Saturday, December 31, 2016

new toy

mesin jahit miniku.. dah siap potong kaki seluar sekolah fathul. nashrul punya blm lg. jahit guna mesin mini ni. bengkang bengkok mcm ular ummi jahit haha.


Rawatan gigi

Nashrul gi scaling gigi di Klinik gigi UITM Sungai Buloh. Gigi Nashrul yg berkeladak telah bertukar menjadi bersih shining blink2. hehe. Gigi belum tampal lg. ada 4 gigi brlubang. sape2 yg nk buat rawatan gigi percuma pergi la ke sana. Kanak2...orang dewasa semua boleh semua percuma saja. 


Tuesday, December 27, 2016

Alhamdulillah

Malam ni duduk berehat je sambil fikir keje2 yg belum beres untuk persekolahan 2017. Nak potong kaki seluar sekolah fathul, nk jahit lencana pd baju sekolah, balut buku teks, dll...semuanya nk buat sendiri kalau ada kesempatan. Alhamdulillah perjalanan kami balik ke kampung ummi di Tumpat (Jumaat) dan kembali semula ke rumah kami di Bukit Kapar Klang (Selasa) semuanya dipermudahkan Allah. Perjalanan ke tumpat mengikut jalan Gua Musang dan kembali ke Klang ikut jalan Terengganu. Ummi singgah di rumah adik di Meraga Beris, Paka sebelum bermalam di Cherating. Esoknya lepas check out kami bertolak pulang ke rumah. Cuaca sejuk. Dari Tumpat sampai ke Bukit Kapar hampir semua tempat yg kami lalui hujan semasa perjalanan pulang.





Dari kiri: Zufar, Fathul, Nashrul, Sofea, Maryam & Qayyum


happy holidays

@Great eastern pavillion Cherating for the second time..
























Wednesday, December 21, 2016

Tahniah !

Alhamdulillah. Sepupu ummi,  Wani dpt 11 A dlm pt3. Tahniah wani. Wani bersekolah di Maahad Muhammadi perempuan. Sekolah kawalan terbaik di Kelantan. Nanti Maryam pun sekolah kat sini la yek....jd pandai mcm kak wani insyaAllah.


Sunday, December 18, 2016

Kenduri kesyukuran

Pagi td bangun kalut2 buat sarapan. Pastu bersiap2 nk gi mengaji kt rumah ustazah sadimah. mudah2an panjang umur kami berdua agar dpt ummi habis menuntut ilmu dgn ustazah sadimah. balik rmh rasa mengantuk dan tak larat nk masak lunch. teringat tengahari ni ada kenduri kesyukuran kt rumah jiran, rumah kak mar dan abg lee. Cantekkkk...xpayah masak. tapi kena angkut 4 org ank sorg2 sbb en.ayah gi servis kete huhu. Rumah kak mar cantik dan unik sgt mcm ala2 zmn dinosaur hehe. anak2 teruja sgt smpi mkn pun kelam kabut nk cepat siap sbb nk 'meneroka' persekitaran rmh kak mar. ada aquarium ikan gergasi yg sungguh cantik. unik sungguh la. tabik spring jgk buat pasangan sejoli yg berasal dr kelate ni sbb mereka ada 9 org ank dan ank paling kecik 9 bulan. kalu ada ank kecik pastu ada kolam nk kena berhati2 la sikit. kolam ikan plak sedalam 4 kaki. kalau la ummi surrender la nk wat kolam. tak puas melihat keunikan rmh kak mar. suami isteri yg unik. 

Saturday, December 17, 2016

Moga Allah merahmati roh mu

Semalam rasa sebak sayu. Dalam group whatsapp ex mrsm kitaorg, kawan2 bgtau ada 5 guru yg mengajar kami di maktab dulu menghidap kanser. Ada yg dah meninggal dunia pd tahun 2006 dan arwah pd ketika itu baru berusia 30 an. Allahu. ummi baru tahu. innalillahiwainnailaihiroji'un. ada cikgu lain yg meninggal juga tp bukan kanser. Rasa sedih sebak tak terkata. terkenang2 wajah mereka saat di maktab dulu. walaupun hanya dua tahun belajar kt maktab, ummi syg sangat pd semua guru yg ummi kenal. semoga Allah merahmati semua para guru yg mengajar batch kitaorg 97/98 mrsm kt. smg jannah buatmu semua guru yg kusayang amiiinnnnn.

