2016

-NashrulFathulQayyumMaryam-














Saturday, August 27, 2016

Alhamdulillah

Alhamdulillah pagi ni ummi dapat beriadhah bersama usrahmates. Tak sempat habis usrah, en.ayah call suruh balik sebab en.ayah pulak nak keluar pegi program. Balik rmh kelam kabut pulak sediakan sarapan utk anak2. Tengahari ni belum fikir lagi nak masak apa. Tapi dok fikir nak clearkan ruang luar bahagian tepi rumah. Kalau clear kat situ berangan-angan nak buat tempat 'terapi minda'. Bela ikan kat situ boleh tenangkan fikiran. Kalau dibiarkan macam tu, en.ayah jadikan tempat melonggok kotak2 dan buat stor. 

Dua tiga hari ni banyak kes jenayah culik dan bunuh. Seram. Dan kes pencabulan di maahad tahfiz. Kes ni masih dalam siasatan tapi seriously lepas ni ummi rasa seram nak letak anak2 tinggal kat asrama. Budak2 skrg ni dasyat. Dengan kes bulinya lagi. Macam mana kita nak ubat trauma kanak2 yg kena cabul. Tak ada. Bayangan itu akan menghantui mereka sampai ke tua. Seriously kalau betul kes ni berlaku ummi rasa nak terajang si pelaku ni. Nak luku2 kepala dia. Huhu.  Hari Khamis lepas Fathul kena cubit dengan cikgu kat sekolah. Tinggal kesan lebam. Ummi tanya abang ummi yang juga cikgu, dia kata sikit je tu. Erm...tapi perlu ke cikgu cubit sampai lebam? Harap2 fathul tak trauma. Kadang2 tu menjadi satu masalah untuk kita memberi penjelasan tentang sesuatu perkara yg terjadi kpd diri nya atau yg brlaku di sekeliling anak2. 





Thursday, August 25, 2016

Happy Anniversary

Malam 21 ogos lalu, genap la pernikahan kami 11 tahun. Tapi baru ingat nak blog it. Hihi. Mujur la ingat tarikh tu. Tapi tak sambut pun. Kalau tahun lepas lagi best langsung tak ingat. Huahuahua. Erm biasa la kami pasangan yg tak romantik. Anyway happy anniversary for my beloved husband. Smg rmhtangga dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah 😃


Wednesday, August 24, 2016

Roti Jala Awana

Huhu saja2 buh nama roti jala awana. Alhamdulillah rezeki kami pagi ni. Ada kuah kari lebih semalam.



Resepi:

2 cawan gandum
2 cawan air
2 sudu minyak masak 
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna
Sedikit esen vanilla (jika suka)

Campur semua buh dalam blender. Blend sampai sebati. Siap untuk menjala atas kuali.

Tuesday, August 23, 2016

Happy Breakfast

Alhamdulillah our simple dimple breakfast for this morning before we rock our world !! 😊😊😊

Wednesday, August 17, 2016

Dukacita

Ummi baru nk happy sebab pokok delima dah berbuah sebiji. Kecik lagi. Tapi petang td dah hilang. Tak tahu makhluk Allah yg mana ambik makan. Kira sedekah lah. Huhu. Sob sob. Lepas ni kalau berbuah lagi kena cepat2 bungkus.


Hobi Qayyum


Kat mana Qayyum???


Cakkk


Mee Kuah

Ni jew lunch kitaorang hari ni.request by ank2 kembar. Nashrul batuk2 lagi tak pegi sekolah. Esok kalau tak nk gi sekolah memang nk kena rotan sbb hari ni dah nmpk ok. Semalam memang demam.




Monday, August 15, 2016

Lempeng Gandum

Sarapan kitaorg pagi ni...



