Tuesday, August 02, 2016

Alhamdulillah


Syukur pagi ni ummi rajin bubuh baja dan siram pokok. Rasa puas, rasa happy dan rasa hip2 horeyy. Terubat kekecewaan anak2 malas pegi sekolah. Ada tak anak orang lain darjah dua tak suka pegi sekolah? Semalam ummi tanam dua pokok puding depan rumah. Mahal jugak pokok puding tu. Sebab tu beli dua pokok je. Ummi suka reward diri sendiri dengan beli pokok hidup. Aura berkebun sudah mari lepas raya. Tapi kat belakang sudah semak semula. Pokok2 buah dan sayur ummi bubuh baja tahi ayam jer. Pokok2 bunga bubuh baja kimia. Berkebun tu satu ibadah kerana kita menggalakkan biodiversiti. Kalau tengok rancangan pertanian orang putih memang sangat memberikan inspirasi kerana mereka mementingkan alam sekitar.

Kadang2 orang bukan islam lebih mempraktikkan ajaran islam berbanding orang islam. Kita ni khususnya orang melayu hanya semangat je islam tapi ajaran islam kita tak amalkan. Tengok saja orang2 cina atau kristian banyak terlibat dalam program kebajikan. Mereka dididik untuk memberi bukan menerima semata. Ada satu keluarga Malaysia berhijrah ke Australia. Mereka cakap orang di sana diajar untuk menganggap semua manusia itu sama. Tak kira bangsa apa. Kita yang islam ni mcm mn? Ummi tengok fathul dah mula bersikap racist. Banyak kali dah dia membuat pernyataan perkauman terhadap orang cina dan india. Pandai2 je fathul ni huhu. 

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.