Aturan hidup

Shopping for school 2017

Pagi semalam pegi bayar yuran tadika Qayyum, tadika integrasi al fateh. total rm570. nnt bulan jun kena bayar lg rm420. ok la xsmpai seribu. ada tadika lain tu lebih seribu. Mujur tadika dkt dgn rmh xpenat sgt. Lepas tu pegi beli buku sekolah ank2 kembar di sekolah kebangsaan. Dapat senarai buku tu tak beli semua buku dan peralatan. pilih2 jugak total dlm rm82.40. ada barang yg xde stok so tak beli lagi mcm buku jawi thun 3, vocab book dan tali leher. kena pakai tali leher la pulak thn depan. selai rm18. mahal gedabak. recorder ada dlm senarai gak tp blm decide nk beli. sbb xtahu akn guna ke tak. Baju sekolah dh dpt free 3 pasang sorang. Kasut pun free dua pasang sorg. pendaftaran sekolah kebangsaan pada 31hb kena bayar dlm rm130 utk 2 org. Sekolah agama pun belum daftar lagi. Pendaftaran sekolah agama abim utk darjah 3 seorang total rm351.90. kalau 2 org darab la dua. Pagi tadi pegi ambik buku qayyum pulak di sekolah integrasi al fateh setia alam. oloh jauh la pulak mengambik buku semata. dpt nasi lemak free 2 bungkuih. sekolah tu nmpk cam best tp agak jauh dari rmh. kalu dkt2 sini bulih hantar semua ank2 sekolah kt situ. sekolah islamic background mmg mnjadi idaman la selain mementingkn akademik, sekolah berperanan membentuk keperibadian murid yg islamik, sistemik dan dinamik..apa tu....hahaha. mak jemah berfalsafah hari ni. insyaAllah kalau ada peluang manala tau kami dpt hantar ank bersekolah kat sini one day. balik tu singgah kt giant pulak rembat baju sekolah agama fathul tiga pasang. ada cap canggih yg mahal ituh je yg padan dgn big boy fathul. cap koboi xde saiz. tinggal nk beli stokin, baju sekolah agama nashrul, dan top up seluar sekolah bbrp helai. beg tak tahu lagi nk beli ke tak. kalu ikut kn ank2 ni nk beg baru aje..nkkn beg boboiboy. brpengaruh betul citer boboiboy ni kan. beg sekolah pun mahal mak ooii kena fikir bnyk kali nk beli kalu yg lama xuzur lg. ni baru 3 org ank bersekolah. nnt semua dh sekolah lagi banyak nak beli. rasa lmbt plak maryam nk sekolah hihi. ummi nk shopping baju sekolah gegirl lak.  

Wednesday, December 14, 2016

Karipap

Kali ni nk citer pasal karipap. Buat kelmarin dan semalam. Resepi google ajer. Mula2 buat guna minyak masak je..hasilnya..kulit karipap keras. Cari resepi lain ada tambah mentega 2 sudu. Resepi yg ni memang mabeles...menjadi karipap rapuh dan yg paling penting kulit dia tak terbuka bila digoreng. gambar karipap xsempat nk ambik sebab berdesuppp dimakan oleh anak2 serta en.ayah. maaf ler lupa resepi ceduk dr blog mana. Ampun tuan punya resepi minta halal yer huhu.
 
Bahan2: 

400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Cara-caranya:

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.

*copy n paste hihi

Untuk inti ummi wat inti kentang jer boh ayam sikit. Tapi rasa jemu dah dgn kentang ni. lain kali nk wat inti keledek plak. hmm itulah dia pengalaman buat karipap. agak susah jugak la nk buat karipap ni bagi ummi. perlu buat bnyk2 kali untuk pandai buat karipap 

Sejuk

Pagi ni sejukkkkk terasa. Hari ni takde plan aktiviti apa2 untuk anak2. Alhamdulillah anak2 ada sikit belajar masa cuti ni. Belajar iqra', muqaddam, jawi dan matematik. Ni semua diorang lemah. mudah mudahan habis cuti sekolah ank2 ada sedikit kemajuan insyaAllah. Wah cuti ni orang lain dok tayang gambar pegi bercuti ke situ sini. ke Australia la..ke Hong Kong la. Bestnye la kan dah rezeki depa. Rezeki depa lain rezeki kita Allah bagi cara lain plak. owhh sejuk2 ni mengantuk mata. Kalu dok diam memang boleh zzzzzzz..Yuh ayuh kita buat keje rmh.

Tuesday, December 06, 2016

Pagi Selasa

Pagi ni cerah dan bahang mentari pagi. Petang semalam baru perasan pokok kemboja ummi yg masih lg kecil sudah berbunga. Warna kuning. Tak sangka cepat pula pokok ni berbunga sebab ada baca yg pokok ni lambat berbunga. ummi harap bunganya warna pink tp tak apa lah warna kuning pun. bunga tak besar mana sebab pokok dah lama tak dijaga. 

Hujung2 tahun ni ramai kawan2 ummi mengerjakan umrah. Alhamdulillah rezeki mereka. Bila la ummi nk merasa menjejakkan kaki ke Mekah. InsyaAllah kalau ada rezeki kata orang. Hakikatnya kita tak tahu bila. Yang tak mampu nk buat mcm mana. Kita buat la ibadah yang kita mampu buat untuk tampung dosa2 kita yg banyak huhu.


Never give up

Monday, December 05, 2016

Cuti sekolah

Cuti sekolah ni masih setia tinggal di rumah. Duduk berkurung sambil menternak lemak yg sedia banyak. ummi dan fathul bertanding makan sape paling banyak. kekeke. sebab kerja ank2 makan dari pagi sampai ke mlm, jd keje ummi masak..masak.masak. dan kemas..kemas..kemas..lap..lap...sapu..sapu..cuci..cuci...cuci...sisa1000x makanan yg ank2 makan. 




Thursday, December 01, 2016

Brekpes

Ummi baru nk brekpes. pagi td masak mee dulu kt ank2. ummi xlalu. tanak pulut n kuar gi cari ikan kering aka ikan masin. lalu baru nk mnjadi brekpes ni. Alhamdulillah hari ni nmpk 'bird' ank2 yg bersunat tu dh xbengkak. cuma risaukn fathul dua minggu lagi mcm mn nk settlekn sunat dia. Memang langsung lupa fathul ada anxiety disorder plus badan pulak besar banyak lemak. Bius setempat cepat hilang kesan dia. Kalau meronta2 lagi alamatnya kena bius penuh.