2 cawan gandum
2 cawan air
1 biji telur
Sedikit garam

Method: kacau sebati..masak atas kuali korang

Eczema

Awal Julai lalu, Maryam tiba2 diserang eczema. Sampai la hari Sabtu eczema dia makin teruk asyik menggaru sampai nangis dan radang merah2 especially part bawah pelipat lutut yg kronik. Kitaorg pun bawa jumpa paed kat kpj klang walaupun hati ummi curious ubat apa yg doctor nk bagi?? Sebab dah ada pengalaman dengan qayyum dulu pun eczema. Paed tu chinese. Dia bg sample mandian brand aquas ke apa dah lupa. Cream dia nk bg cream lain tp ummi kata nk sapu cetaphil je. Agaknya hospital takde cetaphil so dia tak prescribe cetaphil. Balik rmh ummi mandikan maryam dengan sample mandian tu. Habis merah2 badan cik m. Aiseh baru teringat nk tengok ingredient dia. Penuh dengan mak nenek parabens!!! Hampehh. Tak menyelesaikan masalah pun. Semalam pergi farmasi beli cetaphil cream dan isb moogoo. Dua cream ni yg qayyum guna dulu. Pejam mata beli sebab mahal tp nak buat macam mana. Harap2 maryam cepat sembuh aminnn.


Sunday, August 14, 2016

Wednesday, August 10, 2016

Desakan Hidup

Semalam heboh cerita wanita mengandung dijel kerana mencuri di tesco. Hari ni cerita wanita dibebaskn kerana berkelakuan baik sblm itu ditangkap kerana mencuri di pasaraya. Wanita itu pengidap diebetes dan anaknya mengidap hipoglisemia. Sebak sungguh rasa diri ini. Kolam air mata mahu tumpah. Seorang ibu sanggup berbuat apa saja demi anaknya. Di manakah lelaki2 yang sepatutnya membela wanita ini? Lelaki2 sekarang kurang rasa tanggungjawab dan pemalas. Tahu nak senang sedangkan Allah beri kelebihan fizikal yg kuat kpd kaum lelaki. Sebab pemimpin lelaki yg lemah lah wanita2 yg malang ini tidak mendapat bantuan. Seperti kata dato' mufti, orang2 miskin perlu dicari dan diberikan bantuan bukan tunggu orang2 miskin datang ke ofis untuk meminta bantuan.

Tuesday, August 09, 2016

Selsema

Cik M dah selsema banyak hari. Budak ni kalu selsema lambat baik. Hari ni repeat rawatan kunyit. Tumbuk kunyit hidup lumat2, perah ambik airnya. Sapu air kunyit kat dahi dan batang hidung. Alhamdulillah lepas sapu tu hingus kering tak meleleh dah. Petang ni nak buat rawatan mandi dengan air lemon pulak. Hat ni baru first time nak buat. Nak rendam cik M dlm ayaq lemon. Mudah2an sembuh selsema cik M dengan izin Allah.




Jiran

Dari kiri: Harum manis - serai - anak sekolah. Tiga pokok berjiran. Jiran sebelah tegur pokok mangga dengan pokok rambutan ni nampak dekat kedudukannya. Dekat kah? Ummi dah sememangnya malas nak cabut dan tanam semula..


Taman Mini

Taman cinonet ni nampak mcm serabut. Nak makeover tapi belum ada idea. Tak reti. Takdak masa. Takdak tenaga..


Cik Pinky Whitish

Pokok bunga kertas pink putih ni rajin berbunga. Alhamdulillah..




Monday, August 08, 2016

Dari Laman

Kutip belakang rumah untuk memasak. Cik som dan cik purut. Boleh lah...huhuhu..


Cycas Revoluta

Cantiknya la pokok ni. Unik dan klasik. Ummi penah tanya pokok ni hat besar kat nursery tu harga tiga ratus lebih. Hat anak kecik2 tu xdak plak jual kat nursery tu. Nanti bila dah ada budget nk ajak encik ayah merayau kat sungai buloh kot2 ada yg juai ank pokok murah2. Nak beli hat rege tiga ratus chek tak mampu. Skrang ni telan ayaq liuq ja dulu hihihi.